Saturday, January 31, 2009

(sambung)

76. Louis Suning - Anak Bidayuh yang aktif dalam teater Melayu ini bergiat dalam tahun 1985. Louis pernah berlakon dalam Semerah Padi Di Atas Pentas dan bangsawan Panji Asmara.
77. Abdillah Untong - Walaupun kurang terlibat dalam lakonan terutama sekali bersama saya, tetapi Abdillah banyak membantu dalam pengurusan dan pentadbiran. Abdillah adalah Pegawai Kebudayaan di KPSU.
78. Jamilah Adenan - Dia juga jarang berlakon dalam drama-drama saya tetapi banyak terlibat dalam pengurusan kostum khusus dalam bangsawan. Dia juga pernah dilantik sebagai pengurus artis dan penyediaan jamuan.
79. Suriati Majid - Suriati selalu terlibat dalam bangsawan sebagai penari atau dayang-dayang.Saya tidak ingat samaada dia terlibat dalam teater.
80. Sulaiman Mantali - Dia selalu berlakon dengan kumpulan lain dan bagi saya dia sering jadi pengurusan set dan prop khusus untuk beberapa persembahan bangsawan.
81. Hasbi Hussin - Hasbi sering terlibat dengan bangsawan. Jadi pelakon pembantu seperti Panji Asmara dan Laksamana Mati Dubunuh. Sekarang dia tidak dapat terlibat lagi.
82. Suraya Drahman - Seorang penari yang minat berlakon. Suria banyak terlibat dalam bangsawan sebagai penari dan juga sebagai Ketua Dayang atau Kembang Cina.
83. Halimah Abdul Rahman - Halimah juga seorang penari dan seperti Suraya dia sering jadi dayang istana dan penari dalam beberapa bangsawan.
84. Haji Yefni Hj. Adenan - Maaf, Tuan Hj. sepatutnya diletak diawal senarai. Dia orang veteran dalam bangsawan. Haji Yefni adalah pelawak dan sering bersama Hj. Nusi dan Hj. Saji jadi pelakon badut jongon dalam bangsawan Sarawak. Tuan Hj. Yefni juga pernah dilantik sebagai Menteri dalam bangsawan. Hj. Yefni jadi Jin dalam Jin Bukit Siol. Bangsawan lain yang Hj. Yefni terlibat ialah Istana Impian, Buaya Pulau Seduku, Panji Asmara dan Siti Nilam Baiduri.
Sekarang Tuan Hj. Yefni sudah jadi Penghulu dan mesri disebut Hj. Yet.
85. Asmah Amat - Asmah tidak berlakon tetapi selalu bertindak sebagai pengurus kostum dalam Atap Genting Atap Rumbia dan bangsawan Cucu Sharif Mashor.
86. Ibrahim Son - Dengan saya dia tidak berlakon tetapi Ibrahim adalah seorang tukang dan dari itu selalu jadi pereka set. Dia juga membuat set dan penyediaan prop. Waktu persembahan dialah yang paling sibuk mengatur set dengan krunya.
87. Dayang Kartini Awang Bujang - Anak saya. Dia hanya sempat sekali berlakon dengan saya iaitu dalam Atap Genting Atap Rumbia. Mempunyai Ijazah dalam Teater danPengurusan Pentas dan sekarang bertugas dengan Istana Budaya Kuala Lumpur.
88. Awang Jamaludin - Anak buah saya. Dia banyak terlibat dengan kumpulan lain dan dengan saya cuma Atap Genting Atap Rumbia dan Selamat Tinggal. Sekarang dia tidak berlakon lagi, mungkin.
89. Misiah Hj. Muhi - Dia juga seorang pelakon yang serba berbakat, sempat berlakon untuk beberapa kali dalam teater sebelum menghilang diri dari dunia teater.
90. Hazizah Osman - Anak kepada pemuzik asli terkenal B. Osman. Sebagai anak pemimpin orkes, Hazizah selalu jadi penyanyi. Dalam lakonan Hazizah pernah terlibat dalam teater Semerah Padi Di Atas Pentas dan bangsawan Panji Asmara.
91. Mohd. Ali Arshad - Dia hanya terlibat dalam bangsawan. Mohd. Ali berlakon dalam Raja Laksamana Bentan dan Laksamana Mati Dibunuh dan Sumpitan Beracun.
92. Ismail Zakaria - Staf KEKWA Kuching ini pernah terlibat dalam beberapa persembahan bangsawan menjadi Menteri atau pembantu Menteri. Kini dia pereka tari di KEKWA.
93. Roslina Narawi - Dia juga pelakon bangsawan yang berbakat. Pernah berlakon dalam bangsawan Siti Nilam Baiduri dan Laksamana Mati Dibunuh. Dia juga sering jadi Ketua Dayang atau Kembang Cina.
94. Azmi Razali - Dia juga orang bangsawan tetapi saya tidak ingat dia pernah dalam bangsawan apa. Walauapa pundia pernah berlakon bangsawan saya.
95. Hamidah arbi - Menantu saya. Hamidah terlibat dalam beberapa bangsawan sebagai penari atau dayang kerana Hamidah memang seorang penari dari Kampung Budaya. Sekarang dia tidak terlibat lagi.
96. Mohd. Achee Bujang - Sebenarnya Mohd. Achee boleh dianggap orang senior dalam teater. Ahli Rusda yang aktif berlakon dan pernah berlakon dalam Tugau dan Yeeaah. Sebagai business men sudah kurang berminat berlakon.
97. Siti Hawa Ali Omar - Dia orang bangsawan. Sering jadi penari dan dayang dalam beberapa persembahan bangsawan.
98. Kasmawati Ali Omar - adik beradik Siti Hawa. Jadi penari dan dayang dalam beberapa persembahan bangsawan.
99. Hasbi Chee - Dia ni bukan pelukis. Jangan salah faham. Dia adalah pelakon bangsawan dan sering jadi pelakon pembantu.
100. Ghazali Hussain - Rakan cikgu bersama-sama Azhar dan Yaakub dan ahli bangsawan. Dia tidak berlakon tetapi jadi pelukis tirai-tirai bangsawan. Juga sering jadi kru.

No comments: