Sunday, December 21, 2008

Sambung Bengkel/Seminar/Kursus

Selanjutnya saya menyertai bengkel/Seminar/Kursus teater (drama) seperti berikut:-


a) Bengkel teater intensif RUSDA di bawah bimbingan Mem Glen Margot Walford dari England pada 6 - 10/10/82 di Kuching bukan di London.

b) BengkelPenulisan Kreatif Drama DBP Sarawak 24 - 28/3/1983

c) Bengkel Penarah Teater Kanak-Kanak KKBS Paroi Negeri Sembilan tahun 1984.

d) Bengkel Lakonan Drama "Graeae Teater" untuk orang-orang cacat K.L. 1988

e) Kursus Pengenalan Cahaya - KPS Kuching 1990

f) Bengkel Drama Kebangsaan 26 - 31/10/90 Selangor KKBS Malaysia

g) Bengkel Teater bimbingan W.S. Rendra 17.3.93 Kuching

h) Bengkel Penulisan Drama TV RTM K.L. 6 - 10/6/94

i) Seminar Pembangunan Teater Malaysia Pulau Pinang 5 - 7/12/2003

j) Seminar Sejarah & Perkembangan Drama Di Sarawak Kuching 14.09.2006


Bangsawan


Saya juga menyertai bengkel atau kursus mengenai bangsawan seperti berikut:-


a) Bengkel Bangsawan Sarawak Tapian Gelanggang Kuching 1980

b) Kurus Intensif Bangsawan Kuching 15 - 24/12/85

c) ManifestasiBangsawan Kuala Lumpur 20 - 23/12/89

d) Bengkel Bangsawan Kebangsaan MATIC Kuala Lumpur 26 - 31/10/95

e) Bengkel Bangsawan Sarawak SMK Bako Kuching 4 - 6/7/2003 anjuran MANTERA

f) Bengkel Bangsawan Sarawak KPSU Kuching 2005


Selain dari menyertai bengkel teater dan bangsawan seperti diatas, saya juga kerap kali jadi pembimbing atau fasilatator bengkel atau kursus yang berkaitan. Malahan saya juga menjadi fasilatator kursus penulisan skrip teater dan radio di seluruh negeri Sarawak. Saya tidak dapat menyenarai bengkel dan kursus yang saya bimbing kerana rekod dan sijilnya berselerak di mana-mana. Saya sedang mencari dan kalau sudah sedia, akan saya senaraikan. Saya hanya boleh memberi senarai kurus teater terkini yang saya bimbing.

a) Bengkel teater peringkat negeri Sarawak bagi guru-guru di Mukah tahun 2006

b) Bengkel teater untuk murid-muird sekolah menengah Batu Kawah Julai/November 2007 anjuran KPSU

c) Bengkel teater untuk murid-murid sekolah menengah Pending Julai/November 2008 anjuran KPSU

d) Kursus Lakonan untuk murid-murid derjah 6 Madersah Datuk Abdul Kadir 15 Nov - 5/12/08

anjuran Pusat Bimbingan Pendidikan Majlis Islam Sarawak.

Thursday, December 18, 2008

Menghadiri Bengkel/Kursus

Dari dulu, zaman muda-muda hinggalah sekarang, saya banyak menghadiri kursus, bengkel atau seminar. Berbagai jenis dan tajuk. Tetapi untuk ruangan ini, saya hanya akan menceritakan tentang tajuk yang saya ceburi. Kalau saya ceitakan semua, termasuk yang berkenaan dengan perkhidmatan, nanti tak cukup ruang.


Pertama saya menyertai Kursus Seni Drama anjuran Gabungan Kelab-Kelab Belia Melayu Sarawak (GKBMS) pada tahun 1974. Saya tidak pasti sama ada Hj. Kassim ikut serta atau tidak.

Rakan-rakan saya yang lain, semuanya saya tidak ingat, saya rasa sekarang sudah tidak terlibat lagi dalam drama. Seterusnya saya menyertai Bengkel Drama Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 1980

Thursday, December 11, 2008

Pementasan

Biarlah saya bericara tentang penglibatan saya dalam mengendalikan pementasan. Saya sebenarnya terlibat dalam banyak pementasan di antaranya ialah:-


(1) Teater - Penglibatan awal saya dalam teater ialah bila saya menyertai pertandingan drama anjuran Kelab-Kelab Belia Melayu Sarawak, tahun lebih kurang 1968?. Saya bersama dengan Allahyarham Hj. Mustapha Annuar, Rokiah Ojek dan seorang pelakon kanak-kanak (saya dah lupa siapa budak itu) menubuhkan satu pasukan mewakili SSS (Sourabaya Sport Club). Kami buat cerita Penyesalan tanpa skrip. Pakai improvisasi sahaja. Dengan tidak disangka, kami dapat nombor dua, yang nombor satu ialah kumpulan Haji Kassim Daud, dari situlah saya mengenali Hj. Kassim. Geng sampai sekarang. Seterusnya saya dan Hj. Kassim bekerjasama dan menubuhkan RUSDA. Selepas itu penglibatan saya dalam pementasan teater berterusan hingga sekarang. Di antara pementasan yang terbesar ialah Teater Semerah Padi Di Atas Pentas arahan Othman Hj. Zainudin dan saya sebagai Penolong Pengarah, Teater Melati Sarawak juga arahan Othman Hj. Zainudin dan saya selaku pelakon watak Zainoldin, pelakon dalam teater Tugau arahan Aktivis teater dari London (lupa nama) dipentaskan di perkaragan Wisma Bapa Malaysia dan pelakon dalam teater arahan Zaini Ozea Bila Datang Semengat si Guntur sempena Festival teater Malaysia di Panggung Experimen UM dan lain-lain. Kami dengan Zaini pernah membuat pementasan teater di Selalang dan Mukah dengan cerita Tugau.


(b) Bangsawan - Bangsawan awal saya ialah di Sourabaya Sport Club. Seperti selalu bangsawan tidak ada skrip, pakai spontan dan improvisasi. Saya pengarah cerita juga berlakon sekali. Dan saya juga pengurus pentas lalu jadi MC. Macam one man show. Selepas itu saya jadi pengarah bangsawan anjuran Kerjaan Negeri sempena Hari Petra Jaya dengan cerita Jin Bukit Siol, cerita ini juga tidak ada skrip, saya juga berlakon sekali. Selepas itu beberapa lagi bangsawan anjuran Kerajaan Negeri di Padang Merdeka, di Semarak dan Tapian Gelanggang. Selepas itu kami pernah mementaskan bangsawan di Samarahan, Kabong, Pusa dan Saratok. Persembahan bangsawan saya yang jadi sejarah ialah bila kumpulan Kami SBM (Seri Bangsawan Muda) menyertai Manifestasi Bangsawan di Kuala Lumpur. Walaupun kami tidak berjaya, persembahan kami mendapat perhatian dari kumpulan-kumpulan lain dari Semenanjung. Semua pementasan bangsawan tersebut di arah saya sendiri dan kadang kala juga jadi pelakon. Kami juga permaj mempersembahkan bangsawan lima malam berturut-turut di perkarangan rumah Tan Sri Abang Hj. Ahmad Urai sempena Pernikahan anakya.


(c) Taridra - Saya juga pernah mengarah serta menulis skrip taridra seperti perjuangan Rosli Dobi, Sarawak Merdeka dan lain-lain. Saya tidak banyak ingat taridra lain yang pernah saya terlibat. Nantilah saya cari, rekodnya masih ada.


(d) Pentomin - Saya mengarah pentomin satu perjuangan di Padang Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang di bantu oleh Ismawi Hj. Husli (Allahyarham). Saya juga menulis skrip pentomin dan mengarah sekali pentomin India Street bersama dengan Saiee Driss.

Pentomin lain yang agak besar ialah pentomin kanak-kanak bermain sukan rakyat di Stadium Negeri sempena perasmian SUKMA (tahun berapa ia?) Saya sendiri mengarah. Ada lagi beberapa pentomin lain.


(e) Sumpah Budayawan - Saya terlibat hampir semua pementasan sempena sumpah budayawan. Kalau tidak mengarah, saya berlakon, baca doa, baca puisi dan jadi audien. Jarang saya mis dalam acara ini.


(f) Puisi ke Sekolah-sekolah - Acara ini dianjur oleh GPPS (Gabungan Persatuan Penulis Sarawak). Banyak siri acara ini diadakan (tidak ingat berapa siri) dan kebanyakan skrip ditulis oleh Saiee Driss. Saya terlibat dalam lagu rakyat, baca puisi, MC dan lain-lain.


(g) Sayembara Deklimasi Puisi - Bila acara ini dikendalikan oleh UBM (Unit Bahasa Malaysia)(PKM), saya selalu terlibat jadi Pengurus Pentas. Ia di adakan sempena sambutan Hari Kebangsaan memilih wakil bagi negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan.


(h) Hari Keluarga - Untuk persembahan kebudayaan sempena Hari Keluarga JKM, saya jadi tarikan kerana saya yang mengendalikan pentas keseluruhannya. Dari menyediakan MC hinggalah kepada cabutan tiket bertuah. Acara seni pun saya yang urus. Malangnya saya endiri tak pernah kena tiket bertuah.


(g) MC - Sejak zaman bangsawan saya selalu jadi MC. MC musabaah, MC sukan, MC pementasan kebudayaan, pementasan kebudayaan KPSU di hotel(tanya dengan Sharkawi Hj. Amit) di Pameran Pembangunan dan urusan rasmi di Pejabat. Di Surau pun saya jadi MC.


Saturday, November 29, 2008

Kegiatan penulisan

Sebenarnya saya banyak mencebur diri dalam penulisan berbagai genre:-


Pertama sekali saya pernah menulis esei. Esei saya pasal muhibbah telah menjadi johan penulisan esei anjuran Jabatan Penerangan pada tahun1969. Salinannya masih ada dan diterbitkan dalam sebuah majallah. Harap masih ada dalam simpanan. Kemudian saya banyak menulis esei tentang GPPS, RUSDA, SURAU dan masyarakat setempat dalam US. Ada kalanya saya menggunakan nama samaran lain. Sekarang tidak lagi menulis esei.


Saya juga menulis cerpen. Cerpen saya yang pertama pasal majlis bergendang telah disiarkan dalam akhbar SALAM ia itu akhbar rasmi kumpulan Sheel Miri. Cerpen kedua juga diterbitkan oleh SALAM. Harap salinan akhbar Salam masih saya simpan. Selepas itu saya menuis beberapa cerpen dalam Utusan Sarawak edisi lama. Setakat ini saya terlupa saya menggunakan nama samaran apa? Susah nak buktikan. Sekarang tidak ada cerpen lagi.


Sebenarnya saya berminat juga menulis puisi. Semua puisi-puisi saya diterbitkan oleh akhbar Utusan Sarawak edisi lama bila saya bekerja disitu parttime. Saya juga mengulas puisi-puisi penulisan orang lain. Sayangnya puisi-puisi saya tidak ada salinan, susah nak tunjuk. Kalau ada US lama tu bolehlah saya kenal. Sungguhpun begitu saya masih menulis puisi khas kepada beberapa event seperti perpisahan Datuk DR. Hj. Hatta Solhee, TSS. Ulang tahun UPN. Ulang tahun Sek. Merpati Jepang, Perpaduan dan Muhibbah dan lain-lain. Malah ucapan YB Datuk Seri Adenan Satem merasmikan Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Sarawak pun saya buat dalam bentuk puisi. Salinannya mash ada.


Bila saya kerja dengan US, saya juga jadi pemberita dan menulis berita. Berbagai tajuk saya tulis. Politik, sosial, pendidikan dan sebagainya. Berita pasal lumba kudapun saya tulis. Maklumlah tinggal di Kampung Lumba Kuda. Sekarang semuanya jadi kenangan.


Bila saya berkhidmata dalam JKM, saya adalah Pengerusi Kumpulan Nasyid, dengan jawatan itu saya digalak untuk menulis lirik lagu Nasyid. Beberapa lirik lagu nasiyd telah saya buat, ada diantaranya berjaya jadi Johan pertandingan. Namun ia melalui banyak perubahan dari teman-teman dalam kumpulan nasyid itu seperti Norjayadi Jasan, Allahyarham Pak Syaugi dan Allahyarham B. Osman, jadi ia disebut sebagai hasil bersama.


Saya juga menulis skrip ucapan. Ucapan untuk dibaca. Saya masih ingat saya menulis ucapan Datuk Hj. Mohd. Taha Ariffin dalam satu acara rasmi penyampaian hadiah pertandingan drama

Untuk Setiausaha Tetap KPSU (yang dululah) pun saya tulis ucapannya. Saya juga ada manulis ucapan mantan penghulu Jalan Mendu dalam majlis rasmi di Surau. Selain ucapan untuk dibaca, saya juga menulis ucapan-ucapan VIP dalam buku-buku cenderamata atau majallah. Ada yang masih saya simpan.


Saya juga menulis skrip MC. Skrip MC untuk saya sendiri dan untuk orang lain. Banyak event saya yang menulis skrip untuk MCnya. Hal ini susah saya nak buktikan. Saya cuba cari.


Pasal doa pun ada saya tulis. Bila saya dijemput untuk menyampaikan doa dalam acara rasmi, saya lebih dahulu menyediakan skripnya, apa yang hendak di doa agar ia relevant dengan majlis yang berkenaan, tak boleh sebarang. Kena cari ayat juga. YBMS selalu menggunakan khidmat doa saya. Beberapa salinan doa masih saya simpan, Tulisan tanganlah.


Genre tulisan saya yang sebernarnya ialah skrip drama radio. Skrip drama radio saya yang pertama ialah "Burung Serindit Terbang Melayang" yang diterbitkan oleh RTM, Sarawak. Tahun? lupa.Skrip itu tentang gadis setempat yang makan pujuk rayu oleh askar Malaya yang bertugas di Sarawak dalam era konfrontasi. Diatas penyiaran karya yang pertama itu, saya amat seronok. Ketawa dan senyum sepanjang hari. Kemudian saya terus menulis dan menulis sehingga dijemput datang kestudio oleh Spawi Ariffin berbincang tentang rancangan harian. Setelah bersetuju, tentulah, saya diberi tugas menulis drama harian Keluarga Intan. Penulis asalnya Shazali Mohamad menulis yang lain. Selepas itu diberi tugas menulis juga drama harian keluarga Murni, yang hampir sama temanya. Yang paling mencabar ialah bila saya ditugas untuk menulis drama sejarah Islam. Saya kena beli buku sejarah Islam dan kitab. Setahun saya menulis Sejarah Islam, Kerana agak berat ia dihentikan. Dalam penulisan drama radio, satu bahagian pun saya tak mis. Saya menulis Siri Jenayah, drama dalam syair, Setitik Peluh di Bumi Bertuah( kisah orang kampung) Sandiwara Radio dan Sandiwara Radio Khas. Pada zaman kegemilangan drama radio, saya boleh menulis satu skrip semalam. Start selepas Isyak hinggalah pukul sebelas atau dua belas malam. Pagi dah ada ditangan penerbit. Mana tidak syok.

Saya bukannya bijak, tetapi tahu teknik penulisannya, berapa babak, berapa muka dan berapa pelakon yang sesuai, itu semua kena tahu. Kalau dikira jumlah skrip drama radio yang saya tulis, mungkin orang tak percaya, hitung cara kasar, satu minggu 5 buah, sebulan 20 setahun 240 dan kalau 5 tahun? Berapa? Bolehlah dihitung kasar melebihi 500 buah. Sayanag bayaran dikala itu terlalu murah bunyinya, RM 15 untuk setengah jam dan RM 30 untuk 45 minit. Lepas itu ada naik sedikit ia itu RM 30 dan setengah jam dan RM 45 untuk 45 minit. Kalau sekarang? Saya jadi penulis yang kaya. Sekarang saya jarang menulis skrip drama radio.


Selanjutnya saya menulis drama pentas (teater). Skrip teater saya yang kedua ialah "Sayang Sarawak" yang dipakai oleh RUSDA dalam pertandingan dramatahun 1973. Drama itu menang tempat pertama dan mewakili Sarawak. Skrip Sayang Sarawak juga mendapat tempat ketiga dalam Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas DBP 1985 (tetapi tidak ada tempat pertama dan kedua) Seterusnya beberapabuah drama lagi dan ditulis khas untuk festival teater dalam tahun-tahun tertentu. Misalnya Kandas pada tahun 1974, Gelap 1977 dan selamat Tinggal 1978. Sengketa Dikala Senja (purbawara) 1966 dan ini yang terawal.

Skrip saya yang paling awal ialah pada tahun 1960 yang menjadi Johan pertandingan menulis skrip GKBBMS (skrip itu telah hilang dan tajuknya pun saya lupa). Skrip-skrip lain ialah:-

1. Titik Mula Titik akhir - Johan Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas anjuran DBP Sarawak tahun 1981. Banyak kali sudah dipentaskan.

2. Lagu Darul Hana - Drama semi muzika - Naib Johan Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas anjuran DBP 2007. Belum dipentaskan.

3, Tragedy 1429 - Drama Sejarah semi komidi - tempat ketiga Peraduan Menulis skrip drama Pentas DBP 2007.

4. Santubong seri Gunung - sebuah epik Puteri Santubong - telah disiarkan dalam Majallah Pentas terbitan Istana Budaya Ogos 2008. Saya rasa saya ada 11 skrip drama pentas.


Skrip selanjutnya ialah akrip bangsawan. Saya berani bertaruh, saya sahaja orang menulis skrip bangsawan. Walaupun banyak cerita-cerita bangsawan pada zaman kegemilangan bangsawan, namun cerita-cerita itu tidak dinaskhahkan. Saya juga mempunai banyak cerita-cerita bangsawan seperti Jin Bukit Siol, Buaya Seduku, Bujang Senang dan lain-lain tetapi dipersembahkan secara improvisasi dan spontan sahaja. Tidak ditulis dalam skrip. Skrip bangsawan saya yang terawal ialah Siti Silam Baiduri pada tahun 1984. Skripnya masik ada.

Yang lain ialah Panji Asmara 1987. Raja Dewa Sisa Tulang 1988 dan Sharif Mashor 1990. Saya nak bercadang menerbitkan skrip-skrip itu. Itulah khazanah yang amat penting.


Wednesday, November 26, 2008

Perkhidmatan

Sebelum saya bercakap pasal teater dan bangsawan secara khusus, saya nak bercerita dulu tentang perkhidmatan saya dan apa saya buat. Semuanya pasal kerja perentah.

Saya mula-mula berkhidmat sebagai kerani di Jabatan Tanak dan Ukur (sekarang survey). Saya melapor diri pada 15.5.65 dan bertugas sebagai kerani akaun di Ibu Pejabat Jalan Badrudin. Gaji berapa? RM150.00 sebulan kerana pass Form 3. Saya rasa banyak tu. Pada beberapa tahun, saya rasa tiga tahun, saya dapat membeli sebuah basikal (saya ulang basikal) itupun loan dengan kerajaan. Sebelum itu saya pakai bas. Kerja dalam unit akaun bukan senang macam sekarang, ada calculator dan kemudahan lain, tetapi dulu, cuma pakai calculator orang survey dan pakai kira-kira sendirilah. Kena hafal sifar (seper) kalau tidak lambat mengira. Saya hanya 6 bulan di HQ kerana selepas itu kena tranfer pergi Miri. Cuba bayangkan tarikh transfer hanya satu minggu lagi hendak raya puasa. Saya memohon ditangguh selepas raya, tetapi AO orang puteh tu tidak dulu mahu bagi. Alasannya tiket sudah ada, kuarters sudah ada dan orang Miri kekurangan kerani. Susah nak dibantah kerana zaman orang puteh dulu memang strick. Terpaksalah saya pergi.

Yang seronoknya saya pergi naik kapal terbang. First time katakan. Dalam seronok tu memang ada takut dihati, takut-takut pula sesuatu yang terjadi. Saya naik pesawat MSA (Malaya Singapore Airways) yang ada dua kipas didepan. Saya tidak tahu berapa lama ia terbang, penat-penat duduk dah sampai kat Miri. Belon tidak turun di Miri, tetapi di Lutong Airfield, kepunyaan Shell Miri. Saya masik ingat airort itu simple sahaja dan padangnya cuba rumput bercampur pasir-pasir. Saya disambut oleh seorang kakitangan sokongan dan pemandu. Kami pakai jeep.

DiMiri saya tinggal di kuarters di Bringhton Road, Tanjong Lobang, tidak jauh dari pantai. Saya tinggal seorang diri di kuarters klass 3 yang agak besar bagi saya seorang. Sanak saudara tidak ada, rakan kenalan pun belum ada, staff L & S Miri pun belum kenal, bayangkan betapa pilunya hati saya pada waktu itu. Telefon tidak ada, radio kecik pun tidak ada. Mujurlah sepasang suami isteri perihatin dengan saya dan menjemput kerumah untuk berkenalan, nama pegawai tersebut ialah Wan Alwi. Kami bertukar kuarters dan saya masuk kuarters yang agak kecik ia itu klass 4.
Dirumah dialah saya menyambut hari raya puasa pertama saya di negeri orang. Saya tidak dapat gambarkan begitu sedih dan pilunya hati saya dikala itu. Tuhan sahaja yang tahu.

Selepas 6 bulan di Miri saya minta cuti dan pulang ke Kuching dengan kapal. Ini lagi satu masaalah, naik bot kecik dulu baharu pergi kat kapal yang berlabuh di tengah laut Miri. Kalau gelombang kena naik bakul dari bot masuk kapal. seronok dalam kapal dan saya layak pakai kelas 3. Makan sedap bilik tidurpun bagus. Rasa orang puteh jua you. Saya cuma cuti dua minggu dan selepas itu pulang semula dengan kapal juga ke Miri. Saya masih ingat kapal yang pernah saya naik ialah Rajah Brooke, Kimanis dan Keningau.

Saya bertemu jodoh di Miri dengan isteri yang ada sekarang dan kembali ke Kuching selepas 2 tahun setengah. Saya dapat balik kerana berbohong dengan boss Miri juga orang puteh berjanggut (Mr. Arnott) dengan alasan ninek kuat sakit. Saya pun pulanglah bersama isteri dan ditempatkan semula di unit Akun di Ibu Pejabat. Dari L & S saya ditukarkan ke Unit Perancang Negeri, Jabatan Ketua Menteri kerana naik pangkat jadi Kerana Kanan. Saya juga bertanggung jawab dengan akaun di SPU. Gaji pun pun besar juga. Baru beli motokar secondhand. Secondhand pun motokar juga, jani berjalan. 10 tahun di SPU rugi, keranai boss bertukar setiap dua tahun, orang Malaya dari UPN di JPM. Rekod perkhidmatan baru nak bagus dah bertukar boss. Selepas itu saya ditransfer di pejabat yang sama tetapi di Unit Pentadbiran di JKM. Saya sekali lagi diberi tugas mengendalikan akaun JKM. Bayangkan saya yang menyediakan anggapan perbelanjaan JKM termasuk pejabat CM. Saya masih ingat boss besar saya ialah Datuk Hj Mohd Taha Ariffin dan Datu Dr. Hatta Solhee. Boss yang paling tinggi ialah SS Datuk Hj. Bujang Mohd Nor, Datuk Hamid Bugo dan Datuk Aziz Hussain.

Walaupun saya dalam Unit akaun, saya selalu dijemput (waktu di L & S pun juga pernah) untuk menjadi Pegawai Protokol atau LO kepada tetamu tertama negeri. VVIPlah. Saya pernah menjadi LO kepada Sultan Brunei, High Com. Indonesia, Fiji, Mexico, Prince Phillip dari England dan lain-lain. Kadang-kadang ada juga dapat gift dari mereka, selalunya duit.

Di JKM merupakan pejabat yang agal sibuk jadi kakitangannya banyak digunakan untuk kerja-kerja sampingan yang bekaitan seperti menjaga bilik gerakan hari kebangsaan, hari jadi TYT dan banjir. Saya sik pernah mis. Ada aja kerja.

Bila saya pencen, saya ditawarkan kerja semula sebagai pegawai kontrak dan ditempatkan sepenuhnya dalam unit protokol. Best kerja di sini banyak aktiviti lawatan, jamuan, berkenalan dengan YB-YB, Menteri-Menteri dan sebagainya. Setelah merasa diri sudah agak berumur (tualah) dan orang yang dilayantu muda-muda, saya[un berhenti dari Perkhimatan Kerajaan pada 1.1.2005 setelah berkhidmat selama 39 tahun(campur yang sambung 4 tahun itu).

Rekod perkhidmatan saya ialah:- 15.5.65 - 9.12.75 Jabatan Tanah dan Ukor
10.12.75 - 14.06.93 Unit Perancang Negeri (JKM)
15.06.93 - 31.12.2000 Unit Pentadbiran (Akaun) (JKM)
1.1.2001 - 31.12.2004 Unit Protokol (JKM)
1.1.2005 bersara sepnuhnya dan jadi orang awam biasa. Seronok juga tidak ada kerja apa-apa. Kerja rumah adalah.

Sekarang saya menjawat jawatan Penghulu mulai 1.10.2007 dan bertanggung jawab bagi kawasan-kawasan Lumba Kuda, Jalan Mendu, Kenyalang, Stampin, BDC, Tabuan Jaya dan Stutong Baru. Besar kawasan saya tu. Saya di bantu oleh 4 orang Ketua Kaum(KK) bagi kawasan Lumba Kuda, Jalan Mendu, Kenyalang dan Stutong. Kawasan lain belum ada KK.

Keluarga

Saya rasa lebih baik saya bercerita pasal lekuarga saya. Mungkin satu dua perkara sudah dimaklumi. Anggap ia sebagai ulangan. Cerita tv lagi ada ulangan.


Nama bapa saya ialah Awang Hamdan bin Awang Omar (ada juga orang panggil Wan)

Nama ibu ialah Wan Salhah bin Wan Abu Bakar (memang Wanlah)

Saya mempunyai empat adik beradik. Dua yang sah ia itu asli adalah lelaki. Oleh kerana tidak ada adik perempuan, keluarga mengangkat dua adik perempuan. Seorang anak keturunan Cina dan seorang lagi ialah Melayu. walaupun anak angkat, kami sudah serasi dan tidak macam adik angkat lagi. Namapun sudah berbinti bapa.


Adik lelaki bernama Awang Ibrahim bin Awang Hamdan mantan pegawai trafik jadi outrider CM. Sekarang sudah pencen tetapi masih bakerja dengan keluarga CM. Sudah berkahwin dan mempunyai 4 anak. Sekarang sudah ada cucu.


Adik perempuan Cina bernama Dayang Rosnah binti Awang Hamdan. Masih bekerja dengan

Lembaga Lada Hitam. Sudah bersuami. Anak 3 dan sudah ada cucu.


Adik perempuan Melayu bernama Dayang Nora binti Awang Hamdan. Bekerja sebagai guru. Sudah bersuami dan mempunyai 3 anak lelaki


Saya mempunyai 5 anak. 3 lelaki dan 2 perempuan. Diantara anak lelaki dengan anak perempuan jauh gap.


Anak lelaki tua bernama Awang Nazarudin bin Hj. Awang Bujang. Sudah berkahwin dan memunyai 7 orang anak. lima lelaki dan 2 perempuan. Bekerja dengan Syarikat Akira. Sudah ada rumah sendiri di Jalan Muara Tuang.

Anak kedua lelaki bernama Awang Zainal Abidin bin Hj. Awang Bujang. Masih single dan berkhidmat dengan MAS sebagai Paramugara. Tinggal di Puching K.L. Oleh kerana dia berkhidmat dengan MAS dan belum kawin, saya laki bini dapat tiket murah.

Anak lelaki ketiga bernama Awang Zamri bin Hj. Awang Bujang mantan staff DBKU tetapi sekarang buat business sendiri. (saya tidak tahu apa businessnya). Sudah kawin dan mempunyai 4 anak. Ada rumah sendiri di Taman Malihah.

Anak Keempat Dayang Kartini binti Hj. Awang Bujang bertugas dengan Istana Budaya KL. Sudah bersuami dan mempunyai 3 anak (bakal 4). Sudah membeli rumah sendiri diKL. Suaminya orang Johor. Semenjak kerja di Istana Budaya, selalulah kami melihat drama.

Anak bongsu Dayang Norfitri binti Hj. Awang Bujang juga tinggal di Puchong KL. Sudah bersuami dengan orang Kelang. Mempunyai dua anak dan membuka business katering bersama suami.


Kalau nak kira cucu sudah ada 16 orang (bakal 17) dari 16 orang 4 sahaja lelaki. Bayangkan berapa banyak sudah ahli keluarga saya kalau dicampur dengan adik beradik. Itu baru sebelah saya, belum lagi sebelah bini.


Saya lupa nak madah nama bini. Beliau ialah Hajah Normah binti Hj. Nazari. Hanya sebagai surirumah yang berjaya.






Tuesday, November 18, 2008

Cinta

Biarlah saya bercakap pasal cinta dulu, kerana dengan adanya cinta akan menyebabkan blog saya lebih menarik. Dalam hidup semua orang ada "cinta". Dan cinta ada berbagai. Cinta yang saya maksudkan disini ialah bercinta.


Saya pertama kali bertemu dengan gadis bernama A...berasal dari Sibu. Ada hubungan keluarga.A tinggal dirumah kami kerana bersekolah. Sayapun masih lagi bersekolah. A....sudah bertunang dan tunangnya sudah kerja. Hari-hari kami bertemu dan sama-sama berlajar..A tua dari saya tua 4 atau 5 tahun...perhubungan kami diketahui emak dan emak saya tidak suka kerana dia tua dari saya dan sudah bertunang, jadi kemesraan kami terhad dan diawasi. Selepas tamat sekolah dia kembali ke Sibu dan kami tidak bertemu lagi selepas itu. Saya sudah tidak ingat lagi macam mana rupa A. Bercintakah kami?


Saya kemudian bertemu dengan gadis keluarga di Song. Saya ke Song kerana ingin bertmu dengan keluarga di sana. Tidak di duga gadis tersebut amat manja sifatnya dan kerana kemanjaan itu menambat hati saya. Kami benar-benar mesra...namanya D..K...kami tidak lama bersama kerana saya ingin pulang melanjutkan persekolahan...disini sekali lagi membuktikan jodoh pertemuan dan perpisahan ditangan tuhan. D..K...pun kawin lain.


Saya kemudian kenal dengan gadis bernama N.....N Kampung Surabaya. Pada waktu itu saya masih berumur belasan tahun dan belum bersunat...orang dulu bersunat akhir...kami amat mesra walaupun belum timbul istilah cinta itu. Gerek pun saya rasa belum. Belum lagi ngerti.Walau apapun kami tetap mesra, saya selalu diajak dan dijemput kerumah membaca news yang ayahnya beli. Ayahnya kerja dengan Kerajaan. Keluarganya juga tidak begitu ambil tahu tentang perhubungan kami. Macam merestui sahaja perhubungan kami. Tengah saya bermain badminton, kalau nak ajak pergi ke pasar, terpaksa pergi. Nak tengok wayang, dia yang bayar. Bila pergi ke hutan (ambil buahlah) kami berdua sahaja yang pergi. Dirumahnya kalau baca news dia selalu duduk bersama saya.


Bagi keluarga sayapun sama sahaja, tidak ambil tahu tentang perhubungan kami, macam suka sahaja. Bila saya bersunat, dia selalu menjenguk (ngabas). Mak macam membiarkan sahaja dia datang. Dipendekkan cerita, bila saya hendak berpindah kerja ke Miri, berbagai dia bagi, kueh mueh dan lain-lain. Kami saling berutus surat (waktu itu belum ada handpon jadi takadalah SMS.)Pada waktu yang sama keluarga di Kuching telah beria-ia hendak menunangkan kami.


Waktu saya di Miri..sebagai jejaka yang masih suci dan rindu..berkenalan pula dengan seorang gadis manis dan namanya juga bermula dengan huruf N...tanpa diduga perhubungan kami amat mesra dan diketahui oleh keluarganya...demi untuk menjaga maruah...kami diminta untuk bertunang...bayangkan perasaan keluarga di Kuching...lebih-lebih lagi N....sebaliknya bila N...Kuching datang seperti yang dijanjinya dalam surat...pasti saya tidak mengenali N...Miri. Jodoh ditangan tuhan...maka sayapun kawinlah dengan N...Miri. Namanya ialah Normah. Sekarang sudah jadi Hajah Normah.


Sebelum kisah tersebut dan pada waktu yang lain, saya berkenalan dari jauh dengan seorang gadis. Kampung Surabaya juga, tetapi Surabaya Hilir. Namanya D..A..Kami bertemu pada waktu bulan puasa iaitu dalam pertandingan membaca Alquran. Dia wakil Kampung Surabaya Hilir dan saya pula MC bagi pertandingan tersebut. Pertemuan kami cuma sepintas lalu kerana takut diketahui orang. Sungguhpun demikian, orang dapat membaca pergerakan kami. Walaupun emak saya agak setuju (bunyinylah) tetapi perhubungan kami putus bila saya transfir ke Miri. Belum sempat apa-apa. Bayangkan kalau N..Surabaya Ulu tahu?


Pada waktu yang sama, bila saya balik ke Kuching dalam cuti tahunan, dengan tidak sengaja saya bersua dengan seorang gadis bernama J.....(bukan jandalah)...dia bawa saya tengok midnight...sayapun setuju...tanpa diketahui kedua-dua N...N Kuching dan N Miri. Bila balik dari melihat midnight dengan J...saya naik risau...kerana J..lain aja bunyinya...tidak mahu berpisah...nak ikut pulang...saya beri berbagai alasan...saya janji akan kembali lagi dan mengambilnya seperti dijanji mulut (hati tidaklah)..keesokan harinya saya kembali ke Miri (cuti dah habis)...selamatlah saya dari J....


Sebagai seorang insan yang agak popular kerana nama pena (ABNor) dan masih rasa jejaka walaupun sudah kawin...saya pula bertemu dengan anak gadis bernama R.....pertemuan secara tidak diduga itu menimbulkan rasa cinta baru...hampir menimbulkan masaalah dan perang besar...tetapi setelah menyedari akan tanggungjawab sebagai suami...syukur alhamdulillah...R..saya lupakan terus.


Kami selalu bermain drama pentas dan pergaulan yang agak bebas itu menemukan saya dengan seorang lagi gadis bernama B...kami mesra dalam perjalanan ke tempat main drama..saya ingat ke Simunjan...dalam kapal...tanpa diketahui teman-teman lain...cinta rahsia...kami jatuh cinta.Saya bercinta lagi..kami saling bertemu bila ada masa lapang...tuhan hendak menyelamatkan saya...dan dengan tidak diduga..B...ditukar kerja ke tempat lain...kamipun berjauhan dan lupalah B..dalam hidup saya...


Selepas beberapa tahun menyepi...maksudnya tidak ada cinta baru...tiba-tiba sahaja saya bertemu dengan budak perempuan bernama..namanya juga R....entah macam ditarik saya tiba-tiba jatuh cinta...kami selalu bertemu dan terpaksa membohongi isteri..waktu itu anak-anak saya sudah dewasa...pertemuan sulit kami mengundang bala..hampir berperang sabil..mujurlah isteri saya penyabar dan saya sedar di atas perbuatan saya...saya tinggalkan R...R akhirnya kawin lain dan tinggalkan Kuching.


Waktu membuat bengkel teater di Daro, saya tak ingat bila...saya bertemu dengan seorang perempuan..saya lupa namanya...tetapi janda beranak 2. Pada awalnya memang tidak disangka..tetapi cinta itu ujud diatas kemesraan..kamipun berrcinta dalam diam. Bila saya pulang ke Kuching selalu buat panggilan telefon..telefon awam...handfon belum ada. Kalaulah kami selalu bertemu..apa akan jadi? Saya bertemu lagi denganya bila saya mengadakan bengkel teater di Mukah...bertemu dalam satumajlis makan malam...kami mula bertelefon semula..hampir setiap bagi...tetapi tiba-tiba nombor telefonnya hilang..habaislah.


Dalam Pejabat lain pula ceritanya. Bila saya berpindah ke UPN, adalah seorang gadis..Namanya H...dia ada tunang, tunangnya staff yang sama...tetapi dalam diam-diam kami selalu berjelingan..senyum dan akhinrya jatuh cinta jarak jauh...masing-masing mahu jaga maruah...

Waktu itu saya rasa iman saya sudah kuat...jadi perasaan itu hilang denga sendirinya dan waktu yang sama saya ditukarkan ke JKM. Lupalah cinta H..walaupun selalu bertemu dalam lif, itu sudah pertemuan biasa.


Dalam bertugas dengan JKM, saya tiba-tiba mesra dengan seorang perempuan...sudah berkeluarga dan ada anak. Namanya F....Kami saling bertemu dan minum bersama denganya di kantin, tidak berdua-duaan tetapi ramai..jadi perhubungan kami tidak diketahui ramai. F...pandai menjaga diri dan tidak menampak sesuatu tanda yang menimbulkan keraguan staff lain...mujurlah kami tidak berbuat apa-apa...ikhlas dansuci..malahan...pertemuan saya dengan gadis-gadis lain pun...masih suci. Pertemuan saya denan F..tamat bila saya pencen. Syukur. Jangan ada lagi yang lain.


Sekarang saya rasa sungguh bahgia, aman dan selesa hidup dengan isteri yang di kasihi. Cintanya adalah segala-gala untuk saya. Namanya tentulah N..Hajah Normah. Cintanya amat telus dan setia. Saya tetap berdoa agar cinta kami berdua berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Tidak ada cinta perempuan lain macam cinta N..Hajah Normah.

Sunday, November 16, 2008

NGO yang saya sertai

Mula-mula saya bergiat dalam ABAS (Astana Bintawa Angkatan Satu). Saya tidak banyak peranan dalam ABAS kerana saya rasa belum bersedia dan terlalu muda. Kebanyakan AJKnya terdiri dari tokoh veteran yang berpengaruh termasuk Tua Kampung. Saya hanya membantu dari segi lojistik. ABAS masih lagi hidup sampai sekarang.


Kemudian saya terlibat dengan BGS (Boyan Gersik dan Surabaya Sport Club). Saya juga tidak banyak peranan dalam BGS dengan alasan yang sama. BGS mempunyai penggiat yang berwibawa dan bertenaga. Saya cuma membantu dari luar. Selepas beberapa waktu baru saya terlibat dalam persembahan bangsawan. Itupun peranan kecil. BGS sedang dalam proses untuk dihidupkan semula.


Selepas itu saya menyertai SBM (Seni Budaya Melayu). SBM di asas oleh keluarga Puan Hajah Serbanun Datuk Hj. Merikan. SBM mempunyai kegiatan yang sama dengan BGS dan ABAS iaitu bergiat dalam Sukan, kesenian (bangsawan) dan kemasyarakatan. Dalam SBM saya hanya masuk dalam team bolasepak. Itupun jadi reserve. SBM sudah lama meninggal.


Saya dengan beberapa teman dalam kampung Surabaya, yang saya ingat, Awang Alai, Hj. Mustapha Annuar, Buang Mohammad (kantin) dan lain-lain menubuhkan Surabaya Sport Club.

(SSC) Aktiviti utama kami ialah persembahan bansawan. Disini sayalah yang mengambil peranan penting dalam persembahan bangsawan. (Bab bangsawan akan saya ceritakan kemudian) Surabaya Sport Club aktif untuk beberapa tahun sehingga saya berpindah kerja di Miri. SSC juga sudah lama jadi arwah


Yang paling aktif mengadakan kegiatan ialah (GKKSS) ia itu Gabungan Kampung-Kampung Hilir Seberang Sungai( saya rasa namaini salah) Kampung yang terlibat ialah Astana, Sungai Bedil hinggalah ke Kampung Bintawa. Persatuan ini digerakkan dengan aktif oleh Setiausahanya Haji Wan Hussain Syed Alwi. Kegiatannya hanya mengadakan Pertanding Membaca Alquran di antara kampung-kampung setiap tahun. Semua kampung (kecuali dua kampung iaitu Semarang dan Bintawa Hilir) mengambil bahagian. Peranan saya selain menjadi AJK pertandingan ialah menjadi MC. Setiap tahun pertandingan ini diadakan pada bulan puasa. Ia bermula awal puasa hingga tengah bulan puasa. Selain jadi MC saya juga tukang cabut undi peserta dan menentukan bab bacaan yang telah dipilih. Suara masih bagus semua orang suka. Popular juga saya dibuatnya. Saya tidak tahu bila Gabungan ini tamat dan difahamkan sudah berpindah ke Semariang.


Saya seterusnya dengan beberapa teman seperti (kalau tidak silap) Datul Salbiah Painah, Mahrup (lain-lain saya tidak ingat, nanti saya cari) telah menubuhkan sebuah persatuan penulis. Kamilah jadi pengasasnya. Persatuan tersebut ialah Persatuan Bahasa dan Sastera Malaysia Sarawak atau PEBAS. Kami aktif mengadakan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan.DalamPEBAS sayapernah menjadi setiausaha jadi bendahari danAJK. Kami menyertai GAPENA dan sayalah orang yang pertama dengan dua lagi ahli lain mewakili penulis Sarawak dalam GAPENA. Kami juga yang menjadi penganjur Hari Sastera Malaysia Di Sarawak dan lain-lain kegiatan peringkat negeri dan kebangsaan. Selepas beberapa tahun, PEBAS berukar jurumudi dan kelasi dan masih aktif untuk beberapa tahun dan akhirnya juga berpindah ke Semariang.


Selepas berjaya dalam pertandingan drama, saya dan kawan karib Haji Kassim Daud telah menubuhkan persatuan drama. Kami termasuk Laili Budin, Wan Man dan ada seorang dua lagi telah membena Rumpun Seni Drama Sarawak (RUSDA) seperti PEBAS, RUSDA juga telah didaftarkan, banyak kegiatan drama dapat kami adakan dan pernah menganjurkan pertandingan drama dan tarian bersma Sri Tarina. Malam dua drama dan malam tiga drama. RUSDA juga bertukar kepimpinan dari masa ke semasa. Yang pernah memimpin RUSDA ialah Datuk Dr.Hj. Adi Badiozaman Tuah,Zaini Ozea, Haziz Wahab dan yang lain, kerana terlalu banyak saingan, akhirnya RUSDA juga pindah ke Semariang.


Selepas berjaya mengadakan kursus bangsawan, saya bersama dengan Ismail Hamdan, Halimah,Azhar dan yang lain menubuh pula Sri Bangsawan Muda (SBM). SBM juga berdaftar dan sempat mengadakan beberapa persembahan bangsawan di Kuching dan Samarahan. Oleh kerana beberapa pemimpin persatuan berpindah tempat kerja, ada ke semenanjung, ada ke Sibu dan Miri, akhirnya tandus kegiatan dan pertemuan, lalu juga pindah ke Semariang.


Saya juga menyertai Gabungan Persatuan Penulis Sarawak (GPPS) sebagai AJK dan ada juga jadi Bendahari. Saya duduk dalam GPPS sejak awal sehingga dibatalkan pendaftarannya. Sebab utamanya pembatalannya ialah kurang aktif. Yang penah memimpin GPPS ialah Datu dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah. Saiee jadi Setiausaha.


Saya juga aktif dalam Majlis Teater Negeri Sarawak (MTNS) Majlis ini juga didaftarkan. Tidak banyak kegiatan diadakan oleh MTNS dan yang besar ialah teater Semerah Padi di atas pentas. MTNS pernah dipimpin oleh Datuk Hj.Mohd. Taha Ariffin. MTNS tidak bertahan lama dan akhirnya dibatalkan.


Dalam jabatan Unit Perancang Negeri saya aktif dalam Kumpulan Nasyid. Saya Pengerusi Kumpulan Nasyid JKM (nama sebenar saya tidak ingat). Kumpulan kami pernah menjadi johan pertandingan nasyid peringatkat Negeri dan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan. Kumpulan masih bertahan sehingga sekarang dengan nama lain. Saya berhenti memimpin bila saya bersara.


Dalam Jabatan Ketua Menteri saya jadi Ahli Kelab Keluarga JKM dan menjadi AJk yang aktif menganjurkan hari keluarga dan sebagainya. Saya jadi pengerusi AJK kecil persembahan setiap tahun selama lima tahun hingga saya bersara.


Dalam kampung Lumba Kuda, tempat saya tinggal sekarang, saya menjadi Setiausaha Surau Darul Akhirat selama hampir 16 tahun dan seterusnya jadi Pengerusi hingga sekarang.


Disini juga saya jadi Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Lumba Kuda untuk tiga musim dibawah tiga pengerusi yang berlainan. Seterusnya saya jadi Pengerusi sehingga sekarang (tahun 2008). Di Kampung Lumba Kuda juga saya ialah Pengerusi Kumpulan Zikir Ar Rahman.

Selain dari itu saya adalah Penasihat kepada Kumpulan K Bestari Lumba Kuda/Jalan Mendu.


Saya sekarang menjadi ahli kepada Medan Teater Negeri Sarawak (MTNS) dan saya benar-benar berharap ia tidak jadi MTNS yang lalu.


Seterusnya saya masih lagi jadi AJK Sekolah Selamat Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda dan menjadi ahli Persatuan Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Kuching.











Tuesday, November 4, 2008

sukan

Dalam kehidupan harian saya, saya banyak terlibat dalam sukan. Salah satu dari sukan yang saya gemari ialah badminton.

Saya berlajar berain badinton ketika berumur 12 atau 13 tahun. Pelajaran main badminton tidak secara formal tetapi ikut ikutan sahaja. Orang turun bermain, saya pun turun, orang pukul saya pun pukul. Secara kebetulan kot (court)badminton tu cuma di hadapan seberang jalan rumah saya dikampung Surabaya Ulu. Kot tersebut kepunyaan jaguh badminton ketika itu ia itu Bujang Tambi abang Ibrahim Tambi. Anaknya Seruji Bujang juga jaguh pemain badminton ketika itu dan sukar dikalahkan oleh pemain-pemain lain dari seluruh kampung dan kampung berdekatan.Jaguhlah tu. Dari dialah yang memberi inspirasi kepada saya untuk terus berlatih. Saya pandai bermain badminton tidak berapa lama selepaps itu, dalam jangka masa tiga bulan, saya sudah boleh bertarung main single atau double.

Bila sudah rasa pandai dan boleh bertarung, terus beli reket jenama Dunlop kayu. (lupa herganya)Saya terus bermain siang atau malam. (kotnya ada pasang lampu) Bukan sahaja saya bermain dikampung sendiri tetapi juga sudah berani berlawan dengan orang dari kampung lain.Kami panggil melawat. Walaupun saya sudah berkhidmat dengan kerajaan, ia tidak menghalang saya untuk terus bermain badminton. Balikkerja sahaja terusmain, jangan hujan sahajalah, kerana tidak ada dewan. Kalau main malam, hari bagus, sampai sebelas atau dua belas baru pulang, tak pandai rasa lelah atau penat. Mak kadang-kadang bising kerana asyik bermain badminton.

Saya dua kali masuk pertandingan. Sekali pada pertandingan peringkat Kuching dan sekali pada pertandingan peringkat Miri bila saya ditukar bertugas ke Miri. Semuanya saya kalah peringkat suku akhir. Dalam bermain double berpartner dengan Osman di Kuching dan bersama Mustapha Wahab bila di Miri. (kedua-dua mereka sudah naik haji) Selepas itu saya tidak masuk pertandingan lagi tetapi terus bermain badminton. Mantan Setiausaha Kerajaan Sarawak Hamid Bugo, Aziz Husain, Hatta Solhee, Mohd.Ali Hashim, Wilson Baya Dandot Mantan SFS Chin Jew Bui adalah rakan-rakan sepermainan badminton saya. (Ada di antara Mereka sudah dapat Tan Sri, Datuk Amar dan Datuk)Saya cuma dapat gelaran datuk, tetapi untuk cucu sahaja. Saya berhenti bermain dan menggantung reket saya bila mata sudah kurang awas dan pala tut sudah mulai rasa ngigit. Itupun bila dekat hendak pencen. Satu lagi bidang sukan yang saya ceburi ialah bola sepak.

Dalam bolasepaktidak lah begitu menyerlah, Saya berjinak-jinak dengan games ini bila mengikut teman-teman bermain dipadang polis fieldforce di Kubu Kampung Boyan. Kami bermain menentang polis dan adakalanya sesama sendiri. Kasut but dulu lain, kadang-kadang ada paku yang tertonjol ditapak yang menyebabkan saya takut. Sungguh pun demikian saya terpilih untuk bermain dalam liga bahagian Kuching Kelas C bersama team SBM (Seni Budaya Melayu)

yang peliknya saya bermain sebagai penjaga gol. Tidak pernahpun berlatih jadi jaga gol.Pada games tersebut kami menang tiga satu selepas saya dapat menangkap bola dalam sut penalti.

Selepas itu saya berhenti mewakili SBM kerana sudah ada penjaga gol tetap. (rupanya saya tu hanya penjaga gol simpanan) Saya terus bermain bolasepak juga wewakili Jabatan dalam permainan persahabatan. Kami pernah berlawan menentang pasukan Cikgu Adi (Sudah jadi Datu dan Dr. dan sudah pencen sekarang) Bila bertugas di Miri, saya tidak terlibat dengan bola sepak.

Tatkala saya bertugas di Miri, saya berjinak pula dalam sukan sepaktakraw. Walaupun tidak serius, saya bermain bersungguh dan berlatih setiap ada masa tidak bermain badminton. Kami berlatih dikampung Loss. Yang anehnya saya lebih gemar menjadi Umpire daripada bermain. Jadi saya lebih pakar jadi pengadil dari bermain. Maka kerana itu bila ada pertandingan sepak takraw saya jadi chief pangadil. Waktu pasukan Brunei datang melawat Miri. sayalah jadi pengadil perlawan sepaktakraw menentang Miri. Yang peliknya lagi, bila saya kembali bertugas ke Kuching, saya terus lupa dengan sepaktakraw.

Saya hampir bermain dengan semua acara sukan yang ada di Kuching pada era tersebut. Saya masuk lumba berlari 100 dan 200 ela (dulu tidak pakai meters) Lumba Jalan kaki (marathon)

lumba berenang. Rasa sudah laju berenang kerana berlatih di sungai, sayapun masuk lumba berenang, satu kali pusing hendak habis, saya nombor uncit. Rugbypun saya ada terlibat, main lawan Navy dari Kapalperang, sudah jak badan besar, sekali kena langgar, rasa hendak pengsan, sebab itu saya bertaubat tak mahu main rugby. Bila saya sekolah Modern, saya terlibat dengan Softball (sebenarnya ballnya keras) Dan bersama dengan Jamali Jais kami menjadi pasukan yang ditakuti. Sekolah Modern terbilang dengan pemain softballnya (termasuk sayalah tu). Bila saya keluar dari Modern, sofball pun keluar juga.

Saya juga main hoki, tetapi sekali sahaja saya turun bawa kayu hoki, kerana selepas saya melihat dahi rakan saya terluka terkena kayuhoki, saya terus berhenti. Games lain seperti basketball, bolajaring juga saya terlibat tetapi hanya untuk dikampung kerana dikampung saya tu macam-macam ada.Saya juga pernah berlumba perahu dengan Jabatan Tanah dan Ukur (kerana saya bertugas di situ) bukan tukang kayuh tetapi jadi pengudi. Kami masuk dalam lumba tiga puluh dan perahu naga. Kami hanya menang dapat nombor satu dalam lumba kesihan (kesian). Oh ia, saya pernah bertinju. Secara kebetulan bila dan funfare di Jalan Jawa, Jalan P. Ramlee dekat RTM sekarang ada pentas boxing. Sesiapa pun boleh bertarung dalam dua atau tiga pusingan. Saya dengan kawan bernama Marin lalu setuju bermain. Pasang glof dan buka baju luar. Bunyi loncang kami terus berlawan, entah macam mana tumbuk sulung saya betul-betul terkena muka Marin, lalu tumbang dan pengsan, cemas saya, takutpun ada,degupan jantung jangan dikira.Nasib ada pengadil dari pentas boxing itu membantu. Bila sedar dan kami pulang. Dalam perjalanan pulang, Marin memberitahu saya, kuat juga pukulan awak. Itulah perlawanan tinju saya yang pertama dan terakhir.



Friday, October 31, 2008

Permainan bila saya masih kecik

Apa yang saya main bila saya masih kecik (kecillah) bukan kecik benar sudah berumur lapan atau sembilan tahun tu. DiBako saya tak main apa-apa, maklumlah kampung nelayan yang jauh dari bandar. Tak ada apa yang saya boleh beli dipasar, kalau pun ada motokar mainan, ia mahal. Jadi saya cuma bermain dengan kambing, saya jadi gembala kambing, adalah tiga empat ekor yang saya jaga. Itu bukan saya punya, datuk saya yang empunya. Saya jaga sahaja. Beri makan dan beri dia jalan-jalan kampung. Sekali sekala ada juga saya ikut orang bermain luncur bukan luncur angin) tetapi luncur papan lantai perahu di pantar pasir bila air sungai Bako kering. Saya masih ingat syok-syok bermain, kaki kena petik (sengat) ikan lepuk. Bukan main sakit. Nasib baik datuk menghisap paip, ambil candu paip, bubuh dekat petik lepuk, sekejap baiklah. Ada jugalah saya ikut orang main bola, bola keras ada tali pengikat, tapi saya tak main, tengok sahaja.

Padangnya banyak rumah engguang (binatang macam udang). Saya takut. Tidak banyak apa yang saya boleh cerita di Bako. Tapi bila saya balik Kuching, baru rasa seronok, rinduk ati, Saya main guli. Ada guli kis, ada guli put, ada guli pangkak. Ada juga saya main getah (getang gelanglah), ada getah timpa, ada main pesit. Kalau sudah menang tu, penuh satu tangan getah disangkut. Ada pada itu, kita main rondes, macam softball, ada juga orang kata baseball, apapun main rondes sangat istemewa, bolanya kadang-kadang kertas direngok bulat. Dan yang malangnya team saya selalu kalah. Yang bestnya kita lawan perempuan. Ada kalanya kita main senapok, seorang kena pejam mata dekat tiang atau dinding, yang lian berlari bersembunyi dimana-mana, bila dia dapat cari yang bersembinyi itu, dia menjadi dan yang lain terus jadi bersembunyi. Ada juga pencari tak dapat mencari langsung, kerana yang bersembunyi itu lari dan bersembunyi dirumah makan minum baru datang semula. Kita main labat, main diantara tiang-tiang rumah orang (susah nak explain mainan ini), kita main jengkek, saya main gudi (wau) lawan orang- orang Cina diseberang Padungan. Yang seronok kita main bola bila hari hujang (bukan ribut) dikawasan rumah orang bernama Adi (sekarang Haji), amo seluruh tubuh walaupun hujan, tidak kira menang atau kalah, kita mandi sungai Sarawak selepas itu. Kita main terjun tarzan, kita lumba berenang, kita berhanyut dengan pokok apong yang hanyut, kemudian berenang ketebing berjalan kaki pulang ke rumah. Kita juga main seremban lawan budak perempuan. Kadang-kadang kita cari buah getah, kita lawan main pesit atau pangkak.


Yang paling best ialah kita main dango, main jadi laki bini, kita main masak-masak cuma kita tidak main tidur brsama. (Belum tahu reti lagitu). Saya masih ingat yang jadi bini saya pada waktu itu ialah (tak ingatlah) Dia masih hidup dan sudah berkahwin. Ada juga kita main ikut aksi yang kita lihat dari wayang gambar yang main free dipadang kampong. Kalau cerita lawan pedang, kita main juga berpedang dengan pedang kayu. Kalau cerita koboi, kitapun ikut jadi koboi, habis pelepah pinang diambil nak dijadian kuda. Kalau cerita perang, kitapun berperang dengan sumpit. Buluh diambil dikerat panjang mengikut keupayaan dengan tanah kuning diberi air dan dilekat pada depan buluh. Tanah dibuat bulat sama size dengan lubang buluh dan mulalah menyumpit teman (musuhlah tu). Kuning habis mulut dan pipi. Yang sakitnya bila tanah diganti dengan kacang hijau. Yang tidak bagusnya ialah bila kita main lastik (panah) , habis buah dan burung di lastik. Mana tidak orang tua bising. Yang lebih bising tuan punya buah asam bila diketahui buah asamnya kena lastik.


Saya rasa bila kita mengimbau kembali kisah lama-lama itu dan kalau dibandingkan dengan anak cucu saya sekarang, dulu lebih ceria dan banyak kreatif. Banyk lagi yang boleh kita bincangkan.

Wednesday, September 10, 2008

Sambung Versi Pendidikan

Dari sekolah diMunggu Puang, pandailah saya membaca dan menulis jawi. Sampai sekarang pun saya masih boleh membaca cuma tulisan jawi sahaja yang agak seperti karih manuk. Selepas itu saya melanjutkan persekolahan di Sekolah Rendan Gersik. Tetapi sekolahnya di bukit Kampung Boyan, disitu saya tamat sekolah hingga derjah enam dan pass Komon Entran (derjah enamlah).

Disekolah Gersik inilah saya mengenali guru saya Datu Salbiah Paimah, Cikgu Fatimah bini Datuk Haji Ali Kawi dan dua tiga orang lagi yang saya belum ingat.(Bila nak ingat?)Selepas itu saya berlajar di Madrasah Melayu. Bertemu saya di sini dengan Hajah Sarbanun Marikan. Dia lebih seniour dari saya. Malang nya saya tidak lama disini, sethun sahaja kerana prestasi saya kurang bagus. Lalu selepas itu saya bersekolah pula di Sekolah Satok English Private School (begitulah namanya dalam bahasa Orang Puteh. Cikgunya mestilah Datuk Hajah Hafsah Hj. Harun (Mantan Menteri Sarawak tu) cikgu lain saya tidak ingat. Nantilah saya akan ceeritakan cikgu-cikgu saya pada siri yang akan datang. Tamat Sekolah Satok saya bersekolah pula di Sekolah Menengah Modern (Kuching Secondary Modern School) Dulu mana ada sekolah nama Melayu. Disini ada sedikit masaalah, kebanyakan pelajar bumiputra tidak suka (gemar) dengan cikgu perempuan Orang Puteh bernama Mrs. Gwilliam, dia pilih kasih, jadi kami protest, kami keluar beramai-ramai dan tidak menduduki peperiksaan SPM. Saya terus mohon kerja dengan perentah dan jadi kerani. Dalam saya berkhidmat itu saya mengambil peperiksaan secara calon persendiri dan lulus SPM grade 111 (3) syukur juga. Saya dapat GCE kurang satu agreegat nak pass form Six pun secara calon persendirian.

Friday, September 5, 2008

Pendidikan

Saya banyak sekolah (bukan saya punya) Pertama sekali bila dikampung Bako saya mengikut ayah pergi mengajar (dia cikgu) oleh kerana umur belum cukup untuk bersekolah, saya cuma mengikut sahaja tahulah membaca dan menulis sedikit sebanyak. Waktu itu belum ada lagi tadika, lebih-lebih lagi dikawasan luar bandar, dalam bandarpun belum ada. Saya mula berlajar secara formal dalam sekolah agama (lupalah umur masuk sekolah ketika itu) di sekolah agama Kampung Buah (ada orang panggil Munggu Puang) sekarang ini Kampung Panglima Seman Lama. Saya tidak lama sekolah disitu cuma satu tahun.

Tuesday, September 2, 2008

Tempat Lahir

Ini lagi satu masaalah. Saya amat bingung kerana saya ada mempunyai dua tempat lahir. (satu mesti betul punya) Yang pertama di Kampung Bako dan satu lagi di Kampung Sourabaya. Bila saya kecil-kecil saya dibesarkan di Kampung Bako. Bila diwasa sedikit saya masih ingat saya dibawa lari oleh ibu ke dalam lubang gali manusia lari takut kena bom belon Amerika. Sampai sekarangpun saya masih tercari-cari dimana saya dilahirkan(bukan dihospitallah) Tetapi saya berasa syukur juga kerana dalam surat beranak dicatatkan Kuching sebagai tempat lahir. Hah disitulah tempat saya dilahirkan.

Thursday, August 28, 2008

Tarikh lahir

saya bingung dengan tarikh lahir. Saya mempunyai dua tarikh lahir. Pertama tahun 1945 dan satu lagi taun 1947. Bila saya masuk sekolah saya menggunakan tahun l947. Hanya bila saya masuk kerja perintah saya menggunakan tarikh 1945. Sebeb utama ialah umur saya bila masuk kerja baru 18 tahun, pada tahun itu belum boleh kerja kena tunggu 21. Memmandangkan saya sudah habis sekolah, bapa saya suruh cari kerja, jadi terpaksa ubah tahun lahir. Cara kebetulan bapa saudara saya tua kampong, maka mudahlah saya menukar tahun tahir dari 1947 ke 1945.

Hari dan bulan lahir hanya dibuat setelah saya sudah bekerja. Jadi tarikh lahir saya dalam IC sekarang ialah 29.3.1945. Dari mana datangnya hari dan bulan pada tarikh lahir saya? Entah. Saya pencen genap 35 tahun sehingga Disember 2001. Tidak pada bulan 3 kerana hari dan bulan pada tarikh lahir saya datang lewat. Kirala berapa umur saya sekarang.

Thursday, August 21, 2008

Nama

Nama saya ialah Awang Bujang bin Awang Hamdan. Bila saya pergi haji, saya pun jadi Haji Awamg Bujang bin Awang Hamdan. Sekarang saya jadi Penghulu, nama saya pun

menjadi Penghulu Haji Awang Bujang Awang Hamdan.

Zaman saya kanak-kanak (tidak tahu umur berapa) di kampung Bako, saya dikenali sebagai Wan Bujang kerana emak saya bangsa Wan, Wan Salhah dan ninek saya bernama Wan Othman. Bapa saya pun jadi Wan Hamdan. Bila kami berpindah dari Kampong Bako ke Kampung Sourabaya (ada juga orang mengeja Surabaya)saya masih disebut dan popular sebagai Wan Bujang. Ada dua Wan Bujang dikampung itu (pertunggal sayalah tu) jadi saya digelar Wan Bujang bendera kerana saya selalu menaik bendera kerana bapa saudara saya tua kampung. Dulu ketua kampung mesti ada bendera. Wan Bujang yang lagi satu itu digelar Wan Bujang boyak sebab dia selalu meniarap.

Walaupun demikian saya ada lagi nama lain, Wan NorMarikan kerana saya lahir tatkala Tentera Amerika masuk perperangan. Entah betulkah tidak, saya tidak tahu. Tetapi nama itu tidak lama,tidak popular langsung.

Nama Wan Bujang digunakan sehingga saya masuk sekolah rendah. Entah macam mana saya tidak tahu nama saya bertukar menjadi Awang Bujang tatkala disekolah menengah. Bapa saya pun jadi Awang Hamdan. Ini mungkin kerana kami sebenarnya keturunan dari Brunei (wanglahhuaklam) ataupun sebelah bapa saya memang keturunan Awang. Walau apapun, orang dikampung Bako dan Sourabaya yang sebaya saya masih memanggil Wan (hentam sahajalah, asalada nama). Yang Jelas sekarang nama saya dalam IC ialah Awang Bujang bin Awang Hamdan (Haji dan Penghulu tu tak adalah dalam IC). Nama pena tetap A.B.Nor.

Tuesday, August 5, 2008

SALAM PERTEMUAN



alhamdulilah. akhirnya saya juga ada blog saya sendiri. lama saya berhasrat untuk mempunyai

perkara ini. jadi terima kasih saya pada rakan-rakan orang pencen macam pharo, saiee dan sabin yang membantu membuat blog ini.