Monday, February 23, 2009

sambung

(6) Pegawei - (Tukang mandi mayat) Kerja ini adalah cara kebetulan. Dikala seseorang meninggal di Kampung Lumba Kuda (saya lupa siapa) salah seorang ahli kumpulan pegawei kampung tidak dapat hadir, jadi untuk mencukupi ahli, saya yang cara kebetulan ada disitu telah ditarek atau diajak untuk menggantikan tempat ahli tersebut. Jadilah saya seorang pegawei. Pada mulanya agak gementar sedikit, melihat muka mayatpun main jeling-jeling, maklumlah pertama kali memberi mandi mayat. seram sejukpun ada. Syukur ia dapat diselesaikan dengan baik. Setelah itu, saya sering diminta untuk mengikut kumpulan tersebut memberi mandi mayat dengan perasaan lega dan bertanggung jawab. Sudah tidak seram dan gementar lagi. Saya rasa bagus kalau teman-teman boleh jadi pegawei macam saya kerana ia fardu kipayah dan memberi pahala tambahan lagipun ia mendidik kita supaya tahan rahsia (tidak boleh cerita apa-apa tentang keadaan mayat) dan memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa satu hari nanti kita pula akan dimandi orang. Sekarang saya masih seorang pegawei.
(7) Mengambil lokan (kepah) - Mengambil lokan bukan perkara mudah. Kita kena mempunyai penuh tenaga dan semengat serta keberanian. Penuh tenaga kerana kena berjalan dalam lumpur (beremak) bawa bakul dibelakang dan parang atau pisau ditangan bagi menggores lokan. Berani akan berhadapan dengan berbagai kemungkinan yang dialami atau ditemui misalnya kena bersilat dengan nyamuk. Juga mesti ada pengalaman dengan suasana tempat megambil lokan. Kata orang kadang-kadang kita boleh sesat. Dengan yang demikian, kalau ada orang menjual lokan, jangan banyak tawar-menawar, beli sahaja. Bukan senang mengambil lokan kerana saya sendiri sudah mengalaminya.
(8) Mengail - zaman muda-muda dahulu, saya suka mengail, kadang-kadang setiap petang. Saya mengail di atas jambatan atau dalam perahu. Saya suka mengail dari atas jambatan Klinik Surabaya kerana ia jauh memanjang ketengah sungai. Saya menjaul tatkala air pasang atau surut kerana banyak ikan lundu atau sembilang. Umpannya cacing (lantong) yang terdapat banyak dikawasan sekitar rumah. Saya menggunakan perahu bila mengail udang ditepi pokok nipah (apong) . Sebenarnya saya tidak minat mengail udang kerana memerlukan teknik tertentu. Saya ada dua jenis kail, satu untuk menjaul dan satu lagi untuk udang. Selalu juga kami mengail dekakt kapal karam berhadapan dengan kampung Bintawa, banyak dapat ikan khususnya ikan sembilang. Saya selalu berhati-hatidengan ikan sembilang, kerana kalau terkena durinya (petik) alamat berkabunglah untuk sehari dua. Ada juga saya mengikut anak saya pergi mengail di samudera dengan kapal. Sekarang sudah lama saya tidak mengail, rasa-rasanya sudah pencen juga.
(9) Mengumpul stem dan duit - Saya juga mempunyai hobi mengumpul stem dan duit. Saya mempunyai beberapa album stem yang mengandungi berbagi stem dari seluruh dunia. Stem-stem itu saya bahagi kepada beberapa bahagian. Ada binatang sahaja yang terdiri dari burung-burung, ikan dan sebagainya. Ada album stem untuk para pemimpin dunia, stem peristiwa dan stem-stem sukan. Kerja-kerja ini betul-betul saya buat bila benar-benar sudah ada masa lapang. Duit pula biasanya banyak duit sen (coin). Ia dikumpul dari berbagai negeri terutama sekali dari negara Arab, Indon, Cina dan banyak lagi. Dari Malaysia memang adalah. Duit ringgit saya tidak begitu banyak, sekadar dari beberapa buah negara sahaja. Duit ringgit susah nak dapat dan lokek membelinya. Sekarang sudah lama saya tidak mengatur atau menyusun semula stem-stem atau duit-duit itu kerana banyak yang baru. Tunggulah masa benar-benar lapang. Kalau ada teman-teman yang mempunyai hobi yang sama, kita boleh bertukar.

Monday, February 16, 2009

Lain-Lain kerja yang saya buat

Sebenarnya saya banyak membuat kerja-kerja lain yang anak seni lain tidak ikut. Saya bukan sahaja menulis, mengarah, berlakon dan berceramah tetapi membuat kerja-kerja kampung dan membantu masyarakat dalam beberapa hal, diantaranya ialah:-
(1) Tukang Masak - Saya mengikut kumpulan tukang masak Kampung Surabaya, waktu itu saya masih single dan banyak masa yang terluang. Untuk mencari pengalaman, saya turut serta jadi tukang masak profesional bagi majlis perkahwinan. Kami bukan sahaja memasak bagi majlis perkahwinan untuk orang di Kampung Surabaya, tetapi juga di tempat lain. Kami pernah memasak di Bako, di Batu Kawah, Stapok, Semarang dan kampung-kampung berdekatan yang lain. Hampir setiap minggu kami memasak, Saya selalunya di suruh menumis, membasuh nasi, memerah santan, mengupas nanas dan kentang. Bawang saya tak mahu kerana mata cepat berair. Tugas utama saya ialah menngaut nasi ke dalam talam, membubuh kismis dan daun bawang bila sudah diarah berhidang. Seronoknya kerja-kerja jadi tukang masak walaupun pada masa-masa berlalu ia memenatkan. Adalah oleh-oleh dibawa pulang. Saya tidak pernah dibayar upah hanya seronok mengikut teman-teman. Sayang bila sudah kawin dan tinggal ditempat lain, kerja tukang masak sudah tidak diteruskan. Sekarang suruh masak mi segerapun hangus.
(2) Tukang seruk - Tukang seruk ertinya diarah untuk menjemput seseorang atau ramai kemajlis tertentu. Misalnya majlis kahwin, bila kita menghendaki seseorang itu hadir ke majlis berkenaan, kita kena jemput orang itu, dan itulah tugas tukang seruk. Tukang seruk dulu tidak sama dengan tukang seruk sekarang. Dulu kita kena berpakaian kemas, hotmat kepada orang yang diseruk, masuk rumahpun mesti berdisiplin. Tetapi sekarang budak tukang seruk hanya pakai seluar pendek dan bersongkok pun tidak. Menyamnpai salampun diluar pintu. Dulu tidak boleh, kena masuk kedalam rumah dan sesudah ditanya baru boleh menyampaikan maksud seruk. Sekarang tukang seruk sudah tidak diperlukan lagi, sekarang sudah ada Kad, ada SMS atau telefon sahaja. Tukang seruk kini cuma untuk kerja-kerja majlis kecil dan bagi jiran-jiran yang terdekat sahaja.
(3) Hidang seperah - Dulu zaman-zaman saya masih muda, tukang hidang atau susun seperah bukan sebarangan. Mesti ada tertib tertentu untuk menyusun seperah. Didepan tetamu pun ada adap tertentu, duduk kena kemas dan pakaian mesti sempurna, biasanya baju kebangsaan. Hendak menyusun tu, kena tahu terlebih dahulu berapa macam lauk pauk disediakan. Nasi biasanya ditengah selepas minuman, selepas itu yang ditengah ialah lempah kari ayam atau daging. Lepas kirinya barulah hurma (korma) , sayur-sayur dan akhirnya ditepi kiri kanan nasi ialah yang masam-masam selalunya nanas. Sekarang ni agak berbeza, sukahati penyusun. Kecuali kalau menggunakan perkhidmatan katering, baru agak lebih sempurna, itupun pakaian tukang susunnya tidak kemas, baju kadang-kadang tak berkancing. Kerjanya agak mudah kerana berdiri, kerana makan di atas meja, tetapi dulu kena duduk kerana orang makanpun duduk. Saya selalu mengikut kumpulan penghidang seperah Kampung Surabaya. Kami bertugas diberbagai kampung yang berdekatan. Orang tukang atur seperah selalunya makan akhir, dah habis semua tetamu baru boleh makan.
(4) Ngali Kubur - Saya tidak banyak dan selalu kerja ni, takut tidaklah, cuma agak geli gementar. Itupun saya masih muda dan belum banyak berteater. Adalah tiga atau empat kubur yang saya ikut gali, saya bukan seorang, ada tiga atau empat lagi teman. Tanah perkuburan itupun di kampung saya juga, darat kampung Surabaya. Saya tak nak cerita banyak dalam bab ini kerana takut hilang pahala. Cukuplah saya ada dapat payung sebagai upah.
(5) Menjala - Saya sebenarnya minat menjala. Waktu saya diBako atau di Kampung Surabaya, saya ada sebuah perahu dan cara kebetulan saya juga ada jala (bapa yang punyalah). Petang atau air setengah pasang, saya menjala udang memakai umpan beras atau padi. Pada air surut, kami (saya dengan adik) merambang pula, tidak menabur umpan. Itupun kena tahu lubuknya.
Yang tidak saya lupakan ialah bila kami (orang kampung Lumba Kuda) pergi menjala menggunakan jalan (beremak dipantai) , mula-mula datang dengan perahulah, perahu diikat disatu tempat dan kami 4 atau lima orang berjalan dipantai sambil menibar jala. Ada kala nasib bagus, dapat banyak oleh, kalau tidak tu, cukuplah untuk menyenang hati. Sekali kami dilimpasi oleh seekor ular kuning besar, terkejut semua kami dibuatnya, nasib tidak ada apa-apa, kiralah ular tu menuju kearah kami, dimana kami nak pergi, bukan senang berlari beremak, ngangkat sebelah kaki dari pantai (pantei) dan setengah minit, belum lagi kasut lekat dalam pantai (pantei) Jangan diamal. Bila kami pulang sesudah air pasang, timbul pula satu masaalah, enjin perahu kami rosak, tidak dapat di start-start, terpaksalah kami berhanyut mengikut air pasang dan sekali sekala berlayar menggunakan daun nipah. Pukul lapan malam baru sampai rumah.

(tambahan)

Sebelum saya tutup perkara ini, saya ada beberapa tamabahan nama artis yang pernah terlibat bersama saya. Terlupalah dan baru ingat.
(128) Mary Chong - Orang Cina yang terlibat dalam teater, pernah berlakon dalam drama Hipokrit dan Lain Jalan ke Syurga. Sekarang sudah hilang kontek.
(129) Mohd. Izam - Nama lainnya ialah Karim. Tetapi bagi anak seni gelaran "AKU" adalah yang paling popular. Diani ada pelik sedikit, suka bercerita kisah fantasi. Dia terlibat dalam bangsawan.
(130) Ahmad Hamdan - Sekarang dia bertugas dengan AKYBMS. Ahmad banyak kali terlibat dalam bangsawan dan satu dua teater. Sekarang dia kurang aktif dalam lakonan. Saya rasa cukuplah setakat ini.

Wednesday, February 4, 2009

(sambung)

101 . Mohamad Helmi bin Isa - Dia sudah banyak berlakon dan ada menang anugerah sebagai pelakon terbaik. Pertama sekali berlakon dibawah arahan saya memegang watak utama dalam bangsawan Cucu Sharif Mashor.
102. Nurallizacaliph Osmina binti Mohd. Osman - Ataupun Nin, juga seorang pelakon dan pertama kali bersama saya ialah sebagai Pengurus Artis dalam bangsawan Cucu Sharif Mashor.
103. Latifah Ramli - Berlakon bangsawan sebagai Permaisuri dalam Raja Laksamana Bentan dan sebagai dayang dalam Putra Setiawarga.
104. Mazlina Nazri - Sebagai Dayang dalam beberapa persembahan bangsawan seperti Raja Laksamana Bentan dan Putra Setiawarga.
105. Awang Kelana Awang Hassan - Banyak kali berlakon bangsawan sebagai Menteri atau pembantu Menteri dalam Raja Dewa Sisa Tulang dan Putra Setiawarga. Sekarang ada kumpulan teater sendiri dan pernah mengarah drama saya Gelap.
106. Majid Rafaee - Penglibatanya tidak serius tetapi pernah menyertai bangsawan sebagai pelakon tambahan seperti Raja Laksamana Bentan dan Laksamana Mati Di Bunuh.
107. Hjh. Jamilah Hj. Abdul Rahman - Pelakon bangsawan sebagai dayang dan penari dalam beberapa persembahan bangsawan.
108. Saili Lam - Namanya tidaklah begitu diingati ramai dalam bidang teater atau bangsawan tetapi dia pernah terlibat dalam bangsawan sebagai juruteknik.
109. Samat Wahab - Adik kepada Haziz Wahab. Pemuzik. Pernah terlibat dalam beberapa persembahan bangsawan sebagai pelakon pembantu.
110. Sophia Lim - Hanya anak keturunan Cina yang terlibat dalam persembahan bangsawan saya. Itupun hanya dua cerita.
111. Sufian Hj. Jalet - Seorang penari KPSU dan minat juga dalam lakonan bangsawan. sekarang dia sudah jadi tokei restoran.
112. Abdul Wahab Firdaus - Pelakon yang berbakat besar dan memegang watak Ahmad Zaidi dalam bangsawan Cucu Sharif Mashor dan sebagai Shazali dalam Anak Ku Shazali...
113. Mohd. Asri Ibrahim - Juga seorang pelakon yang berpotensi dan pernah memegang watak sebagai Sharif Mashor dalam bangsawan Cucu Sharif Mashor dan menjadi Juruteknik dalam persembahan teater yang lain. Dia ada kumpulan teater sendiri.
114. Siti Rozaimah Hamdi
115. Ferrazzillah Hj. Mohd.
116. Wan Anizan bin Wan Anis
117. Hamdan Dollah
118. Mohd. Khaider bin Khaldin
119. Rushdi Morni
120. Kamarulizan bin Hassan
121. Mohd. Addly bin Mohd Ali
122. Hartini binti Abdul Rahman
123. Lela Hassan
124. Wahed Hj. Sat
125. Kahar Jini
No. 114 hingga 125 adalah para pelakon berbakat dan ada mempunyai kumpulan sendiri tetapi hanya berlakon dibawah arahan saya dalam bangsawan Cucu Sharif Mashor.
126. Allahyarham Abang Sharel Abang Hj. Paleng - Mantan Penerbit drama di RTM Sarawak dan pernah berlakon teater dalam Kandas dan sebuah dua lagi teater.
127. Allahyarham Semon Baker - Seorang pemuzik yang berbakat dan mantan staf DBP Sarawak. Pernah menyertai bangawan sebagai juruteknik dan penyediaan set.
Semua artis di atas telah pernah terlibat bersama saya dalam teater atau bangsawan sebagai pelakon atau juruteknik, pemuzik atau penari, pereka set atau penjaga prop. Teman-teman lain yang tidak disenaraikan tetapi pernah terlibat juga dengan saya, saya mohon maafdan minta diperbetulkan dan maklumkan kepada saya supaya dapat ditambah dalam senarai.