Monday, January 26, 2009

(sambung)

35. Abdillah S.M. - Abdillah seorang penyair. Dia juga menulis cerpen, rencana, pengubah lagu dan pelukis. Dia juga menulis skrip drama. Dalam teater dia pernah berlakon sama saya dalam Titik Mula Titik Akhir dan sebuah dua lagi, saya tak ingat.
36. Lena Piee - Penulis cerpen dan puisi dan pernah diterbitkan oleh DBP Cawangan Sarawak. Dia seorang pelakon character dalam teater dan beberapa kali berlakon dibawah arahan saya. Dia juga ada berlakon bangsawan.
37. Siti Hasrina Shamsudin - Dia berbakat besar dalam lakonan teater. Dia mula berlakon semenjak dibangku sekolah lagi. Sudah banyak kali dia memenangi hadiah Pelakon Wanita Terbaik. Siti banyak berlakon dalam teater arahan saya seperti Atap Genting atap Rumbia, Selamat Tinggal dan bangsawan Siti Nilam Baiduri dan lain-lain. Dia juga pelakon penting dalam Semerah Padi di atas pentas dan membantu saya dalam pementasan Cucu Sharif Mashor.
38. Mohd. Abdullah - Dia lebih dikenali sebagai Mohd. Wilfred. Mohd. pernah berlakon teater saya seperti Yeaah dan Gelap, berlakon bersama dalam Tugau dan Bumiku Oh Bumiku, dan berlakon bangsawan dalam Jin Bukit Siol.
39. Hajah Saptuyah Bolhi - Banyak membantu saya dalam penerbitan teater dan bangsawan. Dia bukan sahaja berlakon bahkan menjadi penyelaras kostum dan tatarias. Yan terakhir kami bekerja-sama dalam Cucu Sharif Mashor.
40. Salbiah Nawi - Dia ada kumpulan teater sendiri, Teater House. Dia pernah terlibat dalam teater arahan saya seperti Atap Genting Atap Rumbia, Sselamat Tinggal dan beberapa lakonan bangsawan.
41. Dayang Radzipah - Saya tidak berapa ingat berapa kali dia terlibat dalam teater saya, yang berkesan ialah dalam Atap Genting Atap Rumbia dan Selamat Tinggal.
42. Hashim Tahot - Bekas ahli kelab MBHT dan bintang Mas serta PPKG. Dia ada bakat jadi pelawak dan MC. Dalam teater, dia pernah berlakon teater Yeeaah, Lain Jalan Ke Syurga, Selamat Tinggal, Atap Genting Atap Rumbia serta berlakon bangsawan Panji Asmara.
43. Saeit Mat @ Ahmad - Orang lama dalam teater dan bekas ahli Rusda. Minatnya dalam teater begitu menyerlah dan seorang aktivis teater yang cergas. Dia banyak terlibat dalam teater dan bangsawan saya. Diantaranya ialah Atap Genting Atap Rumbia, Sharif Mashor, Selamat Tinggal dan berlakon bersama dalam Tugau dan Bumiku Oh Bumiku.

No comments: