Monday, January 19, 2009

14. Tuan Haji Kassim Daud - Orang veteran dalam teater. Dia sebenarnya musuh saya yang pertama kerana kami sama-sama bertanding drama anjuran GKKBMS. Dia menang dan saya mendapat nombor dua. Selepas itu kami jadi rakan kongsi dan menubuh RUSDA. Dia pernah mengarah saya dalam beberapa drama seperti Sayang Sarawak dan Kandas. Saya pula mengarah Hj. Kassim dalam beberapa drama seperti Gelap dan Jalan Lain Ke Syurga. Dalam bangsawan pula ialah diantaranya Raja Jin Bukit Siol. Kami banyak berlakon bersama seperti Tugau dan Bumiku Oh Bumiku. Sekarang Tuan Hj. Kassim berkhidmat sebagai Ketua Kaum di Taman Sejoli.

15. Wan Abdul Rahman - Wan Abdul Rahman hanya berlakon dua buah drama saya iaitu Sayang Sarawak dan Sengketa di Kala Senja. Wan Man suka memegang watak sebagai Pak Saok dan cekap bersilat. Selepas itu saya tidak tahu sama ada Wan Man masih berlakon ataupun tidak.

16. Laili Budin - Laili Budin pula hanya berlakon sekali dalam drama saya ia itu Sayang Sarawak. Saya tidak ingat drama-drama lain yang Laili ada berlakon.

17. Ahmad Baduwi Narawi - Ahmad Baduwi banyak berlakon drama saya seperti Titik Mula Titik Akhir dan bangsawan Raja Jin Bukit Siol. Kami berlakon bersama dalam Tugau. Ahmad Baduwi aktif dalam kumpulan lain dan banyak berlakon. Ahmad Baduwi banyak membantu saya dalam mengendalikan drama dan bangsawan seperti Cucu Sharif Mashor. Beliau juga pernah bersama saya penilai pertandingan teater. Kami mengendalikan bengkel bangsawan bersama.

18. Wan Lokman Hj. Wan Hussain - Anak kepada Wan Hussain ini banyak berlakon drama-drama saya seperti Sayang Sarawak, Simfoni Dukun dan Titik Mula Titik Akhir. Kami berlakon bersama dalam Tugas dan Melati Sarawak.

19. Norjayadi Jassan - Orang Indonesia sama seperti Pak Syaugi pegawai kontrak dengan KPSU. Walaupun Norjayadi tidak terlibat dalam lakonan dan arahan tetapi banyak membantu saya dalam menyediakan lagu dalam beberapa bangsawan sama peranannya dengan Obet dan B. Osman.

20. Muliadi M. Massino - Muliadi banyak berlakon drama-drama saya seperti Sayang Sarawak dan Simfoni Dukun. Dia juga pernah menjadi pelakon dalam bangsawan. Saya ingat dia masih bujang. Sekarang dia jarang berlakon, katanya orang tidak ajak.

21. Khalid B. Abdul Rahman - Ataupun KAR pernah mengarah drama saya seperti Gelap. Dia lebih minat jadi juruteknik dari berlakon, dari itu dia jadi pengurus teknik drama saya seperti Somfoni Dukun dan Yeeaaah. Walau apapun dia berminat jadi pelakon bangsawan. Kami sama-sama berlakon dalam Tugau.

No comments: