Thursday, January 29, 2009

(sambung)

59. Jamhari Mat - Adik kepada saiet Mat. Dia pemuzik dalam kumpulan Sri Sarawak dan juga Kumpulan Orkes Mekar Dahlia bermain gendang. Jamhari berminat berlakon bangsawan dan pernah berlakon dalam Siti Nilam Baiduri dan Raja Dewa Sisa Tulang. Dalam teater saya ingat Semerah Padi di atas pentas.
60. Majunit Rapaee - Dia juga seorang pemuzik dan penyanyi khas lagu-lagu asli. Dalam extraturn bangsawan dia kerap jadi penyanyi. Dia pernah berlakon dalam bangsawan Siti Nilam Baiduri dan Shariff Mashor.
61. Mohd. Said - Bila dia terlibat dalam teater orangnya agak sudah veteran. Dia bukan pelawak tetapi lucu gelagatnya. Bila kami berlakon bersama Selamat Tinggal arahan Datu Hj. Adi, dia kerap terlupa dan tersasul dialog. Hanya persembahan betul sahaja dia cun. Ada beberapa lagi teater dia bersama saya.
62. Awang Zamri Awang Bujang - Anak saya. Dia aktif berlakon teater dan pernah bersama saya dalam Atap Genting Atap Rumbia dan bangsawan Panji Asmara. Sekarang dia kurang masa untuk berteater lagi.
63. Ali Hussen Abang - Dulu dia kakitangan kerajaan sekarang jadi agen insuran. Dia suka bercerita lucu. Saya tidak ingat dia berlakon dalam teater apa tetapi pernah berlakon bangsawan Siti Nilam Baiduri dan Panji Asmara.
64. Lista Narawi - Lista berbakat besar dalam lakonan, tetapi sekarang sudah tidak begitu aktif lagi. Dia pernah berlakon dalam Yeeaah dan Selamat Tinggal dan bangsawan Sharif Mashor dan Jula Juli Bintang Tiga.
65. Abdul Aziz Marzuki - Dia juga berbakat dalam lakonan. Saya tidak pasti dia berlakon teater apa tetapi memegang watak penting dalam Semerah Padi Di Atas Pentas. Dalam bangsawan dia pernah berlakon dalam Laksamana Mati di Bunuh dan Raja Dewa Sisa Tulang.
66. Hajemi Bojeng - Hazemi juga aktif satu masa dulu dan ahli Rusda. Dia pernah berlakon bersama dalam Tugau dan Bumiku Oh Bumiku serta Melati Sarawak. Dia juga berminat dalam bangsawan dan terlibat dengan Laksamana Mati di Bunuh dan lain-lain. Sekarang dia sudah tidak aktif lagi.
67. Wan Othman Syed Ismail - Dia juga aktif berlakon bersama Rusda. Dia pernah berlakon dalam Lain Jalan ke Syurga dan Tugau. Dia juga berlakon dalam beberapa persembahan bangsawan sseperti Putera Setia Warga.
68. Ali Mohammad - Seorang penyanyi, pelakon dan ahli muzik. Mula bergiat dalam teater dalam tahun 1968 dan ahli Rusda. Pernah berlakon dalam banyak teater dan bangsawan seperti Panji Asmara. Ali juga pelakon drama TV.
69. Abdul Rahman Yan - Ahli Seri Bangsawan Muda yang aktif dalam lakonan bangsawan seperti Panji Asmara, Laksamana Mati Di Bunuh dan Cucu Shariff Mashor. Dia juga berlakon
dalam teater seperti Semerah Padi Di Atas Pentas dan lain-lain. Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.
70. Masli Sulai - Dia sudah lama dalam teater dan bangsawan. Di antara penglibatannya ialah Lain Jalan ke Syurga dan bangsawan Cucu Sharif Mashor.
71. Mariam Montaha - Dia juga seorang pelakon wanita yang berbakat dan boleh memegang berbagai watak. Dia pernah berlakon dalam Nyai Dasima, Semerah Padi Di Atas Pentas dan bangsawan Siti Nilam Baiduri dan lain-lain. Kini dia tidak seaktif dulu.
72. Hasanah Hj. Majais - Dia seorang pelawak yang berbakat selain dari berlakon dan menyanyi. Dia pernah jadi pelawak dalam extraturn bangsawan seperti Cucu Sharif Mashor dan lain-lain.
73. Mohd. Zamahari Suut - Dia tidak begitu serius dalam lakonan, tetapi suka-suka mengikuti lakonan bangsawan seperti Panji Asmara dan Sharif Mashor memegang watak-watak ringan.
74. Mohd. Rosli Muta - Mohd. Rosli banyak terlibat dalam bangsawan. Diantara bangsawan yang dia terlibat ialah Laksamana Mati Di Bunuh dan Panji Asmara. Dalam teater saya tidak begitu pasti, mungkin Simfoni Dukun.
75. Magri Bala - Gadis orang ulu yang berbakat dalam lakonan. Magri pernah berlakon dalam Di Pulau Sadandi bersama Azhar dan Yeeaah.

No comments: