tag:blogger.com,1999:blog-25609773941149406422024-03-19T14:44:36.697-07:00MEDAN A B NORABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.comBlogger30125tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-28100920089508136512009-02-23T07:24:00.000-08:002009-02-23T08:17:01.139-08:00sambung(6) Pegawei - (Tukang mandi mayat) Kerja ini adalah cara kebetulan. Dikala seseorang meninggal di Kampung Lumba Kuda (saya lupa siapa) salah seorang ahli kumpulan pegawei kampung tidak dapat hadir, jadi untuk mencukupi ahli, saya yang cara kebetulan ada disitu telah ditarek atau diajak untuk menggantikan tempat ahli tersebut. Jadilah saya seorang pegawei. Pada mulanya agak gementar sedikit, melihat muka mayatpun main jeling-jeling, maklumlah pertama kali memberi mandi mayat. seram sejukpun ada. Syukur ia dapat diselesaikan dengan baik. Setelah itu, saya sering diminta untuk mengikut kumpulan tersebut memberi mandi mayat dengan perasaan lega dan bertanggung jawab. Sudah tidak seram dan gementar lagi. Saya rasa bagus kalau teman-teman boleh jadi pegawei macam saya kerana ia fardu kipayah dan memberi pahala tambahan lagipun ia mendidik kita supaya tahan rahsia (tidak boleh cerita apa-apa tentang keadaan mayat) dan memberi ingatan kepada diri sendiri bahawa satu hari nanti kita pula akan dimandi orang. Sekarang saya masih seorang pegawei.
(7) Mengambil lokan (kepah) - Mengambil lokan bukan perkara mudah. Kita kena mempunyai penuh tenaga dan semengat serta keberanian. Penuh tenaga kerana kena berjalan dalam lumpur (beremak) bawa bakul dibelakang dan parang atau pisau ditangan bagi menggores lokan. Berani akan berhadapan dengan berbagai kemungkinan yang dialami atau ditemui misalnya kena bersilat dengan nyamuk. Juga mesti ada pengalaman dengan suasana tempat megambil lokan. Kata orang kadang-kadang kita boleh sesat. Dengan yang demikian, kalau ada orang menjual lokan, jangan banyak tawar-menawar, beli sahaja. Bukan senang mengambil lokan kerana saya sendiri sudah mengalaminya.
(8) Mengail - zaman muda-muda dahulu, saya suka mengail, kadang-kadang setiap petang. Saya mengail di atas jambatan atau dalam perahu. Saya suka mengail dari atas jambatan Klinik Surabaya kerana ia jauh memanjang ketengah sungai. Saya menjaul tatkala air pasang atau surut kerana banyak ikan lundu atau sembilang. Umpannya cacing (lantong) yang terdapat banyak dikawasan sekitar rumah. Saya menggunakan perahu bila mengail udang ditepi pokok nipah (apong) . Sebenarnya saya tidak minat mengail udang kerana memerlukan teknik tertentu. Saya ada dua jenis kail, satu untuk menjaul dan satu lagi untuk udang. Selalu juga kami mengail dekakt kapal karam berhadapan dengan kampung Bintawa, banyak dapat ikan khususnya ikan sembilang. Saya selalu berhati-hatidengan ikan sembilang, kerana kalau terkena durinya (petik) alamat berkabunglah untuk sehari dua. Ada juga saya mengikut anak saya pergi mengail di samudera dengan kapal. Sekarang sudah lama saya tidak mengail, rasa-rasanya sudah pencen juga.
(9) Mengumpul stem dan duit - Saya juga mempunyai hobi mengumpul stem dan duit. Saya mempunyai beberapa album stem yang mengandungi berbagi stem dari seluruh dunia. Stem-stem itu saya bahagi kepada beberapa bahagian. Ada binatang sahaja yang terdiri dari burung-burung, ikan dan sebagainya. Ada album stem untuk para pemimpin dunia, stem peristiwa dan stem-stem sukan. Kerja-kerja ini betul-betul saya buat bila benar-benar sudah ada masa lapang. Duit pula biasanya banyak duit sen (coin). Ia dikumpul dari berbagai negeri terutama sekali dari negara Arab, Indon, Cina dan banyak lagi. Dari Malaysia memang adalah. Duit ringgit saya tidak begitu banyak, sekadar dari beberapa buah negara sahaja. Duit ringgit susah nak dapat dan lokek membelinya. Sekarang sudah lama saya tidak mengatur atau menyusun semula stem-stem atau duit-duit itu kerana banyak yang baru. Tunggulah masa benar-benar lapang. Kalau ada teman-teman yang mempunyai hobi yang sama, kita boleh bertukar.ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-2293383837769800532009-02-16T07:41:00.000-08:002009-02-16T08:40:12.064-08:00Lain-Lain kerja yang saya buatSebenarnya saya banyak membuat kerja-kerja lain yang anak seni lain tidak ikut. Saya bukan sahaja menulis, mengarah, berlakon dan berceramah tetapi membuat kerja-kerja kampung dan membantu masyarakat dalam beberapa hal, diantaranya ialah:-
(1) Tukang Masak - Saya mengikut kumpulan tukang masak Kampung Surabaya, waktu itu saya masih single dan banyak masa yang terluang. Untuk mencari pengalaman, saya turut serta jadi tukang masak profesional bagi majlis perkahwinan. Kami bukan sahaja memasak bagi majlis perkahwinan untuk orang di Kampung Surabaya, tetapi juga di tempat lain. Kami pernah memasak di Bako, di Batu Kawah, Stapok, Semarang dan kampung-kampung berdekatan yang lain. Hampir setiap minggu kami memasak, Saya selalunya di suruh menumis, membasuh nasi, memerah santan, mengupas nanas dan kentang. Bawang saya tak mahu kerana mata cepat berair. Tugas utama saya ialah menngaut nasi ke dalam talam, membubuh kismis dan daun bawang bila sudah diarah berhidang. Seronoknya kerja-kerja jadi tukang masak walaupun pada masa-masa berlalu ia memenatkan. Adalah oleh-oleh dibawa pulang. Saya tidak pernah dibayar upah hanya seronok mengikut teman-teman. Sayang bila sudah kawin dan tinggal ditempat lain, kerja tukang masak sudah tidak diteruskan. Sekarang suruh masak mi segerapun hangus.
(2) Tukang seruk - Tukang seruk ertinya diarah untuk menjemput seseorang atau ramai kemajlis tertentu. Misalnya majlis kahwin, bila kita menghendaki seseorang itu hadir ke majlis berkenaan, kita kena jemput orang itu, dan itulah tugas tukang seruk. Tukang seruk dulu tidak sama dengan tukang seruk sekarang. Dulu kita kena berpakaian kemas, hotmat kepada orang yang diseruk, masuk rumahpun mesti berdisiplin. Tetapi sekarang budak tukang seruk hanya pakai seluar pendek dan bersongkok pun tidak. Menyamnpai salampun diluar pintu. Dulu tidak boleh, kena masuk kedalam rumah dan sesudah ditanya baru boleh menyampaikan maksud seruk. Sekarang tukang seruk sudah tidak diperlukan lagi, sekarang sudah ada Kad, ada SMS atau telefon sahaja. Tukang seruk kini cuma untuk kerja-kerja majlis kecil dan bagi jiran-jiran yang terdekat sahaja.
(3) Hidang seperah - Dulu zaman-zaman saya masih muda, tukang hidang atau susun seperah bukan sebarangan. Mesti ada tertib tertentu untuk menyusun seperah. Didepan tetamu pun ada adap tertentu, duduk kena kemas dan pakaian mesti sempurna, biasanya baju kebangsaan. Hendak menyusun tu, kena tahu terlebih dahulu berapa macam lauk pauk disediakan. Nasi biasanya ditengah selepas minuman, selepas itu yang ditengah ialah lempah kari ayam atau daging. Lepas kirinya barulah hurma (korma) , sayur-sayur dan akhirnya ditepi kiri kanan nasi ialah yang masam-masam selalunya nanas. Sekarang ni agak berbeza, sukahati penyusun. Kecuali kalau menggunakan perkhidmatan katering, baru agak lebih sempurna, itupun pakaian tukang susunnya tidak kemas, baju kadang-kadang tak berkancing. Kerjanya agak mudah kerana berdiri, kerana makan di atas meja, tetapi dulu kena duduk kerana orang makanpun duduk. Saya selalu mengikut kumpulan penghidang seperah Kampung Surabaya. Kami bertugas diberbagai kampung yang berdekatan. Orang tukang atur seperah selalunya makan akhir, dah habis semua tetamu baru boleh makan.
(4) Ngali Kubur - Saya tidak banyak dan selalu kerja ni, takut tidaklah, cuma agak geli gementar. Itupun saya masih muda dan belum banyak berteater. Adalah tiga atau empat kubur yang saya ikut gali, saya bukan seorang, ada tiga atau empat lagi teman. Tanah perkuburan itupun di kampung saya juga, darat kampung Surabaya. Saya tak nak cerita banyak dalam bab ini kerana takut hilang pahala. Cukuplah saya ada dapat payung sebagai upah.
(5) Menjala - Saya sebenarnya minat menjala. Waktu saya diBako atau di Kampung Surabaya, saya ada sebuah perahu dan cara kebetulan saya juga ada jala (bapa yang punyalah). Petang atau air setengah pasang, saya menjala udang memakai umpan beras atau padi. Pada air surut, kami (saya dengan adik) merambang pula, tidak menabur umpan. Itupun kena tahu lubuknya.
Yang tidak saya lupakan ialah bila kami (orang kampung Lumba Kuda) pergi menjala menggunakan jalan (beremak dipantai) , mula-mula datang dengan perahulah, perahu diikat disatu tempat dan kami 4 atau lima orang berjalan dipantai sambil menibar jala. Ada kala nasib bagus, dapat banyak oleh, kalau tidak tu, cukuplah untuk menyenang hati. Sekali kami dilimpasi oleh seekor ular kuning besar, terkejut semua kami dibuatnya, nasib tidak ada apa-apa, kiralah ular tu menuju kearah kami, dimana kami nak pergi, bukan senang berlari beremak, ngangkat sebelah kaki dari pantai (pantei) dan setengah minit, belum lagi kasut lekat dalam pantai (pantei) Jangan diamal. Bila kami pulang sesudah air pasang, timbul pula satu masaalah, enjin perahu kami rosak, tidak dapat di start-start, terpaksalah kami berhanyut mengikut air pasang dan sekali sekala berlayar menggunakan daun nipah. Pukul lapan malam baru sampai rumah.ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-25180939747581998642009-02-16T07:30:00.000-08:002009-02-16T07:41:04.885-08:00(tambahan)Sebelum saya tutup perkara ini, saya ada beberapa tamabahan nama artis yang pernah terlibat bersama saya. Terlupalah dan baru ingat.
(128) Mary Chong - Orang Cina yang terlibat dalam teater, pernah berlakon dalam drama Hipokrit dan Lain Jalan ke Syurga. Sekarang sudah hilang kontek.
(129) Mohd. Izam - Nama lainnya ialah Karim. Tetapi bagi anak seni gelaran "AKU" adalah yang paling popular. Diani ada pelik sedikit, suka bercerita kisah fantasi. Dia terlibat dalam bangsawan.
(130) Ahmad Hamdan - Sekarang dia bertugas dengan AKYBMS. Ahmad banyak kali terlibat dalam bangsawan dan satu dua teater. Sekarang dia kurang aktif dalam lakonan. Saya rasa cukuplah setakat ini.ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-53422090967576615112009-02-04T07:09:00.000-08:002009-02-04T07:55:53.829-08:00(sambung)101 . Mohamad Helmi bin Isa - Dia sudah banyak berlakon dan ada menang anugerah sebagai pelakon terbaik. Pertama sekali berlakon dibawah arahan saya memegang watak utama dalam bangsawan Cucu Sharif Mashor.
102. Nurallizacaliph Osmina binti Mohd. Osman - Ataupun Nin, juga seorang pelakon dan pertama kali bersama saya ialah sebagai Pengurus Artis dalam bangsawan Cucu Sharif Mashor.
103. Latifah Ramli - Berlakon bangsawan sebagai Permaisuri dalam Raja Laksamana Bentan dan sebagai dayang dalam Putra Setiawarga.
104. Mazlina Nazri - Sebagai Dayang dalam beberapa persembahan bangsawan seperti Raja Laksamana Bentan dan Putra Setiawarga.
105. Awang Kelana Awang Hassan - Banyak kali berlakon bangsawan sebagai Menteri atau pembantu Menteri dalam Raja Dewa Sisa Tulang dan Putra Setiawarga. Sekarang ada kumpulan teater sendiri dan pernah mengarah drama saya Gelap.
106. Majid Rafaee - Penglibatanya tidak serius tetapi pernah menyertai bangsawan sebagai pelakon tambahan seperti Raja Laksamana Bentan dan Laksamana Mati Di Bunuh.
107. Hjh. Jamilah Hj. Abdul Rahman - Pelakon bangsawan sebagai dayang dan penari dalam beberapa persembahan bangsawan.
108. Saili Lam - Namanya tidaklah begitu diingati ramai dalam bidang teater atau bangsawan tetapi dia pernah terlibat dalam bangsawan sebagai juruteknik.
109. Samat Wahab - Adik kepada Haziz Wahab. Pemuzik. Pernah terlibat dalam beberapa persembahan bangsawan sebagai pelakon pembantu.
110. Sophia Lim - Hanya anak keturunan Cina yang terlibat dalam persembahan bangsawan saya. Itupun hanya dua cerita.
111. Sufian Hj. Jalet - Seorang penari KPSU dan minat juga dalam lakonan bangsawan. sekarang dia sudah jadi tokei restoran.
112. Abdul Wahab Firdaus - Pelakon yang berbakat besar dan memegang watak Ahmad Zaidi dalam bangsawan Cucu Sharif Mashor dan sebagai Shazali dalam Anak Ku Shazali...
113. Mohd. Asri Ibrahim - Juga seorang pelakon yang berpotensi dan pernah memegang watak sebagai Sharif Mashor dalam bangsawan Cucu Sharif Mashor dan menjadi Juruteknik dalam persembahan teater yang lain. Dia ada kumpulan teater sendiri.
114. Siti Rozaimah Hamdi
115. Ferrazzillah Hj. Mohd.
116. Wan Anizan bin Wan Anis
117. Hamdan Dollah
118. Mohd. Khaider bin Khaldin
119. Rushdi Morni
120. Kamarulizan bin Hassan
121. Mohd. Addly bin Mohd Ali
122. Hartini binti Abdul Rahman
123. Lela Hassan
124. Wahed Hj. Sat
125. Kahar Jini
No. 114 hingga 125 adalah para pelakon berbakat dan ada mempunyai kumpulan sendiri tetapi hanya berlakon dibawah arahan saya dalam bangsawan Cucu Sharif Mashor.
126. Allahyarham Abang Sharel Abang Hj. Paleng - Mantan Penerbit drama di RTM Sarawak dan pernah berlakon teater dalam Kandas dan sebuah dua lagi teater.
127. Allahyarham Semon Baker - Seorang pemuzik yang berbakat dan mantan staf DBP Sarawak. Pernah menyertai bangawan sebagai juruteknik dan penyediaan set.
Semua artis di atas telah pernah terlibat bersama saya dalam teater atau bangsawan sebagai pelakon atau juruteknik, pemuzik atau penari, pereka set atau penjaga prop. Teman-teman lain yang tidak disenaraikan tetapi pernah terlibat juga dengan saya, saya mohon maafdan minta diperbetulkan dan maklumkan kepada saya supaya dapat ditambah dalam senarai.ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-72038897947053702592009-01-31T07:00:00.000-08:002009-01-31T08:10:52.540-08:00(sambung)76. Louis Suning - Anak Bidayuh yang aktif dalam teater Melayu ini bergiat dalam tahun 1985. Louis pernah berlakon dalam Semerah Padi Di Atas Pentas dan bangsawan Panji Asmara.
77. Abdillah Untong - Walaupun kurang terlibat dalam lakonan terutama sekali bersama saya, tetapi Abdillah banyak membantu dalam pengurusan dan pentadbiran. Abdillah adalah Pegawai Kebudayaan di KPSU.
78. Jamilah Adenan - Dia juga jarang berlakon dalam drama-drama saya tetapi banyak terlibat dalam pengurusan kostum khusus dalam bangsawan. Dia juga pernah dilantik sebagai pengurus artis dan penyediaan jamuan.
79. Suriati Majid - Suriati selalu terlibat dalam bangsawan sebagai penari atau dayang-dayang.Saya tidak ingat samaada dia terlibat dalam teater.
80. Sulaiman Mantali - Dia selalu berlakon dengan kumpulan lain dan bagi saya dia sering jadi pengurusan set dan prop khusus untuk beberapa persembahan bangsawan.
81. Hasbi Hussin - Hasbi sering terlibat dengan bangsawan. Jadi pelakon pembantu seperti Panji Asmara dan Laksamana Mati Dubunuh. Sekarang dia tidak dapat terlibat lagi.
82. Suraya Drahman - Seorang penari yang minat berlakon. Suria banyak terlibat dalam bangsawan sebagai penari dan juga sebagai Ketua Dayang atau Kembang Cina.
83. Halimah Abdul Rahman - Halimah juga seorang penari dan seperti Suraya dia sering jadi dayang istana dan penari dalam beberapa bangsawan.
84. Haji Yefni Hj. Adenan - Maaf, Tuan Hj. sepatutnya diletak diawal senarai. Dia orang veteran dalam bangsawan. Haji Yefni adalah pelawak dan sering bersama Hj. Nusi dan Hj. Saji jadi pelakon badut jongon dalam bangsawan Sarawak. Tuan Hj. Yefni juga pernah dilantik sebagai Menteri dalam bangsawan. Hj. Yefni jadi Jin dalam Jin Bukit Siol. Bangsawan lain yang Hj. Yefni terlibat ialah Istana Impian, Buaya Pulau Seduku, Panji Asmara dan Siti Nilam Baiduri.
Sekarang Tuan Hj. Yefni sudah jadi Penghulu dan mesri disebut Hj. Yet.
85. Asmah Amat - Asmah tidak berlakon tetapi selalu bertindak sebagai pengurus kostum dalam Atap Genting Atap Rumbia dan bangsawan Cucu Sharif Mashor.
86. Ibrahim Son - Dengan saya dia tidak berlakon tetapi Ibrahim adalah seorang tukang dan dari itu selalu jadi pereka set. Dia juga membuat set dan penyediaan prop. Waktu persembahan dialah yang paling sibuk mengatur set dengan krunya.
87. Dayang Kartini Awang Bujang - Anak saya. Dia hanya sempat sekali berlakon dengan saya iaitu dalam Atap Genting Atap Rumbia. Mempunyai Ijazah dalam Teater danPengurusan Pentas dan sekarang bertugas dengan Istana Budaya Kuala Lumpur.
88. Awang Jamaludin - Anak buah saya. Dia banyak terlibat dengan kumpulan lain dan dengan saya cuma Atap Genting Atap Rumbia dan Selamat Tinggal. Sekarang dia tidak berlakon lagi, mungkin.
89. Misiah Hj. Muhi - Dia juga seorang pelakon yang serba berbakat, sempat berlakon untuk beberapa kali dalam teater sebelum menghilang diri dari dunia teater.
90. Hazizah Osman - Anak kepada pemuzik asli terkenal B. Osman. Sebagai anak pemimpin orkes, Hazizah selalu jadi penyanyi. Dalam lakonan Hazizah pernah terlibat dalam teater Semerah Padi Di Atas Pentas dan bangsawan Panji Asmara.
91. Mohd. Ali Arshad - Dia hanya terlibat dalam bangsawan. Mohd. Ali berlakon dalam Raja Laksamana Bentan dan Laksamana Mati Dibunuh dan Sumpitan Beracun.
92. Ismail Zakaria - Staf KEKWA Kuching ini pernah terlibat dalam beberapa persembahan bangsawan menjadi Menteri atau pembantu Menteri. Kini dia pereka tari di KEKWA.
93. Roslina Narawi - Dia juga pelakon bangsawan yang berbakat. Pernah berlakon dalam bangsawan Siti Nilam Baiduri dan Laksamana Mati Dibunuh. Dia juga sering jadi Ketua Dayang atau Kembang Cina.
94. Azmi Razali - Dia juga orang bangsawan tetapi saya tidak ingat dia pernah dalam bangsawan apa. Walauapa pundia pernah berlakon bangsawan saya.
95. Hamidah arbi - Menantu saya. Hamidah terlibat dalam beberapa bangsawan sebagai penari atau dayang kerana Hamidah memang seorang penari dari Kampung Budaya. Sekarang dia tidak terlibat lagi.
96. Mohd. Achee Bujang - Sebenarnya Mohd. Achee boleh dianggap orang senior dalam teater. Ahli Rusda yang aktif berlakon dan pernah berlakon dalam Tugau dan Yeeaah. Sebagai business men sudah kurang berminat berlakon.
97. Siti Hawa Ali Omar - Dia orang bangsawan. Sering jadi penari dan dayang dalam beberapa persembahan bangsawan.
98. Kasmawati Ali Omar - adik beradik Siti Hawa. Jadi penari dan dayang dalam beberapa persembahan bangsawan.
99. Hasbi Chee - Dia ni bukan pelukis. Jangan salah faham. Dia adalah pelakon bangsawan dan sering jadi pelakon pembantu.
100. Ghazali Hussain - Rakan cikgu bersama-sama Azhar dan Yaakub dan ahli bangsawan. Dia tidak berlakon tetapi jadi pelukis tirai-tirai bangsawan. Juga sering jadi kru.ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-17669923749585785652009-01-29T06:00:00.000-08:002009-01-29T06:55:05.411-08:00(sambung)59. Jamhari Mat - Adik kepada saiet Mat. Dia pemuzik dalam kumpulan Sri Sarawak dan juga Kumpulan Orkes Mekar Dahlia bermain gendang. Jamhari berminat berlakon bangsawan dan pernah berlakon dalam Siti Nilam Baiduri dan Raja Dewa Sisa Tulang. Dalam teater saya ingat Semerah Padi di atas pentas.
60. Majunit Rapaee - Dia juga seorang pemuzik dan penyanyi khas lagu-lagu asli. Dalam extraturn bangsawan dia kerap jadi penyanyi. Dia pernah berlakon dalam bangsawan Siti Nilam Baiduri dan Shariff Mashor.
61. Mohd. Said - Bila dia terlibat dalam teater orangnya agak sudah veteran. Dia bukan pelawak tetapi lucu gelagatnya. Bila kami berlakon bersama Selamat Tinggal arahan Datu Hj. Adi, dia kerap terlupa dan tersasul dialog. Hanya persembahan betul sahaja dia cun. Ada beberapa lagi teater dia bersama saya.
62. Awang Zamri Awang Bujang - Anak saya. Dia aktif berlakon teater dan pernah bersama saya dalam Atap Genting Atap Rumbia dan bangsawan Panji Asmara. Sekarang dia kurang masa untuk berteater lagi.
63. Ali Hussen Abang - Dulu dia kakitangan kerajaan sekarang jadi agen insuran. Dia suka bercerita lucu. Saya tidak ingat dia berlakon dalam teater apa tetapi pernah berlakon bangsawan Siti Nilam Baiduri dan Panji Asmara.
64. Lista Narawi - Lista berbakat besar dalam lakonan, tetapi sekarang sudah tidak begitu aktif lagi. Dia pernah berlakon dalam Yeeaah dan Selamat Tinggal dan bangsawan Sharif Mashor dan Jula Juli Bintang Tiga.
65. Abdul Aziz Marzuki - Dia juga berbakat dalam lakonan. Saya tidak pasti dia berlakon teater apa tetapi memegang watak penting dalam Semerah Padi Di Atas Pentas. Dalam bangsawan dia pernah berlakon dalam Laksamana Mati di Bunuh dan Raja Dewa Sisa Tulang.
66. Hajemi Bojeng - Hazemi juga aktif satu masa dulu dan ahli Rusda. Dia pernah berlakon bersama dalam Tugau dan Bumiku Oh Bumiku serta Melati Sarawak. Dia juga berminat dalam bangsawan dan terlibat dengan Laksamana Mati di Bunuh dan lain-lain. Sekarang dia sudah tidak aktif lagi.
67. Wan Othman Syed Ismail - Dia juga aktif berlakon bersama Rusda. Dia pernah berlakon dalam Lain Jalan ke Syurga dan Tugau. Dia juga berlakon dalam beberapa persembahan bangsawan sseperti Putera Setia Warga.
68. Ali Mohammad - Seorang penyanyi, pelakon dan ahli muzik. Mula bergiat dalam teater dalam tahun 1968 dan ahli Rusda. Pernah berlakon dalam banyak teater dan bangsawan seperti Panji Asmara. Ali juga pelakon drama TV.
69. Abdul Rahman Yan - Ahli Seri Bangsawan Muda yang aktif dalam lakonan bangsawan seperti Panji Asmara, Laksamana Mati Di Bunuh dan Cucu Shariff Mashor. Dia juga berlakon
dalam teater seperti Semerah Padi Di Atas Pentas dan lain-lain. Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.
70. Masli Sulai - Dia sudah lama dalam teater dan bangsawan. Di antara penglibatannya ialah Lain Jalan ke Syurga dan bangsawan Cucu Sharif Mashor.
71. Mariam Montaha - Dia juga seorang pelakon wanita yang berbakat dan boleh memegang berbagai watak. Dia pernah berlakon dalam Nyai Dasima, Semerah Padi Di Atas Pentas dan bangsawan Siti Nilam Baiduri dan lain-lain. Kini dia tidak seaktif dulu.
72. Hasanah Hj. Majais - Dia seorang pelawak yang berbakat selain dari berlakon dan menyanyi. Dia pernah jadi pelawak dalam extraturn bangsawan seperti Cucu Sharif Mashor dan lain-lain.
73. Mohd. Zamahari Suut - Dia tidak begitu serius dalam lakonan, tetapi suka-suka mengikuti lakonan bangsawan seperti Panji Asmara dan Sharif Mashor memegang watak-watak ringan.
74. Mohd. Rosli Muta - Mohd. Rosli banyak terlibat dalam bangsawan. Diantara bangsawan yang dia terlibat ialah Laksamana Mati Di Bunuh dan Panji Asmara. Dalam teater saya tidak begitu pasti, mungkin Simfoni Dukun.
75. Magri Bala - Gadis orang ulu yang berbakat dalam lakonan. Magri pernah berlakon dalam Di Pulau Sadandi bersama Azhar dan Yeeaah.ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-24811531528857483662009-01-28T05:50:00.000-08:002009-01-28T07:02:01.780-08:00(sambung)44. Saniah Hj. Zainuddin - Bergiat dalam bidang lakonan semenjak tahun 1976 dan cergas dalam tahun 1978. Pernah memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Pada awal penglibatannya Saniah merupakan idola bagi orang teater kerana mempunyai bakat lakonan yang berbagai. Dia banyak terlibat dalam teater dan bangsawan saya. Antaranya ialah Atap Genting Atap Rumbia, Yeeaah dan beberapa persembahan bangsawan. Kini Saniah tidak banyak berlakon lagi atas sebab-sebab tertentu. Sekarang Saniah sudah jadi jurusolek atau menjadi juruhias kepakaran kedua yang ada padanya.
45. Hazuki Hazemi - Saya tidak pasti Hazemi berlakon dalam teater apa, tetapi dia banyak terlibat dalam bidang teknikal. Hazemi pernah jadi pengarah audio dan jurulampu dalam teater saya. Dalam lakonan Hazemi pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam festival teater Malaysia tahun 2005? Dia adalah suami kepada Saniah Hj. Zainuddin.
46. Abdul Wahab Satem - Saya tidak ingat sejauh mana Wahab terlibat dalam teater, yang pasti dia pernah terlibat dengan saya satu ketika dulu. Sekarang dia sudah pencen dan tidak tahu di mana dia berada.
47. Azhar Che Ree - Seorang guru berasal dari Semenanjung. Saya kenal dengannya bila dia turut serta dalam pertandingan drama anjuran UBM. Dia amat aktif dan banyak kali berlakon dalam teater saya. Saya pernah mengarahnya dalam Pulau Sadandi, Yeeaah dan bangsawan seperti Laksamana Mati Di Bunuh. Sekarang dia sudah balik ke Semenanjung dan bergiat dalam lakonan TV.
48. Yaakub Abd. Aziz - Juga guru dari Semenanjung sama dengan Azhar. Yaakub banyak terlibat dalam bangsawan. Dalam teaterpun dia terlibat tetapi saya tidak tahu teater apa.
49. Sufian Hj. Jalet - Saya sudah lama kenal dengan Sufian. Pada awalnya Sufian bergerak perlahan dalam teater dan bangsawan. Dia banyak jadi pelakon pembantu dalam beberapa bangsawan saya. Walaupun begitu dia amat serius dan komited. Kini Sufian sudah mempunyai kumpulan sendiri iaitu Teater Sifar dan jadi Johan Festival Malaysia peringkat Kebangsaan. Dan Sufian jadi Pengarah Terbaik. Seorang guru teater di Sekolah Seni.
50. Malek Hassan - Dia juga seorang pelapis teater yang kian meningkat. Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Teater Malaysia 2008 Peringkat Kebangsaan. Ahli kumpulan Teater Sifar bersama Sufian. Malek pernah berlakon dalam Bangsawan Cucu Sharif Mashor, Lain Jalan Ke Syurga dan beberapa bangsawan lain.
51. Osman Abu Seman - Dia orang Sibu dan aktif berteater sebelum berpindah kerja ke Kuching. Kami pernah berlakon bersama dalam Tugau dan Melati Sarawak. Dia juga berlakon bangsawan seperti Panji Asmara. Dia sekarang jarang berlakon.
52. Sabri Bujang - Lebih dikenali sebagai Sabar. Dia berbakar besar dalam lakonan teater dan ahli kumpulan Ngoncong. Sabar tidak banyak terlibat dalam teater saya tetapi bangsawan banyak. Sungguhpun begitu Sabar banyak membantu saya dalam teknikal seperti juruteknik lampu dan audio.
53. Lehen Mohamad - Lehen tidak banyak terlibat dalam bangsawan atau teater saya. Tetapi kami pernah berlakon bersama dalam Melati Sarawak. Kalau tidak silap dia pernah berlakon bangsawan Panji Asmara dan Raja Laksamana Bentan.
54. Sapawi Kelondet - Dia cuma sekadar pelakon iringan. Memegang watak-watak kecil dalam teater dan bangsawan saya. Tetapi dia sangat rajin.
55. Sharkawi Hj. Amit - Dia tidak terlibat sangat dalam teater dan bangsawan saya. Dia orang tari. Sungguhpun begitu Sharkawi banyak membantu dari segi lojistik dan pengurusan. Dia membantu dalam penerbitan bangsawan Cucu Sharif Mashor dan pernah jadi Setiausaha Pertandingan Drama dan Tarian dimana saya jadi Pengerusinya.
56. Zakarian Hassan - Seorang aktivis teater yang mempunyai Sarjana Muda pengkhususan Seni Lakon dan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Teater. Bekas pensyarah Teater dan Drama di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif di Unimas. Saya tidak pernah berlakon atau diarah olehnya dan begitulah sebaliknya. Tetapi kami pernah bekerjasama menerbitkan teater kanak-kanak pada tahun (lupa) dan beberapa persembahan lain dan terkini persembahan seni sempena Maal Hijrah 2008.
57. Weizan Saili - Saya pertama kali kenal dengan Weizan bila dia berlakon dalam bangsawan Cucu Sharif Mashor. Kini Weizan banyak terlibat dalam lakonan dengan kumpulan-kumpulan
lain. Walaupun dia berwatak lucu tetapi boleh berlakon dalam watak serius. Dia mewakili Sarawak dalam Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Kebangsaan.
58. Mastijah Masleh - Bermula dalam bidang nyanyian terutama dalam Irama Malaysia. Dalam teater saya tidak begitu pasti tetapi dalam bangsawan Mastijah banyak terlibat berlakon seperti Jin Bukit Siol dan Jula Juli Bintang Tiga dan lain-lain. Mastijah juga seorang pembaca syair dan gurindam yang berbakat.ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-43859496411539280962009-01-26T06:50:00.001-08:002009-01-26T07:31:49.922-08:00(sambung)35. Abdillah S.M. - Abdillah seorang penyair. Dia juga menulis cerpen, rencana, pengubah lagu dan pelukis. Dia juga menulis skrip drama. Dalam teater dia pernah berlakon sama saya dalam Titik Mula Titik Akhir dan sebuah dua lagi, saya tak ingat.
36. Lena Piee - Penulis cerpen dan puisi dan pernah diterbitkan oleh DBP Cawangan Sarawak. Dia seorang pelakon character dalam teater dan beberapa kali berlakon dibawah arahan saya. Dia juga ada berlakon bangsawan.
37. Siti Hasrina Shamsudin - Dia berbakat besar dalam lakonan teater. Dia mula berlakon semenjak dibangku sekolah lagi. Sudah banyak kali dia memenangi hadiah Pelakon Wanita Terbaik. Siti banyak berlakon dalam teater arahan saya seperti Atap Genting atap Rumbia, Selamat Tinggal dan bangsawan Siti Nilam Baiduri dan lain-lain. Dia juga pelakon penting dalam Semerah Padi di atas pentas dan membantu saya dalam pementasan Cucu Sharif Mashor.
38. Mohd. Abdullah - Dia lebih dikenali sebagai Mohd. Wilfred. Mohd. pernah berlakon teater saya seperti Yeaah dan Gelap, berlakon bersama dalam Tugau dan Bumiku Oh Bumiku, dan berlakon bangsawan dalam Jin Bukit Siol.
39. Hajah Saptuyah Bolhi - Banyak membantu saya dalam penerbitan teater dan bangsawan. Dia bukan sahaja berlakon bahkan menjadi penyelaras kostum dan tatarias. Yan terakhir kami bekerja-sama dalam Cucu Sharif Mashor.
40. Salbiah Nawi - Dia ada kumpulan teater sendiri, Teater House. Dia pernah terlibat dalam teater arahan saya seperti Atap Genting Atap Rumbia, Sselamat Tinggal dan beberapa lakonan bangsawan.
41. Dayang Radzipah - Saya tidak berapa ingat berapa kali dia terlibat dalam teater saya, yang berkesan ialah dalam Atap Genting Atap Rumbia dan Selamat Tinggal.
42. Hashim Tahot - Bekas ahli kelab MBHT dan bintang Mas serta PPKG. Dia ada bakat jadi pelawak dan MC. Dalam teater, dia pernah berlakon teater Yeeaah, Lain Jalan Ke Syurga, Selamat Tinggal, Atap Genting Atap Rumbia serta berlakon bangsawan Panji Asmara.
43. Saeit Mat @ Ahmad - Orang lama dalam teater dan bekas ahli Rusda. Minatnya dalam teater begitu menyerlah dan seorang aktivis teater yang cergas. Dia banyak terlibat dalam teater dan bangsawan saya. Diantaranya ialah Atap Genting Atap Rumbia, Sharif Mashor, Selamat Tinggal dan berlakon bersama dalam Tugau dan Bumiku Oh Bumiku.ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-74339413017469128432009-01-24T06:43:00.000-08:002009-01-24T07:51:12.812-08:00(sambung)
22. Zaini Ozea - Saya tidak pernah mengarah Zaini dalam teater saya, tetapi saya pernah berlakon dibawah arahannya seperti drama Tugau dan Bumiku Oh Bumiku. Kami juga pernah menjadi penilai pertandingan teater. Zaini mantan pengarah DBP Cawangan Sarawak adalah seorang aktivis teater yang aktif.

23. Datu Dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah - Sebenarnya dia orang puisi tetapi juga bergiat dalam teater. Kini merupakan Sebagai Presiden Mantera. Dr.Adi juga menulis skrip drama pentas seperti Pulang, Jalan LainKe Syurga, Hipokrit, Si Tenggang dan Jalan Pulang dan ada lagi. Saya pernah berlakon bersamanya dalam Hipokrit dan berlakon dibawah arahannya dalam Jalan Lainke Syurga, Selamat Tinggal dan Jalan Pulang. Dia juga pernah membantu saya dalam menghasilkan skrip drama pentas seperti Titik Mula Titik Akhir.

24. Saiee Driss - Siapa tidak kenal dengan Saiee Driss? Dalam teater Saiee tidak begitu menyerlah, tetapi percayalah, Saiee banyak menghasilkan skrip teater dan bangsawan. Saya pernah mengarah bangsawan karya Saiee waktu perayaan Semarak bertajuk Setia Warga dan Pentomin Lebuh India - Pusat Niaga. Saiee banyak membantu saya dalam pengurusan persembahan teater dan bangsawan.

25. Mat Segalang - Nama sebenarnya ialahMohamad bin Dris, dia penulis puisi dan ceren. Dia banyak membantu saya dalam menyelia dan membantu dalam penerbitan teater. Dia tidak pernah berlakon.

26. Liliana Wahab - Lebih mesra dipanggil Lili. Asal orang Rusda dan diantara pelakon yang aktif dan telah lama berlakon teater dengan berbagai pengarah dan selalu jadi heroin atau pembantu heroin. Dia pernah berlakon dalam teater arahan saya seperti Atap Genting Atap Rumbia, Selamat Tinggal dan beberapa lagi. Dalam bangsawanpun Liliana pernah berlakon seperti Siti Nilam Baiduri dan Laksamana Mati Di Bunuh.

27. Halimah Kerni - Halimah diantara pelakon teater yang berbakat besar. Beliau boleh berlakon dalam berbagai watak. Dia serius dan mempunyai disiplin tinggi. Di antara teater yang pernah dilakonkannya ialah Titik Mula Titik Akhir, Jalan Pulang dan lain-lain.

28. Aishah Hj. Duad - Aishah adalah seorang pelakon yang versatil. Kuat disiplin dan boleh dengan cepat menguasai watak dalam lakonan. Dia juga pernah berlakon dalam Titik Mula Titik Akhir dan Simfoni Dukun. Aishah juga ada berlakon dalam bangsawan.

29. Habsah ( ) - Saya lupa nama bapa Habsah, maaf dan kalau ada yang ingat, tolong beritahu saya. Habsah adalah diantara ahli awal Rusda dan pelakon awal dalam teater arahan saya. Drama Sayang Sarawak dan Sengketa di Kala Senja di antara teater yang dia pernah berlakon.aya tidak ingat apa lagi teater yang dia terlibat kerana selepas itu dia sendiripun hilang dari dunia teater.

30. Mary Hashim - Pelakon yang terlibat awal dalam teater. Namanya gah dalam era tahun 70-an dan 80-an. Dia juga ahli awal Rusda. Mary berlakon bersama saya dalam Sayang Sarawak dan Kandas. Dia berundur diri dari dunia teater selepas berumah tangga.

31. Haziz Wahab - Haziz Wahab adalah pelakon penting dalam bangsawan saya. Dia selalu jadi orang muda. Haziz juga Bendahari Seri Bangsawan Muda yang telah bubar. Banyak bangsawan dimana Haziz Wahab jadi hero, di antaranya ialah Laksamana Mati Di Bunuh dan Siti Nilam Baiduri serta Sharif Mashor. Haziz juga aktif dalam teater dan pernah meraih Pelakon terbaik. Kini dia mempunyai kumpulan sendiri ia itu Ngoncong dan pernah mewakili Sarawak dalam Festival Teater Malaysia.

32. Ismail Hamdan - Seorang staf KEKWA dan bertugas di Wilayah Persekutuan. Ismail adalah orang kanan saya dalam bangsawan. Seorang pelakon bangsawan dan teater yang aktif.

33. Ismawi Matshah - Orang lama dalam teater. Bergiat dalam era 70-an dan 80-an sama dengan Mary Hashim. Dia berlakon dibawah arahan saya dalam Gelap, Kandas dan berlakon sama dalam Jalan Lain Ke Syurga. Dia lebih senang memegang watak orang kaya dari watak-watak lain.

34. Ramli Ali - Sebenarnya dia penari dan sekarang berkhidmat dengan Kampung Budaya. Sebenarnya Ramli juga orang teater dan pernah berlakon dalam Titik Mula Titik Akhir dan Sayang Sarawak. Saya ingat Tugau pun dia ada terlibat. Kini dia tidak berteater lagi kerana banyak menumpukan perhatian kepada aktiviti seni di Kampung Budaya.
ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-46422924494745180292009-01-19T07:21:00.000-08:002009-01-19T08:15:20.051-08:00
14. Tuan Haji Kassim Daud - Orang veteran dalam teater. Dia sebenarnya musuh saya yang pertama kerana kami sama-sama bertanding drama anjuran GKKBMS. Dia menang dan saya mendapat nombor dua. Selepas itu kami jadi rakan kongsi dan menubuh RUSDA. Dia pernah mengarah saya dalam beberapa drama seperti Sayang Sarawak dan Kandas. Saya pula mengarah Hj. Kassim dalam beberapa drama seperti Gelap dan Jalan Lain Ke Syurga. Dalam bangsawan pula ialah diantaranya Raja Jin Bukit Siol. Kami banyak berlakon bersama seperti Tugau dan Bumiku Oh Bumiku. Sekarang Tuan Hj. Kassim berkhidmat sebagai Ketua Kaum di Taman Sejoli.

15. Wan Abdul Rahman - Wan Abdul Rahman hanya berlakon dua buah drama saya iaitu Sayang Sarawak dan Sengketa di Kala Senja. Wan Man suka memegang watak sebagai Pak Saok dan cekap bersilat. Selepas itu saya tidak tahu sama ada Wan Man masih berlakon ataupun tidak.

16. Laili Budin - Laili Budin pula hanya berlakon sekali dalam drama saya ia itu Sayang Sarawak. Saya tidak ingat drama-drama lain yang Laili ada berlakon.

17. Ahmad Baduwi Narawi - Ahmad Baduwi banyak berlakon drama saya seperti Titik Mula Titik Akhir dan bangsawan Raja Jin Bukit Siol. Kami berlakon bersama dalam Tugau. Ahmad Baduwi aktif dalam kumpulan lain dan banyak berlakon. Ahmad Baduwi banyak membantu saya dalam mengendalikan drama dan bangsawan seperti Cucu Sharif Mashor. Beliau juga pernah bersama saya penilai pertandingan teater. Kami mengendalikan bengkel bangsawan bersama.

18. Wan Lokman Hj. Wan Hussain - Anak kepada Wan Hussain ini banyak berlakon drama-drama saya seperti Sayang Sarawak, Simfoni Dukun dan Titik Mula Titik Akhir. Kami berlakon bersama dalam Tugas dan Melati Sarawak.

19. Norjayadi Jassan - Orang Indonesia sama seperti Pak Syaugi pegawai kontrak dengan KPSU. Walaupun Norjayadi tidak terlibat dalam lakonan dan arahan tetapi banyak membantu saya dalam menyediakan lagu dalam beberapa bangsawan sama peranannya dengan Obet dan B. Osman.

20. Muliadi M. Massino - Muliadi banyak berlakon drama-drama saya seperti Sayang Sarawak dan Simfoni Dukun. Dia juga pernah menjadi pelakon dalam bangsawan. Saya ingat dia masih bujang. Sekarang dia jarang berlakon, katanya orang tidak ajak.

21. Khalid B. Abdul Rahman - Ataupun KAR pernah mengarah drama saya seperti Gelap. Dia lebih minat jadi juruteknik dari berlakon, dari itu dia jadi pengurus teknik drama saya seperti Somfoni Dukun dan Yeeaaah. Walau apapun dia berminat jadi pelakon bangsawan. Kami sama-sama berlakon dalam Tugau.
ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-54159281276977444582009-01-16T06:38:00.000-08:002009-01-19T08:15:20.134-08:00Orang Teater - Para Seniman Teater Sarawak
Sebelum saya sampai kepada perkara yang agak berat (serius) ia itu pandangan dan ulasan, lebih baik saya senaraikan para seniman teater yang pernah berlakon dan bakerja bersama saya dalam aktiviti teater sama ada drama atau bangsawan. Senarai itu adalah yang saya ingat, harap yang tertinggal tidak berkecil hati dan saya minta maaf. Siapa yang saya senaraikan tetapi tidak diketahui sudah meninggal, saya juga minta maaf dan mohon supaya roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di akhirat. Insyaallah.

1. Allahyarham Wan Isnawi Syed Hj. Annuar - Dia pertunggal saya, emaknya adik beradik dengan ayah saya. Seorang pelakon yang berbakat dan boleh membawa berbagai watak. Terkenal dengan lakonan yang bermutu dan amat tinggi disiplin bila berlakon. Dia sempat menjadi pelakon saya dalam beberapa drama termasuk Sayang Sarawak dan Titik Mula Titik Akhir. Saya tidak ingat tarikh dia meninggal.

2. Allahyarham Ismawi Hj. Husly - Dia sebenarnya penulis puisi dan pelukis. Dia juga seorang aktivis teater yang disegani. Dia bermula dengan drama Inggeris. Walaupun dia tidak pernah berlakon dibawah arahan saya atau mengarah saya, tetapi banyak bakerja dalam penerbitan teater cuma kami berlakon bersama dalam TUGAU arahan Glen Wilford. Dia amat serius bila terlibat dalam teater. Saya pun tidak ingat bila dia meninggal.

3. Allahyarham Fatimah Hashim - Fatimah pada awalnya penyanyi dalam kumpulan RUSDA. Fatimah seorang pelakon yang dikagumi dan memberi lakonan yang berkesan. Kami pernah berlakon bersama dalam drama Melati Sarawak. Fatimah juga pernah berlakon dibawah arahan saya dalam bangsawan seperti Jin Bukit Siol dan Raja Dewa Sisa Tulang. Lakonan Fatimah sebenarnya hebat dan payah disaingi oleh generasi terkini. Disiplinnya kuat. Dia meninggal dalam satu kemalangan jalan raya dalam tahun 1989.

4. Allahyarham Sarmat Sulong - Allahyarham Sarmat Sulong sebenarnya seorang penyanyi yang berbakat. Dia terlibat dalam lakonan bila diberi peluang berlakon dalam bangsawan Raja Laksamana Bentan. Selepas itu Sarmat berlakon sebuah dua lagi teater dan bangsawan. Dia meninggal sewaktu bertugas rasmi di Kota Samarahan dan saya tidak ingat bila.

5. Allahyarham Syaugi Bustami - Dia orang Indonesia dan bertugas dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak dalam bahagian Kebudayaan. Dia mempunyai kemahiran dalam bidang muzik dan lakonan. Walaupun dia tidak berlakon atau mengarah drama, tetapi dia membantu saya dalam penyusunan muzik dalam beberapa persembahan bangsawan. Dia mininggal di Kuching.

6. Allahyarham B. Osman - Dia seorang pemuzik dan pemimpin orkestra Melayu Mekar Dahlia. Dia juga seorang pengubah lagu dan banyak mempunyai pengalaman dalam penyusunan lagu khususnya lagu klasik. B. Osman pernah malah selalu mengiringi persembahan bangsawan saya dan saya rasa hampir semua bangsawan dia terlibat. Saya amat terasa kekurangan dalam lagu bangsawan bila dia meninggal. Dia membuat skrip muzik sendiri bila diberi tugas mengandali orkes dalam bangsawan. Saya tidak ingat bila dia meninggal.

7. Allahyarham Obet Amin - Dia sebenarnya mantan polis band. Bila dia bersara dia diambil sebagai pemuzik kontrak dengan KPSU. Dia banyak pengalaman dalam muzik khusunya dalam lagu-lagu bangsawan. Bersama dengan B. Osman, Syaugi Bustami mengiringi muzik latar dalam beberapa bangsawan saya. Saya pun tidak ingat bila dia meninggal.

8. Allahyarham Abdul Rahman Ojer - Dia juga seorang pemuzik dan pemimpin orkes keroncong(lupa nama orkes). Saya mengenali dia kerana dia juga seorang pelawak. Dia pernah berlakon bangsawan dalam Jin Bukit Siol, Siti Nilam Baiduri dan Istana Impian sebagai pelakon lawak. Bila dia meninggal?

9. Allahyarham Saji Lasot - Allahyarham Saji Lasot adalah seoroang pelawak. Lawak jenakanya amat berkesan dan dia selalu menggunakan pelat orang Cina bila berlawak. Dia berlakon sebagai perlawak dalam kebanyakan cerita bangsawan saya dan juga berlawak dalam persembahan extraturun. Sekarang hendak cari pelawak macam dia memang susah.

10. Allahyarham Nusi Haji Ahmad - Allahyarham Nusi Hj. Ahmad mantan guru dan adalah seorang pelawak. Ahli kumpulan lawak bersama Saji sering menimbulkan kelucuan bila berlakon bangsawan. Walaupun berlakon sebagai pelawak Allahyarham Nusi kadang-kadang diberi watak sebagai pembantu Menteri. Dia juga sering membantu saya dalam menyediakan katabual khususnya yang berkaitan dengan astana. Dia belum lama meninggal tetapi tak ingat.

11. Allahyarham Bujang Ismail - Dia juga dikenali sebagai Bujang Katon kerana aksinya kadang-kadang menyerupai Charlie Chaplin. Saya lama kenal dengannya semenjak bangsawan BGS dan peranannya memanglah pelawak. Dia sendiri lucu orangnya dan jarang kita tidak ketawa bila mendengar ceritanya. Dia sering berlakon sebagai pelawak dalam beberapa bangsawan saya. Dia meninggal di Serian.

12. Allahyarham Haji Wan Hussain Syed Alwi - Dia seorang penulis drama radio yang produktif. Dia sinonim dengan drama dalam syair di Radio Malaysia Sarawak. Dalam drama dia seorang pelakon bangsawan yang berbakat. Dia berlakon dalam beberapa lakonan bangsawan saya dan sering memegang watak sebagai Raja atau Perdana Menteri. Sebagai contoh Raja Jin Bukit Siol dan Jula Juli Bintang Tiga. Allahyarham telah menghasilkan antoloji drama radio Jerangau Merah terbitan DBP Sarawak.

13. Allahyarham Jumat Hassan - Allahyarham Jumat Hassan meninggal dalam usia yang masih muda. Dia hanya sempat berlakon dalam beberapa drama arahan saya seperti Cucu Sharif Mashor. Dia meninggal dalam tahun 2007?

ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-72303095909760436572009-01-10T06:33:00.000-08:002009-01-10T08:02:42.592-08:00Peranan Dalam TeaterWalaupun sudah ada maklumat tentang penglibatan saya dalam teater, tetapi ia tidak menyeluruh, saya ingin membawa anda semua kepada beberapa persembahan teater di mana saya terlibat di dalamnya. Apa peranan saya di dalamnya. Ada beberapa persembahan saya tidak ingat tarikh, hanya tahun sahaja yang saya ingat. Ada juga tahun pun saya tidak ingat. Banyak rekod persembahan teater saya sudah tercicir atau hilang dalam simpanan. Saya akan cuba bertanya dengan teman-teman yang mungkin masih ada menyimpan rekodnya. Walau apapun, di senaraikan beberapa peranan dan penglibatan saya dalam seni khususnya drama dan teater untuk makluman anda.

1. 1966 - Merangka cerita dan mengarah drama Penyesalan. Tiada skrip ditulis kerana
persembahan dibuat secara spontan.
2. 1968 - Menulis skrip dan berlakon drama Sayang Sarawak. Arahan Hj. Kassim Daud
3. 1969 - Menulis dan mengarah drama Sengketa Di Kala Senja
4. 1973 - Mengarah drama Sayang Sarawak
5. 1974 - Menulis skrip dan mengarah drama Kandas
6. 1974 - Menulis dan berlakon drama Selamat Tinggal. Karya bersama Datu Dr. Hj. Adi
Badiozaman Tuah.
7. 1977 - Menulis skrip dan mengarah drama Gelap
8. 1978 - Berlakon drama Selamat Tinggal. Pengarah Datu Dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah.
9. 1980 - Mengarah drama Selamat Tinggal
10. 1981 - Mengarah drama kanak-kanak Kotak-Kotak
11. 1982 - Mengarah bangsawan Jin Bukit Siol sempena Hari Petra Jaya. Tidak skrip di buat
kerana persembahan dibuat secara spontan
12. 1984 - Berlakon drama Tugau. Arahan Zaini Ozea.
13. 1985 - Menulis Skrip dan mengarah bangsawan Panji Asmara
14. 8-9.7.85 - Menulis skrip dan mengarah bangsawan Siti Nilam Baiduri
15. 1986 - Mengarah bangsawan Raja Laksamana Bentan
16. 1987 - Berlakon dalam drama Melati Sarawak. Arahan Othman Hj. Zainudin
17. 19.12.87 - Mengarah bangsawan Panji Asmara
18. 1988 - Berlakon drama Tugau.
19. 29.3.88 - Menulis skrip dan mengarah bangsawan Raja Dewa Sisa Tulang sempena
ulang tahun Saberkas
20. 25-26/6/88 - Mengarah bangsawan di rumah kediaman Yb Senator Datuk Hj. Abang
Ahmad Urai sempena majlis perkahwinan anak senator
21. 3.7.88 - Mengarah bangsawan Putera Setiawarga sempena Hari Semarak. Skrip ditulis
oleh Saiee Driss
22. 10.10.88 - Penerbit fragmen tari Pesan Patriot. Arahan Ramli Ali
23. 29-30.10.88 - Membawa rombongan bangsawan Panji Asmara ke Simujan
24. 14.1.89 - Berlakon dalam televideo Potret seorang Pemimpin
25. 26-27.8.89 - Mengarah bangsawan Laksamana Mati Dibunuh sempena Pesta Kuching
26. 1989 - Mengarah bangsawan Panji Asmara (Sumpitan Beracun) sempena Manifestasi
Bangsawan Malaysia di Kuala Lumpur
27. 28-29.9.90 - Menulis dan mengarah bangsawan Sharif Mashor
28. 1991 - Menulis dan mengarah drama Titik Mula Titik Akhir
29. 1992 - Menulis dan mengarah drama Yeeaah
30. 1992 - Menarah drama Sengketa Di Kala Senja
31. 10-13.6 93 - Penolong Pengarah drama Semerah Padi Di Atas Pentas. Arahan Othman
Hj. Zainudin
32. 14-15.8.93 - Penasihat persembahan bangsawan Panji Asmara sempena Ulang Tahun
Persatuan Melayu Miri
33. 22-24.6.94 - Mengarah drama Atap Genting Atap Rumbia
34. 1996 - Mengarah drama Lain Jalan Ke Syurga
35. 9.8.98 - Berlakon drama Tugau
36. 16-17.1.2004 - Mengarah bangsawan Cucu Sharif Mashor. Skrip tulisan Awangku Merali
37. 17.2.2006 - Mengarah bangsawan Puteri Santubong sempena Malam Amal MBHT. Skrip
karya NAR
38. 2007 - Menulis dan mengarah Madu Beracun sempena Hari Aid Sedunia
39. 25.5.2007 - Menulis dan mengarah drama Anakku Shazali...sempena perasmian Teater
Berkala KEKWA
39. 2.7.2007 - Pembantu Persembahan drama muzikal Chu Chin Chow(KPSU)
40. ? - Mengarah drama Pulau Sadandi
41. ? - Menulis dan mengarah drama Simfoni Dukun (skrip pun sudah hilang)
42. ? - Menulis skrip taridra Sarawak Selayang Pandang
43. ? - Berlakon drama TV Perahu Tambang
44. ? - Berlakon filem Anak sarawak
45. ? - Mengarah pentomin Lebuh India - Pusat Niaga (Skrip tulisan Saiee Driss)
46. ? - Berlakon drama Tugau sempena lawatan ke Selalang dan Daro

Sebenarnya ada lagi yang tidak dapat saya senaraikan di atas. Masih ada rasa yang tertinggal. Pelupa. Dengan peluang ini saya memohon pertolongan teman yang ada bersama berlakon atau bermain teater bersama saya dapat mengemukakan tambahan aktiviti teater yang terlupa. Tolong juga memberitahu tarikh atau tahun aktiviti yang tertinggal di atas. Terima kasih.ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-46032269424597829662009-01-07T06:54:00.000-08:002009-01-07T08:11:31.033-08:00Penilai/HakimSelanjutnya saya ingin menceritakan pula penglibatan saya dalam tugas menjadi penilai atau hakim dalam pertandingan atau festival. Bukan sahaja dalam teater tetapi juga berbagai kegiatan seni seperti gendang, puisi malahan orang bertanding menyanyi pun saya juga jadi hakim, hakim peringkat kampunglah. Dalam teater saya telah menjadi hakim seawal tahun 70an dan 80an. Saya cuba menyenaraikan beberapa pertandingan atau festival saya jadi penilai atau hakim teater. Jangan hairan, adakalanya istilah hakim digunakan dan akhir-akhir ini penilai jadi sebutan kalau kita jadi hakim. Walau apapun istilahnya, peranannya tetap sama iaitu mencari pemenang.

1971 - Pertandingan Drama dan Tarian anjuran GKBMS
1985 - Pesta Drama Bulan Bahasa
1988 - Pesta Teater Gerakan Cintailah Bahasa Kita peringkat Negeri (saya juga jadi Pengerusi
Pesta)
1988 - Pekan Teater Peringkat Negeri
1991 - Pekan Teater Peringkat Negeri
1991 - Pertandingan Drama Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri
1992 - Pekan Teater Peringkat Negeri
1993 - Pekan Teater Peringkat Negeri
1994 - Pekan Teater Peringkat Negeri
1995 - Pekan Teater Peringkat Negeri
1998 - Pekan Teater Peringkat Negeri
2000 - Pekan Teater Peringkat Negeri
2001 - Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri
2002 - Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri
2003 - Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri
2005 - Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri
2006 - Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kuching
2006 - Pertandingan Drama Bahasa Malaysia Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri
2007 - Pertandingan Drama Bahasa Malaysia Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri

Saya tidak jadi penilai pada tahun 1999, dan 2007 kerana ada pasukan yang menggunakan drama saya.

Selain dari aktiviti diatas, saya juga jadi penilai kepada pertandingan teater seperti berikut:-
1996 - Pertandingan drama antara rumah-rumah Sukan Kolej Datuk Patinggi Abang Hj.
Abdillah
2000 - Malam Seni Warga DBPCS
2004 - Pesta Drama Piala YAB Ketua Menteri Sarawak (Khusus untuk Institut Perguruan
Negeri Sarawak) Ada beberapa kali lagi saya jadi penilai Pesta Drama ini tetapi saya
tidak ingat.

Saya juga pernah menjadi penilai kepada pertandingan menulis skrip drama(pentas, radio dan
bangsawan) dan yang saya masih ingat ialah :-
1992/1993 - Skrip drama pentas Antologi Sastera Kreatif Hari Guru
1996/1997 - Skrip drama pentas Antologi Sastera Kreatif Hari Guru
1997/1998 - Skrip drama pentas Antologi Sastera Kreatif Hari Guru
1998/1999 - Skrip drama radio Antologi Sastera Kreatif Hari Guru

Selain daripada teater atau drama, saya juga dilantik menjadi hakim (ini tidak disebut penilai) bagi pertandingan gendang Melayu seperti berikut:-
1996 - Bertempat di Waterfront Anjuran Yayasan Budaya Melayu Sarawak
1998 - Bertempat di Waterfront anjuran Yayasan Budaya Melayu Sarawak
2000 - Bertempat di Waterfront anjuran Yayasan Budaya Melayu Sarawak
2006 - Bertempat di Maludam anjuran Yayasan Budaya Melayu Sarawak

Saya hanya sekali dilantik menjadi hakim pertandingan puisi Peringkat Negeri iaitu pada tahun 2002. Cukuplah sekali kerana itu bukan bidang saya.

Sebenarnya banyak lagi pertandingan-pertandingan dimana saya dilantik jadi hakim, seperti pertandingan menyanyi dan deklamasi sajak peringkat kampung dan sekolah, tetapi tahunnya saya tidak ingat, tak perlu untuk dimuatkan dalam bab ini. Walau bagaimanapun, kalau saya sudah jumpa rekodnya, saya akan kemaskinikan nanti.ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-91446942694547810172008-12-21T06:09:00.000-08:002009-01-01T00:55:08.851-08:00Sambung Bengkel/Seminar/Kursus
Selanjutnya saya menyertai bengkel/Seminar/Kursus teater (drama) seperti berikut:-

a) Bengkel teater intensif RUSDA di bawah bimbingan Mem Glen Margot Walford dari England pada 6 - 10/10/82 di Kuching bukan di London.

b) BengkelPenulisan Kreatif Drama DBP Sarawak 24 - 28/3/1983

c) Bengkel Penarah Teater Kanak-Kanak KKBS Paroi Negeri Sembilan tahun 1984.

d) Bengkel Lakonan Drama "Graeae Teater" untuk orang-orang cacat K.L. 1988

e) Kursus Pengenalan Cahaya - KPS Kuching 1990

f) Bengkel Drama Kebangsaan 26 - 31/10/90 Selangor KKBS Malaysia

g) Bengkel Teater bimbingan W.S. Rendra 17.3.93 Kuching

h) Bengkel Penulisan Drama TV RTM K.L. 6 - 10/6/94

i) Seminar Pembangunan Teater Malaysia Pulau Pinang 5 - 7/12/2003

j) Seminar Sejarah & Perkembangan Drama Di Sarawak Kuching 14.09.2006

Bangsawan

Saya juga menyertai bengkel atau kursus mengenai bangsawan seperti berikut:-

a) Bengkel Bangsawan Sarawak Tapian Gelanggang Kuching 1980

b) Kurus Intensif Bangsawan Kuching 15 - 24/12/85

c) ManifestasiBangsawan Kuala Lumpur 20 - 23/12/89

d) Bengkel Bangsawan Kebangsaan MATIC Kuala Lumpur 26 - 31/10/95

e) Bengkel Bangsawan Sarawak SMK Bako Kuching 4 - 6/7/2003 anjuran MANTERA

f) Bengkel Bangsawan Sarawak KPSU Kuching 2005

Selain dari menyertai bengkel teater dan bangsawan seperti diatas, saya juga kerap kali jadi pembimbing atau fasilatator bengkel atau kursus yang berkaitan. Malahan saya juga menjadi fasilatator kursus penulisan skrip teater dan radio di seluruh negeri Sarawak. Saya tidak dapat menyenarai bengkel dan kursus yang saya bimbing kerana rekod dan sijilnya berselerak di mana-mana. Saya sedang mencari dan kalau sudah sedia, akan saya senaraikan. Saya hanya boleh memberi senarai kurus teater terkini yang saya bimbing.

a) Bengkel teater peringkat negeri Sarawak bagi guru-guru di Mukah tahun 2006

b) Bengkel teater untuk murid-muird sekolah menengah Batu Kawah Julai/November 2007 anjuran KPSU

c) Bengkel teater untuk murid-murid sekolah menengah Pending Julai/November 2008 anjuran KPSU

d) Kursus Lakonan untuk murid-murid derjah 6 Madersah Datuk Abdul Kadir 15 Nov - 5/12/08

anjuran Pusat Bimbingan Pendidikan Majlis Islam Sarawak.
ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-52857525170734985272008-12-18T06:51:00.000-08:002009-01-01T00:55:08.855-08:00Menghadiri Bengkel/Kursus
Dari dulu, zaman muda-muda hinggalah sekarang, saya banyak menghadiri kursus, bengkel atau seminar. Berbagai jenis dan tajuk. Tetapi untuk ruangan ini, saya hanya akan menceritakan tentang tajuk yang saya ceburi. Kalau saya ceitakan semua, termasuk yang berkenaan dengan perkhidmatan, nanti tak cukup ruang.

Pertama saya menyertai Kursus Seni Drama anjuran Gabungan Kelab-Kelab Belia Melayu Sarawak (GKBMS) pada tahun 1974. Saya tidak pasti sama ada Hj. Kassim ikut serta atau tidak.

Rakan-rakan saya yang lain, semuanya saya tidak ingat, saya rasa sekarang sudah tidak terlibat lagi dalam drama. Seterusnya saya menyertai Bengkel Drama Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 1980
ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-17306356317492814922008-12-11T07:04:00.000-08:002009-01-01T00:55:08.858-08:00Pementasan
Biarlah saya bericara tentang penglibatan saya dalam mengendalikan pementasan. Saya sebenarnya terlibat dalam banyak pementasan di antaranya ialah:-

(1) Teater - Penglibatan awal saya dalam teater ialah bila saya menyertai pertandingan drama anjuran Kelab-Kelab Belia Melayu Sarawak, tahun lebih kurang 1968?. Saya bersama dengan Allahyarham Hj. Mustapha Annuar, Rokiah Ojek dan seorang pelakon kanak-kanak (saya dah lupa siapa budak itu) menubuhkan satu pasukan mewakili SSS (Sourabaya Sport Club). Kami buat cerita Penyesalan tanpa skrip. Pakai improvisasi sahaja. Dengan tidak disangka, kami dapat nombor dua, yang nombor satu ialah kumpulan Haji Kassim Daud, dari situlah saya mengenali Hj. Kassim. Geng sampai sekarang. Seterusnya saya dan Hj. Kassim bekerjasama dan menubuhkan RUSDA. Selepas itu penglibatan saya dalam pementasan teater berterusan hingga sekarang. Di antara pementasan yang terbesar ialah Teater Semerah Padi Di Atas Pentas arahan Othman Hj. Zainudin dan saya sebagai Penolong Pengarah, Teater Melati Sarawak juga arahan Othman Hj. Zainudin dan saya selaku pelakon watak Zainoldin, pelakon dalam teater Tugau arahan Aktivis teater dari London (lupa nama) dipentaskan di perkaragan Wisma Bapa Malaysia dan pelakon dalam teater arahan Zaini Ozea Bila Datang Semengat si Guntur sempena Festival teater Malaysia di Panggung Experimen UM dan lain-lain. Kami dengan Zaini pernah membuat pementasan teater di Selalang dan Mukah dengan cerita Tugau.

(b) Bangsawan - Bangsawan awal saya ialah di Sourabaya Sport Club. Seperti selalu bangsawan tidak ada skrip, pakai spontan dan improvisasi. Saya pengarah cerita juga berlakon sekali. Dan saya juga pengurus pentas lalu jadi MC. Macam one man show. Selepas itu saya jadi pengarah bangsawan anjuran Kerjaan Negeri sempena Hari Petra Jaya dengan cerita Jin Bukit Siol, cerita ini juga tidak ada skrip, saya juga berlakon sekali. Selepas itu beberapa lagi bangsawan anjuran Kerajaan Negeri di Padang Merdeka, di Semarak dan Tapian Gelanggang. Selepas itu kami pernah mementaskan bangsawan di Samarahan, Kabong, Pusa dan Saratok. Persembahan bangsawan saya yang jadi sejarah ialah bila kumpulan Kami SBM (Seri Bangsawan Muda) menyertai Manifestasi Bangsawan di Kuala Lumpur. Walaupun kami tidak berjaya, persembahan kami mendapat perhatian dari kumpulan-kumpulan lain dari Semenanjung. Semua pementasan bangsawan tersebut di arah saya sendiri dan kadang kala juga jadi pelakon. Kami juga permaj mempersembahkan bangsawan lima malam berturut-turut di perkarangan rumah Tan Sri Abang Hj. Ahmad Urai sempena Pernikahan anakya.

(c) Taridra - Saya juga pernah mengarah serta menulis skrip taridra seperti perjuangan Rosli Dobi, Sarawak Merdeka dan lain-lain. Saya tidak banyak ingat taridra lain yang pernah saya terlibat. Nantilah saya cari, rekodnya masih ada.

(d) Pentomin - Saya mengarah pentomin satu perjuangan di Padang Merdeka sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang di bantu oleh Ismawi Hj. Husli (Allahyarham). Saya juga menulis skrip pentomin dan mengarah sekali pentomin India Street bersama dengan Saiee Driss.

Pentomin lain yang agak besar ialah pentomin kanak-kanak bermain sukan rakyat di Stadium Negeri sempena perasmian SUKMA (tahun berapa ia?) Saya sendiri mengarah. Ada lagi beberapa pentomin lain.

(e) Sumpah Budayawan - Saya terlibat hampir semua pementasan sempena sumpah budayawan. Kalau tidak mengarah, saya berlakon, baca doa, baca puisi dan jadi audien. Jarang saya mis dalam acara ini.

(f) Puisi ke Sekolah-sekolah - Acara ini dianjur oleh GPPS (Gabungan Persatuan Penulis Sarawak). Banyak siri acara ini diadakan (tidak ingat berapa siri) dan kebanyakan skrip ditulis oleh Saiee Driss. Saya terlibat dalam lagu rakyat, baca puisi, MC dan lain-lain.

(g) Sayembara Deklimasi Puisi - Bila acara ini dikendalikan oleh UBM (Unit Bahasa Malaysia)(PKM), saya selalu terlibat jadi Pengurus Pentas. Ia di adakan sempena sambutan Hari Kebangsaan memilih wakil bagi negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan.

(h) Hari Keluarga - Untuk persembahan kebudayaan sempena Hari Keluarga JKM, saya jadi tarikan kerana saya yang mengendalikan pentas keseluruhannya. Dari menyediakan MC hinggalah kepada cabutan tiket bertuah. Acara seni pun saya yang urus. Malangnya saya endiri tak pernah kena tiket bertuah.

(g) MC - Sejak zaman bangsawan saya selalu jadi MC. MC musabaah, MC sukan, MC pementasan kebudayaan, pementasan kebudayaan KPSU di hotel(tanya dengan Sharkawi Hj. Amit) di Pameran Pembangunan dan urusan rasmi di Pejabat. Di Surau pun saya jadi MC.

ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-12444729207764210052008-11-29T06:38:00.000-08:002009-01-01T00:55:08.862-08:00Kegiatan penulisan
Sebenarnya saya banyak mencebur diri dalam penulisan berbagai genre:-

Pertama sekali saya pernah menulis esei. Esei saya pasal muhibbah telah menjadi johan penulisan esei anjuran Jabatan Penerangan pada tahun1969. Salinannya masih ada dan diterbitkan dalam sebuah majallah. Harap masih ada dalam simpanan. Kemudian saya banyak menulis esei tentang GPPS, RUSDA, SURAU dan masyarakat setempat dalam US. Ada kalanya saya menggunakan nama samaran lain. Sekarang tidak lagi menulis esei.

Saya juga menulis cerpen. Cerpen saya yang pertama pasal majlis bergendang telah disiarkan dalam akhbar SALAM ia itu akhbar rasmi kumpulan Sheel Miri. Cerpen kedua juga diterbitkan oleh SALAM. Harap salinan akhbar Salam masih saya simpan. Selepas itu saya menuis beberapa cerpen dalam Utusan Sarawak edisi lama. Setakat ini saya terlupa saya menggunakan nama samaran apa? Susah nak buktikan. Sekarang tidak ada cerpen lagi.

Sebenarnya saya berminat juga menulis puisi. Semua puisi-puisi saya diterbitkan oleh akhbar Utusan Sarawak edisi lama bila saya bekerja disitu parttime. Saya juga mengulas puisi-puisi penulisan orang lain. Sayangnya puisi-puisi saya tidak ada salinan, susah nak tunjuk. Kalau ada US lama tu bolehlah saya kenal. Sungguhpun begitu saya masih menulis puisi khas kepada beberapa event seperti perpisahan Datuk DR. Hj. Hatta Solhee, TSS. Ulang tahun UPN. Ulang tahun Sek. Merpati Jepang, Perpaduan dan Muhibbah dan lain-lain. Malah ucapan YB Datuk Seri Adenan Satem merasmikan Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Sarawak pun saya buat dalam bentuk puisi. Salinannya mash ada.

Bila saya kerja dengan US, saya juga jadi pemberita dan menulis berita. Berbagai tajuk saya tulis. Politik, sosial, pendidikan dan sebagainya. Berita pasal lumba kudapun saya tulis. Maklumlah tinggal di Kampung Lumba Kuda. Sekarang semuanya jadi kenangan.

Bila saya berkhidmata dalam JKM, saya adalah Pengerusi Kumpulan Nasyid, dengan jawatan itu saya digalak untuk menulis lirik lagu Nasyid. Beberapa lirik lagu nasiyd telah saya buat, ada diantaranya berjaya jadi Johan pertandingan. Namun ia melalui banyak perubahan dari teman-teman dalam kumpulan nasyid itu seperti Norjayadi Jasan, Allahyarham Pak Syaugi dan Allahyarham B. Osman, jadi ia disebut sebagai hasil bersama.

Saya juga menulis skrip ucapan. Ucapan untuk dibaca. Saya masih ingat saya menulis ucapan Datuk Hj. Mohd. Taha Ariffin dalam satu acara rasmi penyampaian hadiah pertandingan drama

Untuk Setiausaha Tetap KPSU (yang dululah) pun saya tulis ucapannya. Saya juga ada manulis ucapan mantan penghulu Jalan Mendu dalam majlis rasmi di Surau. Selain ucapan untuk dibaca, saya juga menulis ucapan-ucapan VIP dalam buku-buku cenderamata atau majallah. Ada yang masih saya simpan.

Saya juga menulis skrip MC. Skrip MC untuk saya sendiri dan untuk orang lain. Banyak event saya yang menulis skrip untuk MCnya. Hal ini susah saya nak buktikan. Saya cuba cari.

Pasal doa pun ada saya tulis. Bila saya dijemput untuk menyampaikan doa dalam acara rasmi, saya lebih dahulu menyediakan skripnya, apa yang hendak di doa agar ia relevant dengan majlis yang berkenaan, tak boleh sebarang. Kena cari ayat juga. YBMS selalu menggunakan khidmat doa saya. Beberapa salinan doa masih saya simpan, Tulisan tanganlah.

Genre tulisan saya yang sebernarnya ialah skrip drama radio. Skrip drama radio saya yang pertama ialah "Burung Serindit Terbang Melayang" yang diterbitkan oleh RTM, Sarawak. Tahun? lupa.Skrip itu tentang gadis setempat yang makan pujuk rayu oleh askar Malaya yang bertugas di Sarawak dalam era konfrontasi. Diatas penyiaran karya yang pertama itu, saya amat seronok. Ketawa dan senyum sepanjang hari. Kemudian saya terus menulis dan menulis sehingga dijemput datang kestudio oleh Spawi Ariffin berbincang tentang rancangan harian. Setelah bersetuju, tentulah, saya diberi tugas menulis drama harian Keluarga Intan. Penulis asalnya Shazali Mohamad menulis yang lain. Selepas itu diberi tugas menulis juga drama harian keluarga Murni, yang hampir sama temanya. Yang paling mencabar ialah bila saya ditugas untuk menulis drama sejarah Islam. Saya kena beli buku sejarah Islam dan kitab. Setahun saya menulis Sejarah Islam, Kerana agak berat ia dihentikan. Dalam penulisan drama radio, satu bahagian pun saya tak mis. Saya menulis Siri Jenayah, drama dalam syair, Setitik Peluh di Bumi Bertuah( kisah orang kampung) Sandiwara Radio dan Sandiwara Radio Khas. Pada zaman kegemilangan drama radio, saya boleh menulis satu skrip semalam. Start selepas Isyak hinggalah pukul sebelas atau dua belas malam. Pagi dah ada ditangan penerbit. Mana tidak syok.

Saya bukannya bijak, tetapi tahu teknik penulisannya, berapa babak, berapa muka dan berapa pelakon yang sesuai, itu semua kena tahu. Kalau dikira jumlah skrip drama radio yang saya tulis, mungkin orang tak percaya, hitung cara kasar, satu minggu 5 buah, sebulan 20 setahun 240 dan kalau 5 tahun? Berapa? Bolehlah dihitung kasar melebihi 500 buah. Sayanag bayaran dikala itu terlalu murah bunyinya, RM 15 untuk setengah jam dan RM 30 untuk 45 minit. Lepas itu ada naik sedikit ia itu RM 30 dan setengah jam dan RM 45 untuk 45 minit. Kalau sekarang? Saya jadi penulis yang kaya. Sekarang saya jarang menulis skrip drama radio.

Selanjutnya saya menulis drama pentas (teater). Skrip teater saya yang kedua ialah "Sayang Sarawak" yang dipakai oleh RUSDA dalam pertandingan dramatahun 1973. Drama itu menang tempat pertama dan mewakili Sarawak. Skrip Sayang Sarawak juga mendapat tempat ketiga dalam Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas DBP 1985 (tetapi tidak ada tempat pertama dan kedua) Seterusnya beberapabuah drama lagi dan ditulis khas untuk festival teater dalam tahun-tahun tertentu. Misalnya Kandas pada tahun 1974, Gelap 1977 dan selamat Tinggal 1978. Sengketa Dikala Senja (purbawara) 1966 dan ini yang terawal.

Skrip saya yang paling awal ialah pada tahun 1960 yang menjadi Johan pertandingan menulis skrip GKBBMS (skrip itu telah hilang dan tajuknya pun saya lupa). Skrip-skrip lain ialah:-

1. Titik Mula Titik akhir - Johan Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas anjuran DBP Sarawak tahun 1981. Banyak kali sudah dipentaskan.

2. Lagu Darul Hana - Drama semi muzika - Naib Johan Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas anjuran DBP 2007. Belum dipentaskan.

3, Tragedy 1429 - Drama Sejarah semi komidi - tempat ketiga Peraduan Menulis skrip drama Pentas DBP 2007.

4. Santubong seri Gunung - sebuah epik Puteri Santubong - telah disiarkan dalam Majallah Pentas terbitan Istana Budaya Ogos 2008. Saya rasa saya ada 11 skrip drama pentas.

Skrip selanjutnya ialah akrip bangsawan. Saya berani bertaruh, saya sahaja orang menulis skrip bangsawan. Walaupun banyak cerita-cerita bangsawan pada zaman kegemilangan bangsawan, namun cerita-cerita itu tidak dinaskhahkan. Saya juga mempunai banyak cerita-cerita bangsawan seperti Jin Bukit Siol, Buaya Seduku, Bujang Senang dan lain-lain tetapi dipersembahkan secara improvisasi dan spontan sahaja. Tidak ditulis dalam skrip. Skrip bangsawan saya yang terawal ialah Siti Silam Baiduri pada tahun 1984. Skripnya masik ada.

Yang lain ialah Panji Asmara 1987. Raja Dewa Sisa Tulang 1988 dan Sharif Mashor 1990. Saya nak bercadang menerbitkan skrip-skrip itu. Itulah khazanah yang amat penting.

ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-53528974421710653322008-11-26T06:41:00.000-08:002009-01-01T00:55:05.940-08:00PerkhidmatanSebelum saya bercakap pasal teater dan bangsawan secara khusus, saya nak bercerita dulu tentang perkhidmatan saya dan apa saya buat. Semuanya pasal kerja perentah.

Saya mula-mula berkhidmat sebagai kerani di Jabatan Tanak dan Ukur (sekarang survey). Saya melapor diri pada 15.5.65 dan bertugas sebagai kerani akaun di Ibu Pejabat Jalan Badrudin. Gaji berapa? RM150.00 sebulan kerana pass Form 3. Saya rasa banyak tu. Pada beberapa tahun, saya rasa tiga tahun, saya dapat membeli sebuah basikal (saya ulang basikal) itupun loan dengan kerajaan. Sebelum itu saya pakai bas. Kerja dalam unit akaun bukan senang macam sekarang, ada calculator dan kemudahan lain, tetapi dulu, cuma pakai calculator orang survey dan pakai kira-kira sendirilah. Kena hafal sifar (seper) kalau tidak lambat mengira. Saya hanya 6 bulan di HQ kerana selepas itu kena tranfer pergi Miri. Cuba bayangkan tarikh transfer hanya satu minggu lagi hendak raya puasa. Saya memohon ditangguh selepas raya, tetapi AO orang puteh tu tidak dulu mahu bagi. Alasannya tiket sudah ada, kuarters sudah ada dan orang Miri kekurangan kerani. Susah nak dibantah kerana zaman orang puteh dulu memang strick. Terpaksalah saya pergi.

Yang seronoknya saya pergi naik kapal terbang. First time katakan. Dalam seronok tu memang ada takut dihati, takut-takut pula sesuatu yang terjadi. Saya naik pesawat MSA (Malaya Singapore Airways) yang ada dua kipas didepan. Saya tidak tahu berapa lama ia terbang, penat-penat duduk dah sampai kat Miri. Belon tidak turun di Miri, tetapi di Lutong Airfield, kepunyaan Shell Miri. Saya masik ingat airort itu simple sahaja dan padangnya cuba rumput bercampur pasir-pasir. Saya disambut oleh seorang kakitangan sokongan dan pemandu. Kami pakai jeep.

DiMiri saya tinggal di kuarters di Bringhton Road, Tanjong Lobang, tidak jauh dari pantai. Saya tinggal seorang diri di kuarters klass 3 yang agak besar bagi saya seorang. Sanak saudara tidak ada, rakan kenalan pun belum ada, staff L & S Miri pun belum kenal, bayangkan betapa pilunya hati saya pada waktu itu. Telefon tidak ada, radio kecik pun tidak ada. Mujurlah sepasang suami isteri perihatin dengan saya dan menjemput kerumah untuk berkenalan, nama pegawai tersebut ialah Wan Alwi. Kami bertukar kuarters dan saya masuk kuarters yang agak kecik ia itu klass 4.
Dirumah dialah saya menyambut hari raya puasa pertama saya di negeri orang. Saya tidak dapat gambarkan begitu sedih dan pilunya hati saya dikala itu. Tuhan sahaja yang tahu.

Selepas 6 bulan di Miri saya minta cuti dan pulang ke Kuching dengan kapal. Ini lagi satu masaalah, naik bot kecik dulu baharu pergi kat kapal yang berlabuh di tengah laut Miri. Kalau gelombang kena naik bakul dari bot masuk kapal. seronok dalam kapal dan saya layak pakai kelas 3. Makan sedap bilik tidurpun bagus. Rasa orang puteh jua you. Saya cuma cuti dua minggu dan selepas itu pulang semula dengan kapal juga ke Miri. Saya masih ingat kapal yang pernah saya naik ialah Rajah Brooke, Kimanis dan Keningau.

Saya bertemu jodoh di Miri dengan isteri yang ada sekarang dan kembali ke Kuching selepas 2 tahun setengah. Saya dapat balik kerana berbohong dengan boss Miri juga orang puteh berjanggut (Mr. Arnott) dengan alasan ninek kuat sakit. Saya pun pulanglah bersama isteri dan ditempatkan semula di unit Akun di Ibu Pejabat. Dari L & S saya ditukarkan ke Unit Perancang Negeri, Jabatan Ketua Menteri kerana naik pangkat jadi Kerana Kanan. Saya juga bertanggung jawab dengan akaun di SPU. Gaji pun pun besar juga. Baru beli motokar secondhand. Secondhand pun motokar juga, jani berjalan. 10 tahun di SPU rugi, keranai boss bertukar setiap dua tahun, orang Malaya dari UPN di JPM. Rekod perkhidmatan baru nak bagus dah bertukar boss. Selepas itu saya ditransfer di pejabat yang sama tetapi di Unit Pentadbiran di JKM. Saya sekali lagi diberi tugas mengendalikan akaun JKM. Bayangkan saya yang menyediakan anggapan perbelanjaan JKM termasuk pejabat CM. Saya masih ingat boss besar saya ialah Datuk Hj Mohd Taha Ariffin dan Datu Dr. Hatta Solhee. Boss yang paling tinggi ialah SS Datuk Hj. Bujang Mohd Nor, Datuk Hamid Bugo dan Datuk Aziz Hussain.

Walaupun saya dalam Unit akaun, saya selalu dijemput (waktu di L & S pun juga pernah) untuk menjadi Pegawai Protokol atau LO kepada tetamu tertama negeri. VVIPlah. Saya pernah menjadi LO kepada Sultan Brunei, High Com. Indonesia, Fiji, Mexico, Prince Phillip dari England dan lain-lain. Kadang-kadang ada juga dapat gift dari mereka, selalunya duit.

Di JKM merupakan pejabat yang agal sibuk jadi kakitangannya banyak digunakan untuk kerja-kerja sampingan yang bekaitan seperti menjaga bilik gerakan hari kebangsaan, hari jadi TYT dan banjir. Saya sik pernah mis. Ada aja kerja.

Bila saya pencen, saya ditawarkan kerja semula sebagai pegawai kontrak dan ditempatkan sepenuhnya dalam unit protokol. Best kerja di sini banyak aktiviti lawatan, jamuan, berkenalan dengan YB-YB, Menteri-Menteri dan sebagainya. Setelah merasa diri sudah agak berumur (tualah) dan orang yang dilayantu muda-muda, saya[un berhenti dari Perkhimatan Kerajaan pada 1.1.2005 setelah berkhidmat selama 39 tahun(campur yang sambung 4 tahun itu).

Rekod perkhidmatan saya ialah:- 15.5.65 - 9.12.75 Jabatan Tanah dan Ukor
10.12.75 - 14.06.93 Unit Perancang Negeri (JKM)
15.06.93 - 31.12.2000 Unit Pentadbiran (Akaun) (JKM)
1.1.2001 - 31.12.2004 Unit Protokol (JKM)
1.1.2005 bersara sepnuhnya dan jadi orang awam biasa. Seronok juga tidak ada kerja apa-apa. Kerja rumah adalah.

Sekarang saya menjawat jawatan Penghulu mulai 1.10.2007 dan bertanggung jawab bagi kawasan-kawasan Lumba Kuda, Jalan Mendu, Kenyalang, Stampin, BDC, Tabuan Jaya dan Stutong Baru. Besar kawasan saya tu. Saya di bantu oleh 4 orang Ketua Kaum(KK) bagi kawasan Lumba Kuda, Jalan Mendu, Kenyalang dan Stutong. Kawasan lain belum ada KK.ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-2623665053193562042008-11-26T06:05:00.000-08:002009-01-01T00:55:08.866-08:00Keluarga
Saya rasa lebih baik saya bercerita pasal lekuarga saya. Mungkin satu dua perkara sudah dimaklumi. Anggap ia sebagai ulangan. Cerita tv lagi ada ulangan.

Nama bapa saya ialah Awang Hamdan bin Awang Omar (ada juga orang panggil Wan)

Nama ibu ialah Wan Salhah bin Wan Abu Bakar (memang Wanlah)

Saya mempunyai empat adik beradik. Dua yang sah ia itu asli adalah lelaki. Oleh kerana tidak ada adik perempuan, keluarga mengangkat dua adik perempuan. Seorang anak keturunan Cina dan seorang lagi ialah Melayu. walaupun anak angkat, kami sudah serasi dan tidak macam adik angkat lagi. Namapun sudah berbinti bapa.

Adik lelaki bernama Awang Ibrahim bin Awang Hamdan mantan pegawai trafik jadi outrider CM. Sekarang sudah pencen tetapi masih bakerja dengan keluarga CM. Sudah berkahwin dan mempunyai 4 anak. Sekarang sudah ada cucu.

Adik perempuan Cina bernama Dayang Rosnah binti Awang Hamdan. Masih bekerja dengan

Lembaga Lada Hitam. Sudah bersuami. Anak 3 dan sudah ada cucu.

Adik perempuan Melayu bernama Dayang Nora binti Awang Hamdan. Bekerja sebagai guru. Sudah bersuami dan mempunyai 3 anak lelaki

Saya mempunyai 5 anak. 3 lelaki dan 2 perempuan. Diantara anak lelaki dengan anak perempuan jauh gap.

Anak lelaki tua bernama Awang Nazarudin bin Hj. Awang Bujang. Sudah berkahwin dan memunyai 7 orang anak. lima lelaki dan 2 perempuan. Bekerja dengan Syarikat Akira. Sudah ada rumah sendiri di Jalan Muara Tuang.

Anak kedua lelaki bernama Awang Zainal Abidin bin Hj. Awang Bujang. Masih single dan berkhidmat dengan MAS sebagai Paramugara. Tinggal di Puching K.L. Oleh kerana dia berkhidmat dengan MAS dan belum kawin, saya laki bini dapat tiket murah.

Anak lelaki ketiga bernama Awang Zamri bin Hj. Awang Bujang mantan staff DBKU tetapi sekarang buat business sendiri. (saya tidak tahu apa businessnya). Sudah kawin dan mempunyai 4 anak. Ada rumah sendiri di Taman Malihah.

Anak Keempat Dayang Kartini binti Hj. Awang Bujang bertugas dengan Istana Budaya KL. Sudah bersuami dan mempunyai 3 anak (bakal 4). Sudah membeli rumah sendiri diKL. Suaminya orang Johor. Semenjak kerja di Istana Budaya, selalulah kami melihat drama.

Anak bongsu Dayang Norfitri binti Hj. Awang Bujang juga tinggal di Puchong KL. Sudah bersuami dengan orang Kelang. Mempunyai dua anak dan membuka business katering bersama suami.

Kalau nak kira cucu sudah ada 16 orang (bakal 17) dari 16 orang 4 sahaja lelaki. Bayangkan berapa banyak sudah ahli keluarga saya kalau dicampur dengan adik beradik. Itu baru sebelah saya, belum lagi sebelah bini.

Saya lupa nak madah nama bini. Beliau ialah Hajah Normah binti Hj. Nazari. Hanya sebagai surirumah yang berjaya.

ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-32878363646800492962008-11-18T05:51:00.000-08:002009-01-01T00:55:08.869-08:00Cinta
Biarlah saya bercakap pasal cinta dulu, kerana dengan adanya cinta akan menyebabkan blog saya lebih menarik. Dalam hidup semua orang ada "cinta". Dan cinta ada berbagai. Cinta yang saya maksudkan disini ialah bercinta.

Saya pertama kali bertemu dengan gadis bernama A...berasal dari Sibu. Ada hubungan keluarga.A tinggal dirumah kami kerana bersekolah. Sayapun masih lagi bersekolah. A....sudah bertunang dan tunangnya sudah kerja. Hari-hari kami bertemu dan sama-sama berlajar..A tua dari saya tua 4 atau 5 tahun...perhubungan kami diketahui emak dan emak saya tidak suka kerana dia tua dari saya dan sudah bertunang, jadi kemesraan kami terhad dan diawasi. Selepas tamat sekolah dia kembali ke Sibu dan kami tidak bertemu lagi selepas itu. Saya sudah tidak ingat lagi macam mana rupa A. Bercintakah kami?

Saya kemudian bertemu dengan gadis keluarga di Song. Saya ke Song kerana ingin bertmu dengan keluarga di sana. Tidak di duga gadis tersebut amat manja sifatnya dan kerana kemanjaan itu menambat hati saya. Kami benar-benar mesra...namanya D..K...kami tidak lama bersama kerana saya ingin pulang melanjutkan persekolahan...disini sekali lagi membuktikan jodoh pertemuan dan perpisahan ditangan tuhan. D..K...pun kawin lain.

Saya kemudian kenal dengan gadis bernama N.....N Kampung Surabaya. Pada waktu itu saya masih berumur belasan tahun dan belum bersunat...orang dulu bersunat akhir...kami amat mesra walaupun belum timbul istilah cinta itu. Gerek pun saya rasa belum. Belum lagi ngerti.Walau apapun kami tetap mesra, saya selalu diajak dan dijemput kerumah membaca news yang ayahnya beli. Ayahnya kerja dengan Kerajaan. Keluarganya juga tidak begitu ambil tahu tentang perhubungan kami. Macam merestui sahaja perhubungan kami. Tengah saya bermain badminton, kalau nak ajak pergi ke pasar, terpaksa pergi. Nak tengok wayang, dia yang bayar. Bila pergi ke hutan (ambil buahlah) kami berdua sahaja yang pergi. Dirumahnya kalau baca news dia selalu duduk bersama saya.

Bagi keluarga sayapun sama sahaja, tidak ambil tahu tentang perhubungan kami, macam suka sahaja. Bila saya bersunat, dia selalu menjenguk (ngabas). Mak macam membiarkan sahaja dia datang. Dipendekkan cerita, bila saya hendak berpindah kerja ke Miri, berbagai dia bagi, kueh mueh dan lain-lain. Kami saling berutus surat (waktu itu belum ada handpon jadi takadalah SMS.)Pada waktu yang sama keluarga di Kuching telah beria-ia hendak menunangkan kami.

Waktu saya di Miri..sebagai jejaka yang masih suci dan rindu..berkenalan pula dengan seorang gadis manis dan namanya juga bermula dengan huruf N...tanpa diduga perhubungan kami amat mesra dan diketahui oleh keluarganya...demi untuk menjaga maruah...kami diminta untuk bertunang...bayangkan perasaan keluarga di Kuching...lebih-lebih lagi N....sebaliknya bila N...Kuching datang seperti yang dijanjinya dalam surat...pasti saya tidak mengenali N...Miri. Jodoh ditangan tuhan...maka sayapun kawinlah dengan N...Miri. Namanya ialah Normah. Sekarang sudah jadi Hajah Normah.

Sebelum kisah tersebut dan pada waktu yang lain, saya berkenalan dari jauh dengan seorang gadis. Kampung Surabaya juga, tetapi Surabaya Hilir. Namanya D..A..Kami bertemu pada waktu bulan puasa iaitu dalam pertandingan membaca Alquran. Dia wakil Kampung Surabaya Hilir dan saya pula MC bagi pertandingan tersebut. Pertemuan kami cuma sepintas lalu kerana takut diketahui orang. Sungguhpun demikian, orang dapat membaca pergerakan kami. Walaupun emak saya agak setuju (bunyinylah) tetapi perhubungan kami putus bila saya transfir ke Miri. Belum sempat apa-apa. Bayangkan kalau N..Surabaya Ulu tahu?

Pada waktu yang sama, bila saya balik ke Kuching dalam cuti tahunan, dengan tidak sengaja saya bersua dengan seorang gadis bernama J.....(bukan jandalah)...dia bawa saya tengok midnight...sayapun setuju...tanpa diketahui kedua-dua N...N Kuching dan N Miri. Bila balik dari melihat midnight dengan J...saya naik risau...kerana J..lain aja bunyinya...tidak mahu berpisah...nak ikut pulang...saya beri berbagai alasan...saya janji akan kembali lagi dan mengambilnya seperti dijanji mulut (hati tidaklah)..keesokan harinya saya kembali ke Miri (cuti dah habis)...selamatlah saya dari J....

Sebagai seorang insan yang agak popular kerana nama pena (ABNor) dan masih rasa jejaka walaupun sudah kawin...saya pula bertemu dengan anak gadis bernama R.....pertemuan secara tidak diduga itu menimbulkan rasa cinta baru...hampir menimbulkan masaalah dan perang besar...tetapi setelah menyedari akan tanggungjawab sebagai suami...syukur alhamdulillah...R..saya lupakan terus.

Kami selalu bermain drama pentas dan pergaulan yang agak bebas itu menemukan saya dengan seorang lagi gadis bernama B...kami mesra dalam perjalanan ke tempat main drama..saya ingat ke Simunjan...dalam kapal...tanpa diketahui teman-teman lain...cinta rahsia...kami jatuh cinta.Saya bercinta lagi..kami saling bertemu bila ada masa lapang...tuhan hendak menyelamatkan saya...dan dengan tidak diduga..B...ditukar kerja ke tempat lain...kamipun berjauhan dan lupalah B..dalam hidup saya...

Selepas beberapa tahun menyepi...maksudnya tidak ada cinta baru...tiba-tiba sahaja saya bertemu dengan budak perempuan bernama..namanya juga R....entah macam ditarik saya tiba-tiba jatuh cinta...kami selalu bertemu dan terpaksa membohongi isteri..waktu itu anak-anak saya sudah dewasa...pertemuan sulit kami mengundang bala..hampir berperang sabil..mujurlah isteri saya penyabar dan saya sedar di atas perbuatan saya...saya tinggalkan R...R akhirnya kawin lain dan tinggalkan Kuching.

Waktu membuat bengkel teater di Daro, saya tak ingat bila...saya bertemu dengan seorang perempuan..saya lupa namanya...tetapi janda beranak 2. Pada awalnya memang tidak disangka..tetapi cinta itu ujud diatas kemesraan..kamipun berrcinta dalam diam. Bila saya pulang ke Kuching selalu buat panggilan telefon..telefon awam...handfon belum ada. Kalaulah kami selalu bertemu..apa akan jadi? Saya bertemu lagi denganya bila saya mengadakan bengkel teater di Mukah...bertemu dalam satumajlis makan malam...kami mula bertelefon semula..hampir setiap bagi...tetapi tiba-tiba nombor telefonnya hilang..habaislah.

Dalam Pejabat lain pula ceritanya. Bila saya berpindah ke UPN, adalah seorang gadis..Namanya H...dia ada tunang, tunangnya staff yang sama...tetapi dalam diam-diam kami selalu berjelingan..senyum dan akhinrya jatuh cinta jarak jauh...masing-masing mahu jaga maruah...

Waktu itu saya rasa iman saya sudah kuat...jadi perasaan itu hilang denga sendirinya dan waktu yang sama saya ditukarkan ke JKM. Lupalah cinta H..walaupun selalu bertemu dalam lif, itu sudah pertemuan biasa.

Dalam bertugas dengan JKM, saya tiba-tiba mesra dengan seorang perempuan...sudah berkeluarga dan ada anak. Namanya F....Kami saling bertemu dan minum bersama denganya di kantin, tidak berdua-duaan tetapi ramai..jadi perhubungan kami tidak diketahui ramai. F...pandai menjaga diri dan tidak menampak sesuatu tanda yang menimbulkan keraguan staff lain...mujurlah kami tidak berbuat apa-apa...ikhlas dansuci..malahan...pertemuan saya dengan gadis-gadis lain pun...masih suci. Pertemuan saya denan F..tamat bila saya pencen. Syukur. Jangan ada lagi yang lain.

Sekarang saya rasa sungguh bahgia, aman dan selesa hidup dengan isteri yang di kasihi. Cintanya adalah segala-gala untuk saya. Namanya tentulah N..Hajah Normah. Cintanya amat telus dan setia. Saya tetap berdoa agar cinta kami berdua berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Tidak ada cinta perempuan lain macam cinta N..Hajah Normah.

ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-89631823222716002282008-11-16T06:29:00.000-08:002009-01-01T00:55:08.873-08:00NGO yang saya sertai
Mula-mula saya bergiat dalam ABAS (Astana Bintawa Angkatan Satu). Saya tidak banyak peranan dalam ABAS kerana saya rasa belum bersedia dan terlalu muda. Kebanyakan AJKnya terdiri dari tokoh veteran yang berpengaruh termasuk Tua Kampung. Saya hanya membantu dari segi lojistik. ABAS masih lagi hidup sampai sekarang.

Kemudian saya terlibat dengan BGS (Boyan Gersik dan Surabaya Sport Club). Saya juga tidak banyak peranan dalam BGS dengan alasan yang sama. BGS mempunyai penggiat yang berwibawa dan bertenaga. Saya cuma membantu dari luar. Selepas beberapa waktu baru saya terlibat dalam persembahan bangsawan. Itupun peranan kecil. BGS sedang dalam proses untuk dihidupkan semula.

Selepas itu saya menyertai SBM (Seni Budaya Melayu). SBM di asas oleh keluarga Puan Hajah Serbanun Datuk Hj. Merikan. SBM mempunyai kegiatan yang sama dengan BGS dan ABAS iaitu bergiat dalam Sukan, kesenian (bangsawan) dan kemasyarakatan. Dalam SBM saya hanya masuk dalam team bolasepak. Itupun jadi reserve. SBM sudah lama meninggal.

Saya dengan beberapa teman dalam kampung Surabaya, yang saya ingat, Awang Alai, Hj. Mustapha Annuar, Buang Mohammad (kantin) dan lain-lain menubuhkan Surabaya Sport Club.

(SSC) Aktiviti utama kami ialah persembahan bansawan. Disini sayalah yang mengambil peranan penting dalam persembahan bangsawan. (Bab bangsawan akan saya ceritakan kemudian) Surabaya Sport Club aktif untuk beberapa tahun sehingga saya berpindah kerja di Miri. SSC juga sudah lama jadi arwah

Yang paling aktif mengadakan kegiatan ialah (GKKSS) ia itu Gabungan Kampung-Kampung Hilir Seberang Sungai( saya rasa namaini salah) Kampung yang terlibat ialah Astana, Sungai Bedil hinggalah ke Kampung Bintawa. Persatuan ini digerakkan dengan aktif oleh Setiausahanya Haji Wan Hussain Syed Alwi. Kegiatannya hanya mengadakan Pertanding Membaca Alquran di antara kampung-kampung setiap tahun. Semua kampung (kecuali dua kampung iaitu Semarang dan Bintawa Hilir) mengambil bahagian. Peranan saya selain menjadi AJK pertandingan ialah menjadi MC. Setiap tahun pertandingan ini diadakan pada bulan puasa. Ia bermula awal puasa hingga tengah bulan puasa. Selain jadi MC saya juga tukang cabut undi peserta dan menentukan bab bacaan yang telah dipilih. Suara masih bagus semua orang suka. Popular juga saya dibuatnya. Saya tidak tahu bila Gabungan ini tamat dan difahamkan sudah berpindah ke Semariang.

Saya seterusnya dengan beberapa teman seperti (kalau tidak silap) Datul Salbiah Painah, Mahrup (lain-lain saya tidak ingat, nanti saya cari) telah menubuhkan sebuah persatuan penulis. Kamilah jadi pengasasnya. Persatuan tersebut ialah Persatuan Bahasa dan Sastera Malaysia Sarawak atau PEBAS. Kami aktif mengadakan kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan.DalamPEBAS sayapernah menjadi setiausaha jadi bendahari danAJK. Kami menyertai GAPENA dan sayalah orang yang pertama dengan dua lagi ahli lain mewakili penulis Sarawak dalam GAPENA. Kami juga yang menjadi penganjur Hari Sastera Malaysia Di Sarawak dan lain-lain kegiatan peringkat negeri dan kebangsaan. Selepas beberapa tahun, PEBAS berukar jurumudi dan kelasi dan masih aktif untuk beberapa tahun dan akhirnya juga berpindah ke Semariang.

Selepas berjaya dalam pertandingan drama, saya dan kawan karib Haji Kassim Daud telah menubuhkan persatuan drama. Kami termasuk Laili Budin, Wan Man dan ada seorang dua lagi telah membena Rumpun Seni Drama Sarawak (RUSDA) seperti PEBAS, RUSDA juga telah didaftarkan, banyak kegiatan drama dapat kami adakan dan pernah menganjurkan pertandingan drama dan tarian bersma Sri Tarina. Malam dua drama dan malam tiga drama. RUSDA juga bertukar kepimpinan dari masa ke semasa. Yang pernah memimpin RUSDA ialah Datuk Dr.Hj. Adi Badiozaman Tuah,Zaini Ozea, Haziz Wahab dan yang lain, kerana terlalu banyak saingan, akhirnya RUSDA juga pindah ke Semariang.

Selepas berjaya mengadakan kursus bangsawan, saya bersama dengan Ismail Hamdan, Halimah,Azhar dan yang lain menubuh pula Sri Bangsawan Muda (SBM). SBM juga berdaftar dan sempat mengadakan beberapa persembahan bangsawan di Kuching dan Samarahan. Oleh kerana beberapa pemimpin persatuan berpindah tempat kerja, ada ke semenanjung, ada ke Sibu dan Miri, akhirnya tandus kegiatan dan pertemuan, lalu juga pindah ke Semariang.

Saya juga menyertai Gabungan Persatuan Penulis Sarawak (GPPS) sebagai AJK dan ada juga jadi Bendahari. Saya duduk dalam GPPS sejak awal sehingga dibatalkan pendaftarannya. Sebab utamanya pembatalannya ialah kurang aktif. Yang penah memimpin GPPS ialah Datu dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah. Saiee jadi Setiausaha.

Saya juga aktif dalam Majlis Teater Negeri Sarawak (MTNS) Majlis ini juga didaftarkan. Tidak banyak kegiatan diadakan oleh MTNS dan yang besar ialah teater Semerah Padi di atas pentas. MTNS pernah dipimpin oleh Datuk Hj.Mohd. Taha Ariffin. MTNS tidak bertahan lama dan akhirnya dibatalkan.

Dalam jabatan Unit Perancang Negeri saya aktif dalam Kumpulan Nasyid. Saya Pengerusi Kumpulan Nasyid JKM (nama sebenar saya tidak ingat). Kumpulan kami pernah menjadi johan pertandingan nasyid peringatkat Negeri dan mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan. Kumpulan masih bertahan sehingga sekarang dengan nama lain. Saya berhenti memimpin bila saya bersara.

Dalam Jabatan Ketua Menteri saya jadi Ahli Kelab Keluarga JKM dan menjadi AJk yang aktif menganjurkan hari keluarga dan sebagainya. Saya jadi pengerusi AJK kecil persembahan setiap tahun selama lima tahun hingga saya bersara.

Dalam kampung Lumba Kuda, tempat saya tinggal sekarang, saya menjadi Setiausaha Surau Darul Akhirat selama hampir 16 tahun dan seterusnya jadi Pengerusi hingga sekarang.

Disini juga saya jadi Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Lumba Kuda untuk tiga musim dibawah tiga pengerusi yang berlainan. Seterusnya saya jadi Pengerusi sehingga sekarang (tahun 2008). Di Kampung Lumba Kuda juga saya ialah Pengerusi Kumpulan Zikir Ar Rahman.

Selain dari itu saya adalah Penasihat kepada Kumpulan K Bestari Lumba Kuda/Jalan Mendu.

Saya sekarang menjadi ahli kepada Medan Teater Negeri Sarawak (MTNS) dan saya benar-benar berharap ia tidak jadi MTNS yang lalu.

Seterusnya saya masih lagi jadi AJK Sekolah Selamat Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda dan menjadi ahli Persatuan Ketua Masyarakat Melayu Bahagian Kuching.

ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-5057916559369953142008-11-04T06:51:00.000-08:002009-01-01T00:55:08.876-08:00sukan
Dalam kehidupan harian saya, saya banyak terlibat dalam sukan. Salah satu dari sukan yang saya gemari ialah badminton.

Saya berlajar berain badinton ketika berumur 12 atau 13 tahun. Pelajaran main badminton tidak secara formal tetapi ikut ikutan sahaja. Orang turun bermain, saya pun turun, orang pukul saya pun pukul. Secara kebetulan kot (court)badminton tu cuma di hadapan seberang jalan rumah saya dikampung Surabaya Ulu. Kot tersebut kepunyaan jaguh badminton ketika itu ia itu Bujang Tambi abang Ibrahim Tambi. Anaknya Seruji Bujang juga jaguh pemain badminton ketika itu dan sukar dikalahkan oleh pemain-pemain lain dari seluruh kampung dan kampung berdekatan.Jaguhlah tu. Dari dialah yang memberi inspirasi kepada saya untuk terus berlatih. Saya pandai bermain badminton tidak berapa lama selepaps itu, dalam jangka masa tiga bulan, saya sudah boleh bertarung main single atau double.

Bila sudah rasa pandai dan boleh bertarung, terus beli reket jenama Dunlop kayu. (lupa herganya)Saya terus bermain siang atau malam. (kotnya ada pasang lampu) Bukan sahaja saya bermain dikampung sendiri tetapi juga sudah berani berlawan dengan orang dari kampung lain.Kami panggil melawat. Walaupun saya sudah berkhidmat dengan kerajaan, ia tidak menghalang saya untuk terus bermain badminton. Balikkerja sahaja terusmain, jangan hujan sahajalah, kerana tidak ada dewan. Kalau main malam, hari bagus, sampai sebelas atau dua belas baru pulang, tak pandai rasa lelah atau penat. Mak kadang-kadang bising kerana asyik bermain badminton.

Saya dua kali masuk pertandingan. Sekali pada pertandingan peringkat Kuching dan sekali pada pertandingan peringkat Miri bila saya ditukar bertugas ke Miri. Semuanya saya kalah peringkat suku akhir. Dalam bermain double berpartner dengan Osman di Kuching dan bersama Mustapha Wahab bila di Miri. (kedua-dua mereka sudah naik haji) Selepas itu saya tidak masuk pertandingan lagi tetapi terus bermain badminton. Mantan Setiausaha Kerajaan Sarawak Hamid Bugo, Aziz Husain, Hatta Solhee, Mohd.Ali Hashim, Wilson Baya Dandot Mantan SFS Chin Jew Bui adalah rakan-rakan sepermainan badminton saya. (Ada di antara Mereka sudah dapat Tan Sri, Datuk Amar dan Datuk)Saya cuma dapat gelaran datuk, tetapi untuk cucu sahaja. Saya berhenti bermain dan menggantung reket saya bila mata sudah kurang awas dan pala tut sudah mulai rasa ngigit. Itupun bila dekat hendak pencen. Satu lagi bidang sukan yang saya ceburi ialah bola sepak.

Dalam bolasepaktidak lah begitu menyerlah, Saya berjinak-jinak dengan games ini bila mengikut teman-teman bermain dipadang polis fieldforce di Kubu Kampung Boyan. Kami bermain menentang polis dan adakalanya sesama sendiri. Kasut but dulu lain, kadang-kadang ada paku yang tertonjol ditapak yang menyebabkan saya takut. Sungguh pun demikian saya terpilih untuk bermain dalam liga bahagian Kuching Kelas C bersama team SBM (Seni Budaya Melayu)

yang peliknya saya bermain sebagai penjaga gol. Tidak pernahpun berlatih jadi jaga gol.Pada games tersebut kami menang tiga satu selepas saya dapat menangkap bola dalam sut penalti.

Selepas itu saya berhenti mewakili SBM kerana sudah ada penjaga gol tetap. (rupanya saya tu hanya penjaga gol simpanan) Saya terus bermain bolasepak juga wewakili Jabatan dalam permainan persahabatan. Kami pernah berlawan menentang pasukan Cikgu Adi (Sudah jadi Datu dan Dr. dan sudah pencen sekarang) Bila bertugas di Miri, saya tidak terlibat dengan bola sepak.

Tatkala saya bertugas di Miri, saya berjinak pula dalam sukan sepaktakraw. Walaupun tidak serius, saya bermain bersungguh dan berlatih setiap ada masa tidak bermain badminton. Kami berlatih dikampung Loss. Yang anehnya saya lebih gemar menjadi Umpire daripada bermain. Jadi saya lebih pakar jadi pengadil dari bermain. Maka kerana itu bila ada pertandingan sepak takraw saya jadi chief pangadil. Waktu pasukan Brunei datang melawat Miri. sayalah jadi pengadil perlawan sepaktakraw menentang Miri. Yang peliknya lagi, bila saya kembali bertugas ke Kuching, saya terus lupa dengan sepaktakraw.

Saya hampir bermain dengan semua acara sukan yang ada di Kuching pada era tersebut. Saya masuk lumba berlari 100 dan 200 ela (dulu tidak pakai meters) Lumba Jalan kaki (marathon)

lumba berenang. Rasa sudah laju berenang kerana berlatih di sungai, sayapun masuk lumba berenang, satu kali pusing hendak habis, saya nombor uncit. Rugbypun saya ada terlibat, main lawan Navy dari Kapalperang, sudah jak badan besar, sekali kena langgar, rasa hendak pengsan, sebab itu saya bertaubat tak mahu main rugby. Bila saya sekolah Modern, saya terlibat dengan Softball (sebenarnya ballnya keras) Dan bersama dengan Jamali Jais kami menjadi pasukan yang ditakuti. Sekolah Modern terbilang dengan pemain softballnya (termasuk sayalah tu). Bila saya keluar dari Modern, sofball pun keluar juga.

Saya juga main hoki, tetapi sekali sahaja saya turun bawa kayu hoki, kerana selepas saya melihat dahi rakan saya terluka terkena kayuhoki, saya terus berhenti. Games lain seperti basketball, bolajaring juga saya terlibat tetapi hanya untuk dikampung kerana dikampung saya tu macam-macam ada.Saya juga pernah berlumba perahu dengan Jabatan Tanah dan Ukur (kerana saya bertugas di situ) bukan tukang kayuh tetapi jadi pengudi. Kami masuk dalam lumba tiga puluh dan perahu naga. Kami hanya menang dapat nombor satu dalam lumba kesihan (kesian). Oh ia, saya pernah bertinju. Secara kebetulan bila dan funfare di Jalan Jawa, Jalan P. Ramlee dekat RTM sekarang ada pentas boxing. Sesiapa pun boleh bertarung dalam dua atau tiga pusingan. Saya dengan kawan bernama Marin lalu setuju bermain. Pasang glof dan buka baju luar. Bunyi loncang kami terus berlawan, entah macam mana tumbuk sulung saya betul-betul terkena muka Marin, lalu tumbang dan pengsan, cemas saya, takutpun ada,degupan jantung jangan dikira.Nasib ada pengadil dari pentas boxing itu membantu. Bila sedar dan kami pulang. Dalam perjalanan pulang, Marin memberitahu saya, kuat juga pukulan awak. Itulah perlawanan tinju saya yang pertama dan terakhir.

ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-1771221414939519732008-10-31T08:12:00.000-07:002009-01-01T00:55:08.882-08:00Permainan bila saya masih kecik
Apa yang saya main bila saya masih kecik (kecillah) bukan kecik benar sudah berumur lapan atau sembilan tahun tu. DiBako saya tak main apa-apa, maklumlah kampung nelayan yang jauh dari bandar. Tak ada apa yang saya boleh beli dipasar, kalau pun ada motokar mainan, ia mahal. Jadi saya cuma bermain dengan kambing, saya jadi gembala kambing, adalah tiga empat ekor yang saya jaga. Itu bukan saya punya, datuk saya yang empunya. Saya jaga sahaja. Beri makan dan beri dia jalan-jalan kampung. Sekali sekala ada juga saya ikut orang bermain luncur bukan luncur angin) tetapi luncur papan lantai perahu di pantar pasir bila air sungai Bako kering. Saya masih ingat syok-syok bermain, kaki kena petik (sengat) ikan lepuk. Bukan main sakit. Nasib baik datuk menghisap paip, ambil candu paip, bubuh dekat petik lepuk, sekejap baiklah. Ada jugalah saya ikut orang main bola, bola keras ada tali pengikat, tapi saya tak main, tengok sahaja.

Padangnya banyak rumah engguang (binatang macam udang). Saya takut. Tidak banyak apa yang saya boleh cerita di Bako. Tapi bila saya balik Kuching, baru rasa seronok, rinduk ati, Saya main guli. Ada guli kis, ada guli put, ada guli pangkak. Ada juga saya main getah (getang gelanglah), ada getah timpa, ada main pesit. Kalau sudah menang tu, penuh satu tangan getah disangkut. Ada pada itu, kita main rondes, macam softball, ada juga orang kata baseball, apapun main rondes sangat istemewa, bolanya kadang-kadang kertas direngok bulat. Dan yang malangnya team saya selalu kalah. Yang bestnya kita lawan perempuan. Ada kalanya kita main senapok, seorang kena pejam mata dekat tiang atau dinding, yang lian berlari bersembunyi dimana-mana, bila dia dapat cari yang bersembinyi itu, dia menjadi dan yang lain terus jadi bersembunyi. Ada juga pencari tak dapat mencari langsung, kerana yang bersembunyi itu lari dan bersembunyi dirumah makan minum baru datang semula. Kita main labat, main diantara tiang-tiang rumah orang (susah nak explain mainan ini), kita main jengkek, saya main gudi (wau) lawan orang- orang Cina diseberang Padungan. Yang seronok kita main bola bila hari hujang (bukan ribut) dikawasan rumah orang bernama Adi (sekarang Haji), amo seluruh tubuh walaupun hujan, tidak kira menang atau kalah, kita mandi sungai Sarawak selepas itu. Kita main terjun tarzan, kita lumba berenang, kita berhanyut dengan pokok apong yang hanyut, kemudian berenang ketebing berjalan kaki pulang ke rumah. Kita juga main seremban lawan budak perempuan. Kadang-kadang kita cari buah getah, kita lawan main pesit atau pangkak.

Yang paling best ialah kita main dango, main jadi laki bini, kita main masak-masak cuma kita tidak main tidur brsama. (Belum tahu reti lagitu). Saya masih ingat yang jadi bini saya pada waktu itu ialah (tak ingatlah) Dia masih hidup dan sudah berkahwin. Ada juga kita main ikut aksi yang kita lihat dari wayang gambar yang main free dipadang kampong. Kalau cerita lawan pedang, kita main juga berpedang dengan pedang kayu. Kalau cerita koboi, kitapun ikut jadi koboi, habis pelepah pinang diambil nak dijadian kuda. Kalau cerita perang, kitapun berperang dengan sumpit. Buluh diambil dikerat panjang mengikut keupayaan dengan tanah kuning diberi air dan dilekat pada depan buluh. Tanah dibuat bulat sama size dengan lubang buluh dan mulalah menyumpit teman (musuhlah tu). Kuning habis mulut dan pipi. Yang sakitnya bila tanah diganti dengan kacang hijau. Yang tidak bagusnya ialah bila kita main lastik (panah) , habis buah dan burung di lastik. Mana tidak orang tua bising. Yang lebih bising tuan punya buah asam bila diketahui buah asamnya kena lastik.

Saya rasa bila kita mengimbau kembali kisah lama-lama itu dan kalau dibandingkan dengan anak cucu saya sekarang, dulu lebih ceria dan banyak kreatif. Banyk lagi yang boleh kita bincangkan.
ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-30600301907430494132008-09-10T20:56:00.000-07:002008-10-31T08:11:07.938-07:00Sambung Versi PendidikanDari sekolah diMunggu Puang, pandailah saya membaca dan menulis jawi. Sampai sekarang pun saya masih boleh membaca cuma tulisan jawi sahaja yang agak seperti karih manuk. Selepas itu saya melanjutkan persekolahan di Sekolah Rendan Gersik. Tetapi sekolahnya di bukit Kampung Boyan, disitu saya tamat sekolah hingga derjah enam dan pass Komon Entran (derjah enamlah).

Disekolah Gersik inilah saya mengenali guru saya Datu Salbiah Paimah, Cikgu Fatimah bini Datuk Haji Ali Kawi dan dua tiga orang lagi yang saya belum ingat.(Bila nak ingat?)Selepas itu saya berlajar di Madrasah Melayu. Bertemu saya di sini dengan Hajah Sarbanun Marikan. Dia lebih seniour dari saya. Malang nya saya tidak lama disini, sethun sahaja kerana prestasi saya kurang bagus. Lalu selepas itu saya bersekolah pula di Sekolah Satok English Private School (begitulah namanya dalam bahasa Orang Puteh. Cikgunya mestilah Datuk Hajah Hafsah Hj. Harun (Mantan Menteri Sarawak tu) cikgu lain saya tidak ingat. Nantilah saya akan ceeritakan cikgu-cikgu saya pada siri yang akan datang. Tamat Sekolah Satok saya bersekolah pula di Sekolah Menengah Modern (Kuching Secondary Modern School) Dulu mana ada sekolah nama Melayu. Disini ada sedikit masaalah, kebanyakan pelajar bumiputra tidak suka (gemar) dengan cikgu perempuan Orang Puteh bernama Mrs. Gwilliam, dia pilih kasih, jadi kami protest, kami keluar beramai-ramai dan tidak menduduki peperiksaan SPM. Saya terus mohon kerja dengan perentah dan jadi kerani. Dalam saya berkhidmat itu saya mengambil peperiksaan secara calon persendiri dan lulus SPM grade 111 (3) syukur juga. Saya dapat GCE kurang satu agreegat nak pass form Six pun secara calon persendirian.ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2560977394114940642.post-34198781275754283632008-09-05T19:14:00.000-07:002009-01-01T00:55:08.886-08:00Pendidikan
Saya banyak sekolah (bukan saya punya) Pertama sekali bila dikampung Bako saya mengikut ayah pergi mengajar (dia cikgu) oleh kerana umur belum cukup untuk bersekolah, saya cuma mengikut sahaja tahulah membaca dan menulis sedikit sebanyak. Waktu itu belum ada lagi tadika, lebih-lebih lagi dikawasan luar bandar, dalam bandarpun belum ada. Saya mula berlajar secara formal dalam sekolah agama (lupalah umur masuk sekolah ketika itu) di sekolah agama Kampung Buah (ada orang panggil Munggu Puang) sekarang ini Kampung Panglima Seman Lama. Saya tidak lama sekolah disitu cuma satu tahun.
ABNORhttp://www.blogger.com/profile/16753975092342485116noreply@blogger.com0