Saturday, January 24, 2009

(sambung)

22. Zaini Ozea - Saya tidak pernah mengarah Zaini dalam teater saya, tetapi saya pernah berlakon dibawah arahannya seperti drama Tugau dan Bumiku Oh Bumiku. Kami juga pernah menjadi penilai pertandingan teater. Zaini mantan pengarah DBP Cawangan Sarawak adalah seorang aktivis teater yang aktif.

23. Datu Dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah - Sebenarnya dia orang puisi tetapi juga bergiat dalam teater. Kini merupakan Sebagai Presiden Mantera. Dr.Adi juga menulis skrip drama pentas seperti Pulang, Jalan LainKe Syurga, Hipokrit, Si Tenggang dan Jalan Pulang dan ada lagi. Saya pernah berlakon bersamanya dalam Hipokrit dan berlakon dibawah arahannya dalam Jalan Lainke Syurga, Selamat Tinggal dan Jalan Pulang. Dia juga pernah membantu saya dalam menghasilkan skrip drama pentas seperti Titik Mula Titik Akhir.

24. Saiee Driss - Siapa tidak kenal dengan Saiee Driss? Dalam teater Saiee tidak begitu menyerlah, tetapi percayalah, Saiee banyak menghasilkan skrip teater dan bangsawan. Saya pernah mengarah bangsawan karya Saiee waktu perayaan Semarak bertajuk Setia Warga dan Pentomin Lebuh India - Pusat Niaga. Saiee banyak membantu saya dalam pengurusan persembahan teater dan bangsawan.

25. Mat Segalang - Nama sebenarnya ialahMohamad bin Dris, dia penulis puisi dan ceren. Dia banyak membantu saya dalam menyelia dan membantu dalam penerbitan teater. Dia tidak pernah berlakon.

26. Liliana Wahab - Lebih mesra dipanggil Lili. Asal orang Rusda dan diantara pelakon yang aktif dan telah lama berlakon teater dengan berbagai pengarah dan selalu jadi heroin atau pembantu heroin. Dia pernah berlakon dalam teater arahan saya seperti Atap Genting Atap Rumbia, Selamat Tinggal dan beberapa lagi. Dalam bangsawanpun Liliana pernah berlakon seperti Siti Nilam Baiduri dan Laksamana Mati Di Bunuh.

27. Halimah Kerni - Halimah diantara pelakon teater yang berbakat besar. Beliau boleh berlakon dalam berbagai watak. Dia serius dan mempunyai disiplin tinggi. Di antara teater yang pernah dilakonkannya ialah Titik Mula Titik Akhir, Jalan Pulang dan lain-lain.

28. Aishah Hj. Duad - Aishah adalah seorang pelakon yang versatil. Kuat disiplin dan boleh dengan cepat menguasai watak dalam lakonan. Dia juga pernah berlakon dalam Titik Mula Titik Akhir dan Simfoni Dukun. Aishah juga ada berlakon dalam bangsawan.

29. Habsah ( ) - Saya lupa nama bapa Habsah, maaf dan kalau ada yang ingat, tolong beritahu saya. Habsah adalah diantara ahli awal Rusda dan pelakon awal dalam teater arahan saya. Drama Sayang Sarawak dan Sengketa di Kala Senja di antara teater yang dia pernah berlakon.aya tidak ingat apa lagi teater yang dia terlibat kerana selepas itu dia sendiripun hilang dari dunia teater.

30. Mary Hashim - Pelakon yang terlibat awal dalam teater. Namanya gah dalam era tahun 70-an dan 80-an. Dia juga ahli awal Rusda. Mary berlakon bersama saya dalam Sayang Sarawak dan Kandas. Dia berundur diri dari dunia teater selepas berumah tangga.

31. Haziz Wahab - Haziz Wahab adalah pelakon penting dalam bangsawan saya. Dia selalu jadi orang muda. Haziz juga Bendahari Seri Bangsawan Muda yang telah bubar. Banyak bangsawan dimana Haziz Wahab jadi hero, di antaranya ialah Laksamana Mati Di Bunuh dan Siti Nilam Baiduri serta Sharif Mashor. Haziz juga aktif dalam teater dan pernah meraih Pelakon terbaik. Kini dia mempunyai kumpulan sendiri ia itu Ngoncong dan pernah mewakili Sarawak dalam Festival Teater Malaysia.

32. Ismail Hamdan - Seorang staf KEKWA dan bertugas di Wilayah Persekutuan. Ismail adalah orang kanan saya dalam bangsawan. Seorang pelakon bangsawan dan teater yang aktif.

33. Ismawi Matshah - Orang lama dalam teater. Bergiat dalam era 70-an dan 80-an sama dengan Mary Hashim. Dia berlakon dibawah arahan saya dalam Gelap, Kandas dan berlakon sama dalam Jalan Lain Ke Syurga. Dia lebih senang memegang watak orang kaya dari watak-watak lain.

34. Ramli Ali - Sebenarnya dia penari dan sekarang berkhidmat dengan Kampung Budaya. Sebenarnya Ramli juga orang teater dan pernah berlakon dalam Titik Mula Titik Akhir dan Sayang Sarawak. Saya ingat Tugau pun dia ada terlibat. Kini dia tidak berteater lagi kerana banyak menumpukan perhatian kepada aktiviti seni di Kampung Budaya.

No comments: