Wednesday, January 28, 2009

(sambung)

44. Saniah Hj. Zainuddin - Bergiat dalam bidang lakonan semenjak tahun 1976 dan cergas dalam tahun 1978. Pernah memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Pada awal penglibatannya Saniah merupakan idola bagi orang teater kerana mempunyai bakat lakonan yang berbagai. Dia banyak terlibat dalam teater dan bangsawan saya. Antaranya ialah Atap Genting Atap Rumbia, Yeeaah dan beberapa persembahan bangsawan. Kini Saniah tidak banyak berlakon lagi atas sebab-sebab tertentu. Sekarang Saniah sudah jadi jurusolek atau menjadi juruhias kepakaran kedua yang ada padanya.
45. Hazuki Hazemi - Saya tidak pasti Hazemi berlakon dalam teater apa, tetapi dia banyak terlibat dalam bidang teknikal. Hazemi pernah jadi pengarah audio dan jurulampu dalam teater saya. Dalam lakonan Hazemi pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam festival teater Malaysia tahun 2005? Dia adalah suami kepada Saniah Hj. Zainuddin.
46. Abdul Wahab Satem - Saya tidak ingat sejauh mana Wahab terlibat dalam teater, yang pasti dia pernah terlibat dengan saya satu ketika dulu. Sekarang dia sudah pencen dan tidak tahu di mana dia berada.
47. Azhar Che Ree - Seorang guru berasal dari Semenanjung. Saya kenal dengannya bila dia turut serta dalam pertandingan drama anjuran UBM. Dia amat aktif dan banyak kali berlakon dalam teater saya. Saya pernah mengarahnya dalam Pulau Sadandi, Yeeaah dan bangsawan seperti Laksamana Mati Di Bunuh. Sekarang dia sudah balik ke Semenanjung dan bergiat dalam lakonan TV.
48. Yaakub Abd. Aziz - Juga guru dari Semenanjung sama dengan Azhar. Yaakub banyak terlibat dalam bangsawan. Dalam teaterpun dia terlibat tetapi saya tidak tahu teater apa.
49. Sufian Hj. Jalet - Saya sudah lama kenal dengan Sufian. Pada awalnya Sufian bergerak perlahan dalam teater dan bangsawan. Dia banyak jadi pelakon pembantu dalam beberapa bangsawan saya. Walaupun begitu dia amat serius dan komited. Kini Sufian sudah mempunyai kumpulan sendiri iaitu Teater Sifar dan jadi Johan Festival Malaysia peringkat Kebangsaan. Dan Sufian jadi Pengarah Terbaik. Seorang guru teater di Sekolah Seni.
50. Malek Hassan - Dia juga seorang pelapis teater yang kian meningkat. Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Teater Malaysia 2008 Peringkat Kebangsaan. Ahli kumpulan Teater Sifar bersama Sufian. Malek pernah berlakon dalam Bangsawan Cucu Sharif Mashor, Lain Jalan Ke Syurga dan beberapa bangsawan lain.
51. Osman Abu Seman - Dia orang Sibu dan aktif berteater sebelum berpindah kerja ke Kuching. Kami pernah berlakon bersama dalam Tugau dan Melati Sarawak. Dia juga berlakon bangsawan seperti Panji Asmara. Dia sekarang jarang berlakon.
52. Sabri Bujang - Lebih dikenali sebagai Sabar. Dia berbakar besar dalam lakonan teater dan ahli kumpulan Ngoncong. Sabar tidak banyak terlibat dalam teater saya tetapi bangsawan banyak. Sungguhpun begitu Sabar banyak membantu saya dalam teknikal seperti juruteknik lampu dan audio.
53. Lehen Mohamad - Lehen tidak banyak terlibat dalam bangsawan atau teater saya. Tetapi kami pernah berlakon bersama dalam Melati Sarawak. Kalau tidak silap dia pernah berlakon bangsawan Panji Asmara dan Raja Laksamana Bentan.
54. Sapawi Kelondet - Dia cuma sekadar pelakon iringan. Memegang watak-watak kecil dalam teater dan bangsawan saya. Tetapi dia sangat rajin.
55. Sharkawi Hj. Amit - Dia tidak terlibat sangat dalam teater dan bangsawan saya. Dia orang tari. Sungguhpun begitu Sharkawi banyak membantu dari segi lojistik dan pengurusan. Dia membantu dalam penerbitan bangsawan Cucu Sharif Mashor dan pernah jadi Setiausaha Pertandingan Drama dan Tarian dimana saya jadi Pengerusinya.
56. Zakarian Hassan - Seorang aktivis teater yang mempunyai Sarjana Muda pengkhususan Seni Lakon dan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Teater. Bekas pensyarah Teater dan Drama di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif di Unimas. Saya tidak pernah berlakon atau diarah olehnya dan begitulah sebaliknya. Tetapi kami pernah bekerjasama menerbitkan teater kanak-kanak pada tahun (lupa) dan beberapa persembahan lain dan terkini persembahan seni sempena Maal Hijrah 2008.
57. Weizan Saili - Saya pertama kali kenal dengan Weizan bila dia berlakon dalam bangsawan Cucu Sharif Mashor. Kini Weizan banyak terlibat dalam lakonan dengan kumpulan-kumpulan
lain. Walaupun dia berwatak lucu tetapi boleh berlakon dalam watak serius. Dia mewakili Sarawak dalam Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Kebangsaan.
58. Mastijah Masleh - Bermula dalam bidang nyanyian terutama dalam Irama Malaysia. Dalam teater saya tidak begitu pasti tetapi dalam bangsawan Mastijah banyak terlibat berlakon seperti Jin Bukit Siol dan Jula Juli Bintang Tiga dan lain-lain. Mastijah juga seorang pembaca syair dan gurindam yang berbakat.

No comments: