Wednesday, January 7, 2009

Penilai/Hakim

Selanjutnya saya ingin menceritakan pula penglibatan saya dalam tugas menjadi penilai atau hakim dalam pertandingan atau festival. Bukan sahaja dalam teater tetapi juga berbagai kegiatan seni seperti gendang, puisi malahan orang bertanding menyanyi pun saya juga jadi hakim, hakim peringkat kampunglah. Dalam teater saya telah menjadi hakim seawal tahun 70an dan 80an. Saya cuba menyenaraikan beberapa pertandingan atau festival saya jadi penilai atau hakim teater. Jangan hairan, adakalanya istilah hakim digunakan dan akhir-akhir ini penilai jadi sebutan kalau kita jadi hakim. Walau apapun istilahnya, peranannya tetap sama iaitu mencari pemenang.

1971 - Pertandingan Drama dan Tarian anjuran GKBMS
1985 - Pesta Drama Bulan Bahasa
1988 - Pesta Teater Gerakan Cintailah Bahasa Kita peringkat Negeri (saya juga jadi Pengerusi
Pesta)
1988 - Pekan Teater Peringkat Negeri
1991 - Pekan Teater Peringkat Negeri
1991 - Pertandingan Drama Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri
1992 - Pekan Teater Peringkat Negeri
1993 - Pekan Teater Peringkat Negeri
1994 - Pekan Teater Peringkat Negeri
1995 - Pekan Teater Peringkat Negeri
1998 - Pekan Teater Peringkat Negeri
2000 - Pekan Teater Peringkat Negeri
2001 - Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri
2002 - Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri
2003 - Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri
2005 - Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri
2006 - Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kuching
2006 - Pertandingan Drama Bahasa Malaysia Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri
2007 - Pertandingan Drama Bahasa Malaysia Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri

Saya tidak jadi penilai pada tahun 1999, dan 2007 kerana ada pasukan yang menggunakan drama saya.

Selain dari aktiviti diatas, saya juga jadi penilai kepada pertandingan teater seperti berikut:-
1996 - Pertandingan drama antara rumah-rumah Sukan Kolej Datuk Patinggi Abang Hj.
Abdillah
2000 - Malam Seni Warga DBPCS
2004 - Pesta Drama Piala YAB Ketua Menteri Sarawak (Khusus untuk Institut Perguruan
Negeri Sarawak) Ada beberapa kali lagi saya jadi penilai Pesta Drama ini tetapi saya
tidak ingat.

Saya juga pernah menjadi penilai kepada pertandingan menulis skrip drama(pentas, radio dan
bangsawan) dan yang saya masih ingat ialah :-
1992/1993 - Skrip drama pentas Antologi Sastera Kreatif Hari Guru
1996/1997 - Skrip drama pentas Antologi Sastera Kreatif Hari Guru
1997/1998 - Skrip drama pentas Antologi Sastera Kreatif Hari Guru
1998/1999 - Skrip drama radio Antologi Sastera Kreatif Hari Guru

Selain daripada teater atau drama, saya juga dilantik menjadi hakim (ini tidak disebut penilai) bagi pertandingan gendang Melayu seperti berikut:-
1996 - Bertempat di Waterfront Anjuran Yayasan Budaya Melayu Sarawak
1998 - Bertempat di Waterfront anjuran Yayasan Budaya Melayu Sarawak
2000 - Bertempat di Waterfront anjuran Yayasan Budaya Melayu Sarawak
2006 - Bertempat di Maludam anjuran Yayasan Budaya Melayu Sarawak

Saya hanya sekali dilantik menjadi hakim pertandingan puisi Peringkat Negeri iaitu pada tahun 2002. Cukuplah sekali kerana itu bukan bidang saya.

Sebenarnya banyak lagi pertandingan-pertandingan dimana saya dilantik jadi hakim, seperti pertandingan menyanyi dan deklamasi sajak peringkat kampung dan sekolah, tetapi tahunnya saya tidak ingat, tak perlu untuk dimuatkan dalam bab ini. Walau bagaimanapun, kalau saya sudah jumpa rekodnya, saya akan kemaskinikan nanti.

No comments: