Monday, February 23, 2009

sambung

(6) Pegawei - (Tukang mandi mayat) Kerja ini adalah cara kebetulan. Dikala seseorang meninggal di Kampung Lumba Kuda (saya lupa siapa) salah seorang ahli kumpulan pegawei kampung tidak dapat hadir, jadi untuk mencukupi ahli, saya yang cara kebetulan ada disitu telah ditarek atau diajak untuk menggantikan tempat ahli tersebut. Jadilah saya seorang pegawei. Pada mulanya agak gementar sedikit, melihat muka mayatpun main jeling-jeling, maklumlah pertama kali memberi mandi mayat. seram sejukpun ada. Syukur ia dapat diselesaikan dengan baik. Setelah itu, saya sering diminta untuk mengikut kumpulan tersebut memberi mandi mayat dengan perasaan lega dan bertanggung jawab. Sudah tidak seram dan gementar lagi. Saya rasa bagus kalau teman-teman boleh jadi pegawei macam saya kerana ia fardu kipayah dan memberi pahala tambahan lagipun ia mendidik kita supaya tahan rahsia (tidak boleh cerita apa-apa tentang keadaan mayat) dan memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa satu hari nanti kita pula akan dimandi orang. Sekarang saya masih seorang pegawei.
(7) Mengambil lokan (kepah) - Mengambil lokan bukan perkara mudah. Kita kena mempunyai penuh tenaga dan semengat serta keberanian. Penuh tenaga kerana kena berjalan dalam lumpur (beremak) bawa bakul dibelakang dan parang atau pisau ditangan bagi menggores lokan. Berani akan berhadapan dengan berbagai kemungkinan yang dialami atau ditemui misalnya kena bersilat dengan nyamuk. Juga mesti ada pengalaman dengan suasana tempat megambil lokan. Kata orang kadang-kadang kita boleh sesat. Dengan yang demikian, kalau ada orang menjual lokan, jangan banyak tawar-menawar, beli sahaja. Bukan senang mengambil lokan kerana saya sendiri sudah mengalaminya.
(8) Mengail - zaman muda-muda dahulu, saya suka mengail, kadang-kadang setiap petang. Saya mengail di atas jambatan atau dalam perahu. Saya suka mengail dari atas jambatan Klinik Surabaya kerana ia jauh memanjang ketengah sungai. Saya menjaul tatkala air pasang atau surut kerana banyak ikan lundu atau sembilang. Umpannya cacing (lantong) yang terdapat banyak dikawasan sekitar rumah. Saya menggunakan perahu bila mengail udang ditepi pokok nipah (apong) . Sebenarnya saya tidak minat mengail udang kerana memerlukan teknik tertentu. Saya ada dua jenis kail, satu untuk menjaul dan satu lagi untuk udang. Selalu juga kami mengail dekakt kapal karam berhadapan dengan kampung Bintawa, banyak dapat ikan khususnya ikan sembilang. Saya selalu berhati-hatidengan ikan sembilang, kerana kalau terkena durinya (petik) alamat berkabunglah untuk sehari dua. Ada juga saya mengikut anak saya pergi mengail di samudera dengan kapal. Sekarang sudah lama saya tidak mengail, rasa-rasanya sudah pencen juga.
(9) Mengumpul stem dan duit - Saya juga mempunyai hobi mengumpul stem dan duit. Saya mempunyai beberapa album stem yang mengandungi berbagi stem dari seluruh dunia. Stem-stem itu saya bahagi kepada beberapa bahagian. Ada binatang sahaja yang terdiri dari burung-burung, ikan dan sebagainya. Ada album stem untuk para pemimpin dunia, stem peristiwa dan stem-stem sukan. Kerja-kerja ini betul-betul saya buat bila benar-benar sudah ada masa lapang. Duit pula biasanya banyak duit sen (coin). Ia dikumpul dari berbagai negeri terutama sekali dari negara Arab, Indon, Cina dan banyak lagi. Dari Malaysia memang adalah. Duit ringgit saya tidak begitu banyak, sekadar dari beberapa buah negara sahaja. Duit ringgit susah nak dapat dan lokek membelinya. Sekarang sudah lama saya tidak mengatur atau menyusun semula stem-stem atau duit-duit itu kerana banyak yang baru. Tunggulah masa benar-benar lapang. Kalau ada teman-teman yang mempunyai hobi yang sama, kita boleh bertukar.

No comments: